Wednesday, July 19, 2017

IF ONLY

If only I could change it
Into something that can fit
No wars or conflicts
No hate but love embracing humanity
No tears to mourn the dead or injured
Meadows & valleys with greens and flowers
Feel free to walk enjoying the breeze
How wonderful it would be
No memorials and cemeteries
But laughters and smiles aplenty
No instigators to incite conflicts or wars
Show their might
The hypocrites of the earth
Stop sadness and tears
Let it not be a river of blood
But an ocean of honey
Feeding humanity to feel free
As God ordained it to be

Syed Hamid Albar
Clevedon House
Ferry Road, Oxford
17/7/17@12.30 am

DUNIA FANA

Kata kata manis bergema,
Bersuara dalam hingar bingar ,
Ada kesunyian,
Siang dan malam,
Berpuisi bersyair berdendang,
Menyentuh hati dan jiwa,
Beredar di langit dan bumi,
Di atas pentas sementara,
Pohon rendang,
Tempat bermain dan berteduh,
Insan dan haiwan,
Sebenar semuanya sementara,
Hayat, kuasa, harta, dunia,
Menunggu perhentian kekal,
Di hakimi bagi penentuan neraka syurga,
Bermula dan berakhir lumrah,
Makhlok yang tidak sempurna,
Hilang segala,
Tiada lagi pangkat, megah dan sombong,
Tiada lagi bisa mengangkat suara,
Menyanggah, bercanggah, menghukum, menghina,
Beza di antara satu pada amal,
Semasa ada,
Ini lah perjalanan...

Syed Hamid Albar
Ferry road
Oxford
16/7/17@2.30pm

PERCAYA DAN PERDAYA

Orang yang kau percaya,
Namun kau terpedaya,
Kau minta perlindungan,
Tapi dia tiada ehsan,
Fakir fikir kau silap perkiraan,
Kau menobat kebenaran,
Sahabat itu menyibar kepalsuan,
Fakir mencari kumpulan iman,
Ketemu pula mereka yang terlupa tuhan,
Keselamatan kesejahteraan,
Dalam lingkungan keduniaan,
Kerakusan tiada batasan,
Janji janji hanya pada lisan,
Fakir membuat telaahan,
Semua ada kepentingan,
Tunduk sujud pada kebendaan,
Tiada siapa mahu menegak kebenaran,
Tinggal generasi tanpa warisan,
Seribu harapan hanya ungkapan,
Tidak akan tinggal legasi dan warisan,
Fakir hanya pemerhati kepada,
Pelbagai lekaran kehancuran,

Syed Hamid Albar
Fb pada 20 Jun 2017
Bukit Damansara

MEKKAH DAN MADINA

Mekkah & Madina
Wajah Islam dan Muslim
berbagai berpusu mengingati dan mengamati
Mikrokosma manusia
beraneka budaya
Tapi satu agama
Berpandukan Quran dan Sunnah
Walaupun berbeza cara
Mentaati Allah dan menyayangi rasulnya

Syed Hamid Albar
Fb pada 19 Jun 2017
Di tanah Haram

KEMANA SAF YANG LURUS

Aku berfikir dan memerhati,
Perjalanan Rasullallah s.a.w,
Di bumi gersang dan tanah terbakar,
Gunung ganang serta bukit nya,
Berbatu hangus,
Tiada tumbuhan hijau menghiasi nya,
Sahara nya di isi dengan pepasir halus,
Bila di tiup angin menjadi debu debu kabus,
Suara lunak wahyu Ilahi,
Jelas memukau kabilah Insani,
Penentangan di kuasai,
Rasul dan para sahabat merintangi,
Setiap kekerasan dengan kelembutan,
Allah menaongi wahyu jatidiri,
Jibrail menyampai risalah Rabbi,
Sehingga rasul memimpini,
Segala cabaran di atasi,
Allah mengasihi,
Kini jutaan berkalimah satu Allah dan pesuruhnya,
Bersaf berbaris fakir dan kaya,
Di mekkah dan madinah,
Di mana ada Muslim di situlah Islam tiba,
Dengan berbagai kerenah,
Warna perangai tinggi dan rendah,
Berdiri satu wadah,
Namun berkecah,
Dan berbalah,
Tiada lagi ummah,
Hanya kaum kesukuan,
Berassabiyah,
Tanpa kasih sayang,
Lupa Allah dan Rasulnya,
Berrisalah di atas satu kalimah dan wadah,
Kasih sayang dan ukhwah,
Bukan nya munafik,
Menghancurkan ummah.

Syed Hamid Albar
Dari tingkap kamar
Memandang terus ke Gerbang Malik Fahd
Pukul 6.30 ptg di ungkil @ 17/6/17.
Fb post pada 18 Jun 2017

DUNIA BERCELARU

Seribu fikiran mencuit hati,
Dalam kecelaruan tanpa ketentuan,
Melangkah tidak memijak bumi,
Langit menaongi tidak di peduli,
Merasa gagah diri,
Ada harta pangkat dan keturunan,
Di panggil orang kenamaan,
Adab, akhlak, ehsan bukan pegangan,
Bermegah kesombongan.

Syed Hamid Albar
12hb Jun 2017
Alshifaq@Bt. D'mansra
FB post @14 Jun 2017

KALAM INSAN

Suaranya garau namun basah kelunakan bicara,
Dia merenong jauh,
Kealam kabur dan tidak jelas,
Mengubah sesuatu tentang kerenah insan, Kepalsuan dan pembohongan,
Dia membuka pandangan,
Memerhati setiap ungkap lisan,
Dalam bahasa kata,
Lunak lunak janji,
Keluar mudah,
Kata kata mukhsin,
Hanya sedap di bibir,
Berbunyi persis ulama,
Menghurai din,
Pasti tidak dusta,
Menghembur bertabur,
Sekali dusta masih percaya,
Berulang ulang melakar berbeza pembohongan,
Lumrahan,
Dosa pahala tidak di perkisahkan,
Mas tahta bertinta kekuasaan,
Itu yang di pentingkan,
Lain nya cerita tepian,
Fakir kebingungan,
Di permainkan dengan nularan berbagai helahan dan omong kekosongan,
Terus tertipu dengan sandiwara berulangan.

Syed Hamid Albar
Alshifaq@Bukit Damansara
6.30pm@5/6/17
FB post@5 Jun 2017

FITRAH MANUSIA

Bila kita mula di cipta,
Dari kisah cinta dua manusia,
Teruna dan dara,
Mensucikan kejadian Maha Esa,
Di rahim wanita istimewa,
Jalinan ayahanda dan bonda,
Melalui Rahim dan Rahmatnya,
Berubah dengan tiupan roh,
Detik masa dan ketika terus mengubah,
Itu lah lumrah kejadian dan kehidupan,
Fitrah,
Penentuan tiada yang sama,
Sepanjangan,
Alam persekitaran dan Insan.

Syed Hamid Albar
6.50am@1 Jun 2017
Alshifaq@Bukit D'sara.
FB post @1 Jun 2017

Puisi saya di FB pada 21 Mei 2017

HUMAN

We are human,
Not uncommon,
We have brain,
Can be in vain,
In excitation,
Overwhelmed by interpretation,
Thinking we know all,
Declares a preacher,
In reality just a pretender,
Searcing for a theatre,

Syed Hamid Albar
Clevdon house, Ferry Road, Oxford
7.40pm@20 May 2017

Puisi saya di FB pada 16 Mei 2017

KASIH SAYANG

Di musim lalu kau berkuntum,
Hari ini bercambah bunga,
Mekar mewangi indah,
Melukis warna-warna dunia,
Sakena yang di duga,
Alam mahu menikmati,
Berbicara damai,
Kasih sayang sesama insan,
Fitrah kemanusiaan,
Menepati persingahan,
Menunggu ketibaan,
Penuh harapan.

Syed Hamid Albar
Ferry Road, Oxford
16 Mei 2017@7.49 pagi.