Friday, March 25, 2016

FBSHApost@20 Mac 2016: Politik Negara, Najib, UMNO

         Kini tidak habis-habis bertelaah tentang soal politik, ekonomi dan keselamatan. Kita juga mengikuti perkembangan di rantau ini dan peringkat global. Masa ini cerita, isu, masalah, jenayah, skandal tidak lagi menjadi perkara tempatan saja tetapi sudah berbentuk rantau dan global...Berbagai perkara melibatkan PM dan kerajaan dibincang meluas di dalam dan luar negara Malaysia. Politik negara ini menjadi perbualan menarik di dalam dan luar negara. Berbagai pandangan dan seruan dibuat melibatkan PM untuk meletak jawatan dan supaya beliau dikemukakan kepada sistem keadilan negara. Isteri beliau juga diheret kedalam polimik. Cara politik Malaysia sudah berubah dengan kehadiran teknologi alam maya. Bahasa dan serangannya lebih hebat, keras dan ganas. Pembangkang pun menggunakan teknologi secara meluas untuk menghentam peribadi pemerintah. 

      Justeru suasana dan persekitaran menjadi tidak tenang dan gusar. Parti UMNO pun berdepan kegawatan kerana ada pemberontakan dari segelintir pemimpin atasan. Tindakan yang diambil parti khususnya PM dan pasukannya menunjukkan ketegasan...Ahli parti gembira dan rakyat mungkin mempunyai pandangan yang bercampur-campur. Namun Najib tetap tenang dan yakin serta kelihatan "cool" walaupun berdepan dengan beraneka warna tuduhan dan gesaan..

      Saya tidak faham apa ilmu dia guna dan pakai...Dia terus berbicara dan berpidato menangkis segalanya...Itu satu kepintaran dan kejayaan besar baginya. Pada saya di luar sana boleh membuat apa juga tuduhan dan gesaan tetapi selagi UMNO Bahagian dan akar umbi tidak bangkit memberontak tiada kuasa manusia yang boleh menurunkannya...Lagi pula PM adalah datangnya dari sokongan Parti UMNO dan BN..Seorang PM tidak dipilih secara langsung oleh pengundi. UMNO dan BN masih bersamanya dan institusi kerajaan masih kuat mantap mendukungnya. Maka kedudukan beliau terus mantap dan selamat. Allah yang menentukan apa dan di mana kedudukan seseorang. Mereka yang tidak bersetuju boleh terus berbuat demikian kerana dalam sistem demokrasi mereka boleh terus bersuara tapi akhirnya pengundi akan membuat penghakiman muktamad. 

      Mereka yang tidak bersetuju dengan parti dan kerajaan tidak boleh menjadi sebahagian dari pasukannya. Team Najib yakin padanya, yang lain tidak boleh buat apa-apa. Begitulah politik sebenar...perlu membaca yang tersirat dan tersurat. Pemimpin mesti berupaya mengurus krisis dan berstrategi berbuat demikian dan pelannya mesti tepat pada sasaran untuk mempengaruhi dan memenangi hati rakyat...Fakir hanya pemerhati..

FBSHApost@20 Mac 2016

FBSHApost@19 March 2016: Tazkirah Subuh Hari Ini

Hari ini tazkirah subuh yang didukung oleh hujah dari Al-Quran dan Sunnah amat menyegarkan. Ia berkitar tentang agama itu sebagai nasihat untuk mengikut jalan Allah dan Rasulnya. Ustaz memulakan dengan mengatakan semua amalan perlu diteguhkan dengan niat yang bersih, ikhlas dan tulen. Mengikutnya makna asal, nasihat dalam bahasa Arab adalah bersih dan kerana itu Rasul diturunkan untuk membersihkan amalan agama manusianya telah dirobak-rabekkan dan ternoda. Justeru, perlu mengambil langkah untuk membetulkannya. Seorang pemimpin perlu nasihat kerana sering terlalai terhadap amanah dan tanggungjawabnya. Tapi ia mestilah diberikan dalam suasana yang tenang dan senyap...ini bukan perkara yang mudah.... untuk mendengar dan menerima...Semoga Allah beri petunjuk...wallahhua'lam... Allah saja yang mengetahui. Namun penting mengikut percakapan dan perbuatan Rasullullah S.A.W kerana akhlaknya Al-Quran.

FBSHApost@19 March 2016

FBSHApost@18 March 2016: Preventing Violation of International Law in Myanmar

Recently I attended many international seminars discussing on the situation of human rights violation, protection of minorities, international humanitarian law and R2P in Myanmar. We must place greater importance to extremist groups and people who advocate hate on the basis of ethno or religious nationalism. The regional and international community must take responsibility on what is happening to the Rohingya and Muslim minorities in Myanmar. All civil societies must act together to prevent violation of international law as Myanmar transits to democracy.

FBSHApost@18 March 2016


FBSHApost@11 March 2016: Politics

Politics is a power game with the defined objectives of staying in power. Thus, there is no such thing as exercising refrain or restrain in order to sustain power. In a political battle, surrender is not an option. Neither can there be fixed rules or norms but simply to act appropriately depending on the circumstances which is not related to any aesthetic values but ground realities. Whatever it is, the players know best what they need to do to continue to be there. As observers or even voters they should watch the grand master play their games based on what they perceived as ground realities. The paradigms would be determined by the movements made by the Captain of the ship as he sails through the rough oceans, seas and rivers.

FBSHApost@11 March 2016

FBSHApost@7 Mac 2016: Pendirian Saya terhadap Deklarasi Tun Mahathir

Ramai orang tanya saya berkenaan pendirian saya terhadap deklarasi TM.. Kalau rajin follow FB saya, soalan itu sudah lama terjawab. Namun biar saya berikan pandangan saya sekali lagi secara sepintas lalu..

  1. Parti itu adalah keramat pada orang Melayu... Apakah DAP, PKR, Ambiaga, Amanah atau apa yang dipanggil Pakatan Harapan dan lain-lain menerima hakikat keramat dan UMNO dan BN hendak terus berkuasa & memerintah. 
  2. Apakah parti yang menandatangani akan menyelamatkan UMNO atau pemimpin-pemimpin Melayu digunakan sebagai Kuda Trojan untuk menghilangkan kuasa UMNO.
  3. Kalau pun mereka hendak Najib turun apakah tindakan mereka sebegitu akan menjatuhkan Najib atau UMNO.
  4. Sebagai Ahli UMNO bagaimana boleh tergamak bersepakat dengan parti-parti pembangkang dan golongan penentang UMNO..
  5. Rumusan: UMNO mesti mengambil kata sepakat mempertahankan UMNO.

FBSHApost@7 Mac 2016

FBSHApost@5 March 2016: My late father and his loyalty towards UMNO

My late father was the principal spokesman for UMNO, as an Information Chief and when he was SG of UMNO. From the initial stage of Malaya's independence and subsequently the formation of Malaysia, the leadership of the Alliance and BN by the Malays was never popular with the western diplomats, the foreign media and the non-Malay opposition parties. They created negative perceptions about the country and made all kinds of negative comments and criticisms. The Malay leaders who openly spoke for the betterment of the Malays would be branded as ultras.. Leaders who championed the cause of the non-Malays would be viewed as true Malayan or Malaysian. This was the environment and landscape that my father would make the voice of UMNO, alliance and BN loud and clear. He defended the party leadership and position until his last breath of fresh air. His loyalty to the party was absolute though he might have strong differences at times with Tunku, Tun Razak, Tun Hussein and Tun Mahathir and other leaders but that was for the good of the party and government. He was idealistic to promote that the party should be in control of the government on the basis that if the party is strong the government is sustainable at the polls. Of course a lot of things have changed and the party moves with the dictate of time. A small reminder about loyalty and faithfulness.

FBSHApost@5 March 2016

FBSHApost@1 Mac 2016: Banyak cabaran yang kita hadapi

Banyak cabaran yang kita hadapi.. Semoga Allah memberi petunjuk, merahmati dan memberkati perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Muafakat membawa berkat.

FBSHApost@1 Mac 2016