Monday, March 27, 2017

FBSHApost@10 March 2017: Life is always unexpected

Often life is not what we expect or plan. We may plan but Allah disposes. Our task is to be grateful for his mercy, compassion, rahmah and barakah. We depend on HIM in this life & the hereafter.


FBSHApost@10 March 2017

FBSHApost@4 March 2017: A Failed State

Much had been discussed about a failed state. Without getting into an intellectual discourse of the subject in theory & practice, I just like to look at the simple dictionary definition:


  1. Oxford dictionary defines it as a country whose government is considered to have failed at some of its basic responsibilities, for example keeping the legal system working correctly, and providing public services; electricity, water, education, hospitals, etc.
  2. A definition by another dictionary: A nation in which the government has lost political authority and control and is unable to fulfil the basic responsibilities of a sovereign state. 
Thus it is important to be cautious about using such terminology.


Wallahu a'lam.


FBSHApost@4 March 2017

FBSHApost@4 Mac 2017: Ketaatan

Ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W ada ah mutlak . Kepada mereka yang menjadi pemimpin dikalangan kita ketaatan tertakluk kepada selagi mereka menegakkan hak dan menentang kebatilan.


FBSHApost@4 Mac 2017

FBSHApost@2 Mac 2017: Keadilan dan Kemanusiaan

Cerita sedih dan duka pelarian di seluruh dunia kerana perang saudara atau konflik terus di paparkan dalam media. Jenayah yang dilakukan ke atas mereka, kezaliman dan keganasan tanpa apa-apa tindakan. Kemanusiaan hilang maknanya bila melihat kanak-kanak, wanita dan orang tua teraniaya. Dunia patut mengamalkan keadilan dan kemanusiaan bagi menyelesaikan masalah penyalahgunaan kuasa oleh negara dan alat-alat negara.



FBSHApost@2 MARCH 2017

FBSHApost@28 February 2017: Material Success and Spiritual Attainment

When we were born into this temporal world other than on a matter of life and death, we are given the choice to attain knowledge and iman. We are also given the option to become good or bad. Everything depends on our own efforts. God never prevents us from obtaining knowledge for success whether on this earth or in the hereafter or the combination of the two. 

Our faith and belief will determine where we will be placed after death. We can choose to believe and not to believe using our minds and faith. For those who seek enlightenment we will be bestowed such but for those who chose material well-being, God in His mercy and compassion would grant us. But we can also achieve spiritual attainment together with material success. 

The world is created to achieve balance between giving and taking.


FBSHApost@28 February 2017

FBSHApost@25 Februari 2017: Sahabat Rapat dan Penganiayaan

Saya teringat banyak cerita yang menyentuh hidup dan hubungan manusia dengan manusia.

Jebat taat pada Hang Tuah dan memberontak kerana Hang Tuah dihukum bunuh tanpa keadilan...tapi Bendahara tidak menjalankan hukuman kerana tidak bersetuju, namun tidak melaksanakan tanpa mengatakan bantahan...

Bagi mengalah, Jebat dan Tuah perlu dipanggil semula. Pada ketika itu barulah diceritakan apa sebenar yang dia telah lakukan. 

Untuk memendekkan cerita, Tuah membunuh sahabat yang setia kepadanya bagi menyelamatkan negara. 

Brutus membunuh Caesar di atas alasan untuk menyelamatkan Roma, iaitu negaranya. 

Cerita dua beradik Quayin dan Hebel. Oleh kerana cemburu, Quayin membunuh Hebel.

Begitulah juga cerita dorongan Lady Macbeth untuk suaminya membunuh Raja untuk menjadi Raja.
 
Bagaimana Saidina Yusuf dianiayai oleh saudara-saudaranya sendiri. 

Bermakna dengan apa juga alasan atau sebab musabab dalam pengetahuan Allah sahaja, Mereka yang rapat dan dianggap akrab serta setia tidak semestinya berakhir dengan kesetiaan dan keakraban. 

Lihat pada pengalaman dan iktibar dari hidup masing masing.

Mungkin saudara dan sahabat rapat boleh melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap mereka yang rapat dengan mereka. Wallahhu a'lam



FBSHApost@25 Februari 2017

FBSHApost@22 February 2017: PUISI #4/2017

Entahlah bercelaru 
Segalanya tidak menentu
Tiada arah dan penjuru
Ramai bergerak mencari tumpu
Mahu berdiri atau duduk berseliput

Mengangkat kepala berasa tersipu
Mata memandang terlihat kaku
Telinga mendengar bunyi sayu
Tangan menghayun berkawat sepadu
Entahlah semuanya bercelaru 
Hitam dikata putih
Cawan kosong dikatakan penuh
Aku mengeluh
Tidak henti-henti berpeluh
Bulan menyinari cahaya di malam tenang
Tapi mereka merungut mengatakan gelap
Tiada bintang di cakerawala
Entah lagi manusia terus berserabut
Memilih konflik dari menerajui baik
Terusik tersentuh ramai rebah dan roboh
Ah entahlah manusia terus bertomoh
Tak hilang-hilang sibuk
Mengatur semua bertembung gaduh
Katanya bertamadun tapi tiada ehsan melihat yang mati
Begitulah alam yang bercelaru
Siapa pun tidak mahu mengaku.

22 Feb 17
Al Shifaq

FBSHApost@22 February 2017