JENIS : UCAPAN ALU-ALUAN
MAJLIS : MESYUARAT AGONG TAHUNAN
UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI
TARIKH : 12 JUN 2011
TEMPAT : DEWAN JUBLI INTAN KOTA TINGGI
Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk menjayakan tugas kita sebagai ahli parti di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada pagi ini.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Berkumpul kita pada hari ini,
Kekal UMNO tersemat di hati
Kari cendawan batang keladi;
Berkumpul kita pada hari ini,
Kekal UMNO tersemat di hati
Saya mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri Bahagian yang telahpun selesai mengadakan mesyuarat masing-masing dengan baik dan teratur. Insya-allah melalui kesatuan dan perpaduan semua sayap parti kita akan terus dibawa ke mercu kejayaan yang membangga dan memberangsangkan.
Dengan berkat dan rahmat Allah swt. , UMNO parti keramat orang Melayu telah pun mencapai usia 65 tahun. Pelbagai dugaan dan cabaran telahpun dilalui, ditempuhi dan ditangani secara bersama, dalam liku serta onak dan duri perjalanan politik bahagian, negeri dan negara. Ada masanya laluannya senang dan ada masanya susah serta sering berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Walaubagaimanapun jangan sekali-kali kita undur dan mengaku kalah atau leka dan bermegah serta berpeluk tubuh dengan kejayaan kita setakat ini. Seharusnya kita bersyukur kerana nikmat kesejahteraan dan kemakmuran datang dari usaha-usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang merencanakan masa gemilang untuk kita semua. Justru menjadi tanggungjawab kita meneruskan usaha bagi menjamin kesinambungan demi Agama, Bangsa dan negara.
Jasa pemimpin-pemimpin terdahulu jangan sekali-kali dilupakan. Kerana merekalah Malaysia berada di tahap ini, dan kerana mereka jualah BN yang ditunjangi UMNO masih kekal memerintah sehingga ke hari ini, walaupun berdepan dengan keadaan getir, gusar dan ranjau disepanjang perjalanan.
Dasar-dasar yang telahpun dilaksanakan pada masa lampau telah membawa anak bangsa kita kearah yang lebih cemerlang. Ada yang menjadi doktor, jurutera, guru, peguam dan ada juga yang telah menjadi usahawan yang berwibawa dan berjaya. Kejayaan itu tidak datang bergolek, ianya adalah berkat usaha bersepadu dari berbagai-bagai pihak. Kadangkala kita terlupa bahawa apa yang kita kecapi berpunca dari dasar yang diperjuangkan oleh UMNO sejak merdeka yang telah menjadikan kita aman, stabil dan makmur. Apa yang jelas ialah perubahan akan terus berlaku. Setiap dari kita telah berubah dalam berbagai dimensi dan perspektif samada kita akui ataupun tidak. Dari segi perjuangan kita perlu berubah untuk meyakinkan semula rakyat bahawa kita masih lagi parti yang menjiwai kehendak dan permintaan rakyat.
Bagi mencapai hasrat dan tujuan tersebut, saf kita perlu lurus dan barisan kita perlu mapan dan teguh. Dalam perjuangan tiada tempat untuk kita menerajui kepentingan peribadi. Kalau kita berjaya tetapi parti kita terkecundang, kita akan hilang kuasa dan pada ketika itu kita akan terpinggir dan tersisih. Di kala itu walaupun kita menangis air mata darah sekalipun kita tidak dapat kembalikan keadaan yang asal. Kerana itulah kita perlu berhati-hati dalam serba tindakan kita. Jangan kita jadi Pak Kaduk, menang sorak kampong tergadai. Musuh kita dalam politik bukanlah kita sesama kita, tetapi adalah pembangkang yang menabur fitnah dan memutarbelitkan fakta untuk meraih sokongan. Jangan kita berebut dan menuding jari, menuduh, memfitnah sama sendiri kerana mahu kedudukan dan jawatan. Kita ada tanggungjawab dan amanah serta tidak cuba betis-membetis dan hina-menghina diantara saudara-saudara kita sekampung. Kalahkanlah pembangkang dan kembalikan kekuatan parti di seluruh negara.
Tak Melayu hilang didunia
Begitu kata laksamana Melaka
Namun kalau bersultan di mata
Hilanglah kuasa hancurlah negara
Begitu kata laksamana Melaka
Namun kalau bersultan di mata
Hilanglah kuasa hancurlah negara
Inilah masa paling getir dalam sejarah perjuangan politik negara dan parti kita khususnya. Dijangkakan pembangkang akan menyerang kita dengan sehebat-hebatnya supaya rakyat hilang keyakinan pada pemimpin dan parti kita. Biar kita terkorban mempertahankan parti dan bukan cuba merebahkan sesama rakan-rakan kerana kecewa, marah atau orang itu dan ini bukan dari suku atau puak kita.
Anak kera menangis di hutan
Mencari ibu tidak kelihatan
Usahlah kita ikutkan perasaan
Sesal kemudian tiada pendapatan
Mencari ibu tidak kelihatan
Usahlah kita ikutkan perasaan
Sesal kemudian tiada pendapatan
Kini kita perlu memastikan UMNO terus menjadi teras di tampuk pemerintahan. Pucuk pimpinan kita sudahpun mewar-warkan cita-cita untuk melaksanakan transformasi politik dan ekonomi bersesuaian dengan kehendak dan tuntutan rakyat semasa. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kita sudah sampai pada era yang memerlukan pendekatan baru dalam politik, ekonomi dan sosiobudaya. Di kala inilah rakyat mahu melihat UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak yang betul-betul kuat untuk membela nasib dan masa depan mereka. Mereka mahukan UMNO menyuarakan kehendak dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur dan ikhlas. Lantaran itu mereka juga mahu melihat UMNO sebagai sebuah parti yang bersih dan suci serta pemimpinnya tawadduk dan rendah diri. Perubahan akan berlaku selari dengan kehendak dan tuntutan rakyat tetapi insya-allah tidak seperti di negara-negara di Timur Tengah yang dewasa ini terus bergolak dan huru-hara atau di Jepun yang dilanda bencana. Kita perlu menginsafi bahawa transformasi boleh menjadikan kita teguh tetapi jika kita lalai dan tidak bersedia merencana ia boleh menjadikan kita lumpuh.
Bunga Melati segar ditaman
Bunga Melur Wangi Haruman
Marilah kita mapankan Barisan
Lumpuhkan musuh Maju kehadapan
Bunga Melur Wangi Haruman
Marilah kita mapankan Barisan
Lumpuhkan musuh Maju kehadapan
Dalam mengharungi proses transformasi ini setiap dari kita juga perlu berubah dengan memahami serta menghayati sejarah dan wadah perjuangan. Kita perlu merapatkan barisan dan mencari jalan kearah penyatuan dan perpaduan dikalangan ahli UMNO tidak kira diperingkat pusat, bahagian mahupun diperingkat cawangan. Yang muda dan baru kita sayangi dan memberi tempat, yang lama kita kenang budi dan hormati walaupun tidak dipuji. Hapuskan segala sifat iri hati, benci membenci, kecewa dan dendam kesumat berterusan yang boleh mengundang kepada kehancuran parti. Saya tidak percaya yang ada dikalangan kita mahu persengketaan tidak berakhir, sehinggakan baju pun kita tidak hendak seragam. Jika kita biarkan konflik dalaman berlaku ia akan mengakibatkan kita hilang tumpuan, lantas memberi ruang kepada pembangkang untuk menumbangkan kita dan meraih sokongan rakyat.
UMNO boleh diibaratkan seperti sebuah bahtera yang besar yang memerlukan nakhoda dan juga anak-anak kapal yang bersatu, bersetia dan berkhidmat bagi mengemudi kapal untuk nakhodanya. Sekiranya kita mahu bahtera itu belayar ke destinasi yang dihasratkan kita perlu bijak mengurus ombak yang ganas. Kunci kepada kemantapan dan kejituan parti akan tercapai jika kita bersatu, bersetia dan berkhidmat secara harmoni dan seirama. Jika masing-masing mengikut hala dan selera sendiri pasti bahtera kita akan karam dan hanyut dibawa arus dilautan luas. Apakah kita rela ia berlaku? Bermadah lebih mudah dari beramal. Kita perlu mentarbiyahkan diri bagi mengenal siapa kita sebenarnya. Manusia mungkin dikaburi namun Allah swt menghakimi segalanya.
Saya ingin berkongsi dengan para perwakilan berkenaan terdapat lima jambatan dalam kehidupan yang saya perolehi dari saudara saya di facebook dari Indonesia.
1. Jambatan terpendek – putus asa
2. Jambatan terpanjang – pengharapan
3. Jambatan terkuat – iman
4. Jambatan termahal – pengorbanan
5. Jambatan terindah – kasih
Jika manusia dapat melintasi dan merangkumkan kelima-lima jambatan ini, perjuangan kita akan menjadi suci dan bermakna.
Tiada manusia yang kekal dan Allah swt adalah penentu bagi segalanya. Alhamdulillah di Kota Tinggi bahtera UMNOnya masih lagi kuat dan teguh walaupun kadangkala ada juga ombak mendatang mengganggu pelayaran kita. Pada pilihanraya tahun 2008 (PRU12) walau seluruh negera digemparkan dengan kekalahan yang teruk yang dipanggil tsunami politik tetapi di Kota Tinggi kita masih boleh senyum dan bersyukur. Tapi apa gunanya semua itu sekiranya parti kita parah dan tewas. Pada ketika itu ramai merasa terkejut dan terpegun tetapi saudara, saudari menyesal di kemudian hari tidak berguna dan bermakna. Jangan ayam dikepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan. PRU 12 yang lalu, BN telah tewas di Selangor, Perak (kita dapat merampas kembali), di Kedah, di Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan serta di Kelantan, namun di Kota Tinggi kita masih lagi dapat mengekalkan majoriti yang sungguh mengkagumkan. Ini semua kita capai berkat dari kerjasama melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh parti. Persoalannya apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 kerana kebarangkalian pada kali ini kita akan menghadapi tentangan yang paling hebat dan sengit dalam sejarah parti kita?.
Kita tidak boleh leka, masih dibuai mimpi, dan masih tidak menyedari ancaman yang boleh meruntuhkan UMNO dan BN. Apakah rakan-rakan kita dalam BN masih berkongsi mimpi yang sama dengan kita dan menyanyi lagu dan irama mengikut rentak yang sama?. Semuanya banyak bergantung pada kita. Jika kita gemar melaga-lagakan dan mengadu domba, saya pasti kita akan rebah di balun badai tanpa disedari. Bukankah kita hidup sekampung dan berjiran sekeluarga, darah dan daging ditubuh badan yang sama. Ada yang dipanggil pak long, pak ngah, pak ndak dan pak su.
`Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(karya usman awang)
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(karya usman awang)
Apakah setiap dari wajah kita pada hari ini telah lupa yang kita ini semua adalah berasal dari anak Nabi Allah Adam a.s. Bayangkan jika ada dikalangan kita baling batu sembunyi tangan. Andaikan jika kita mengambil sikap biar orang lain nampak buruk, kita senantiasa manis dan cantek dan bertepuk tangan diatas kepayahan orang lain. Jangan kita anggap rakyat tidak nampak kerenah dan apa yang telah dan sedang dilakukan. Biarlah rakyat sayang kepada UMNO kerana pemimpinnya menunjukkan contoh tauladan yang baik, jujur dan ikhlas. Keutamaan kita pertama UMNO dan akhirnya UMNO. Kalau UMNO diberi tempat kedua, alamat kita akan ditewaskan. Kalahkan pembangkang dan bukan kecundangkan kawan seperjuangan.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
(karya Usman Awang)
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
(karya Usman Awang)
Kita harus menyedari bahawa dunia hari ini sedang bergolak samada di Timur Tengah mahupun di Eropah dari aspek politik dan ekonomi. Ancaman perang, mahupun ekonomi terus mendampingi setiap negara yang pada satu ketika dahulu kukuh ekonominya. Negara yang dahulunya aman dan damai hari ini menjadi medan dan sungai darah atas nama kebebasan dan demokrasi. Yang hidup lari bertempiaran dan ada yang menjadi pelarian dan terus diselubungi ketakutan. Semuanya ditayangkan didepan mata kita oleh Allah s.w.t. supaya manusia insaf dan menjadikannya bekalan serta pengajaran.
Baru-baru ini ada sebuah badan NGO yang dipanggil BERSIH yang telah merancang untuk mengadakan Perhimpunan kononnya pada 9hb Julai ini untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apa yang saya perhatikan pendekatan mereka boleh mengundang keadaan huru-hara serta melahirkan ketidakstabilan politik dalam negara kita.
Pembangkang cuba mewujudkan persekitaran yang tidak stabil bagi mencapai hasrat dan objektif mereka menjatuhkan kerajaan. Kita perlu sedar ancaman ini dan kita perlu bersedia untuk menepis semuanya demi mempertahankan maruah Agama Bangsa dan Negara.
Kita juga perlu bangga dan bersyukur di Malaysia rakyat bergerak bebas. Pelancong yang datang seringkali memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan selamat. Nilai matawang kita pun semakin kukuh berbanding sewaktu tahun 1997/1998. Ini semua adalah nikmat yang kita dapat kecapi. Tunggak kekuatan Malaysia selama ini jangan kita lupa adalah UMNO sekaligus Barisan Nasional. Ini perlu diterang dan terus diingatkan kepada rakyat secara rasional dan munasabah supaya tidak dimanipulasikan oleh pembangkang.
Sejarah memaparkan pada kita di Jepun parti yang sekian lama memerintah telah ditewaskan oleh pembangkang. Begitu juga di Taiwan dan India. Apabila ditanya sebabnya serta kita meneliti puncanya, boleh dirumuskan kekalahan parti mereka adalah kerana mereka sudah hilang sentuhan dengan rakyat dan tidak bersatu. Parti mereka hilang tumpuan dan tidak mendengar rintihan rakyat dan justru itu rakyat sebagai penentu menolak dan memilih pembangkang. Apakah kejadian di luar persekitaran kita tidak boleh memberi pengajaran kepada kita?. Oleh sebab itu BN dan UMNO dibawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak mahu kita mesra dan memahami sentuhan rakyat, tidak kira di kota mahupun di desa dan tidak kira belia mahupun orang tua. Inilah yang dimaksudkan dengan transformasi dari sudut dasar, pemikiran dan tindakan. Inilah perubahan yang perlu setiap dari kita sambut di setiap pelusuk negara.
Kota Tinggi sudah melalui pelbagai perubahan samada prasarana ataupun pembangunan ekonomi dan taraf hidup kita. Kampung Tradisi dan Felda telah meraih banyak manfaat dan perubahan. Rumah kayu menjadi batu, tanah lapang dipacak bangunan dan jalan berlumpur sudahpun diturap. Jangan kita nafikan apa yang jelas terpapar depan mata kita. Lihat pada diri dan persekitaran kita serta kemewahan dan kesenangan kita.
Walau apa pun di Kota Tinggi kita perlu memberikan yang terbaik kepada rakyat dan saya berharap Kota Tinggi akan kekal dibawah UMNO dan Barisan Nasional selama-lamanya.
Jika kita inginkan kejayaan kita perlu menempuh dahulu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Janganlah gusar dan hilang kepercayaan kerana semata-mata merasakan kita tidak mampu menempuh arus dan cabaran yang mendatang. Saya ingin memetik sepotong ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 124 mafhumnya :
Yang bermaksud :
“Ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia’. Ibrahim berkata: ‘(Saya mohon juga) dari keturunanku’. Allah berfirman: ‘Janji-Ku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim’.” –Al-Baqarah ayat 124
Dengan itu bersabarlah menghadapi dugaan dan cabaran selepas ini dan bersatulah demi agama bangsa dan negara nescaya kita akan dapat memacu parti kemercu yang lebih tinggi.
Baru-baru ini PAS telah mengadakan muktamarnya dan memperlihatkan kesanggupan untuk menukar hala tuju perjuangan dan objektif PAS demi rakan dalam pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR. Hasrat untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal dalam kenangan. Mereka sanggup menjual agama demi untuk mencapai hasrat rakan mereka. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mencapai cita-cita walau menjual agama sekalipun. Apa lagi yang boleh dijual mereka akan menjualnya. Inilah cara pembangkang mahu menjatuhkan BN.
UMNO tidak akan mengadaikan perjuangan sucinya.
UMNO tidak akan menjual maruah agama, bangsa dan negara.
Selagi UMNO bertapak di bumi ini selagi itu kita tidak akan berpaling dari objektif dan perjuangan membela bangsa dan nasib kaum lain supaya kesaksamaan dan keadilan sosial tercapai dalam politik tanah air tercinta.
Kini slogan baru PAS ialah mewujudkan negara kebajikan. Mereka cuba mengabui mata rakyat bagi meraih sokongan politik, sedangkan perjuangan UMNO sudahpun tertumpu kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara syumul dan rakyat telah menerima hasil dan manfaat darinya. Kita perlu bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada yang memberi.
Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Haji Ir Idris bin Harun kerana sudi meluangkan masa. Terima kasih daun keladi kini saya ada nak minta satu lagi. Sebagaimana YB tahu SPNB telah membina sebanyak 360 buah rumah di Batu Dua Jalan Lombong, Kota Tinggi untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan Parlimen Kota Tinggi. Kita diperuntukkan sebanyak 134 buah untuk mangsa tersebut. Oleh kerana jumlah rumah tidak mencukupi bagi menampung permintaan, saya mohon jasa baik YB untuk membina 300 lagi buah rumah tambahan bagi mengisi kekurangan.
Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang bertugas bagi menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi tahun 2011 pada pagi ini. Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang kurang dari saya selaku insan biasa. Sebagai penutup marilah kita renungkan bersama sepotong sajak dari coretan Usman Awang

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
(karya Usman Awang)
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
(karya Usman Awang)
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.