Akhir-akhir ini dunia menyaksikan pergolakan hebat di negara-negara di Timur Tengah. Kebangkitan rakyat yang dikatakan diteraskan oleh kesedaran dan kehendak rakyat diperingkat akar umbi mencari perubahan berasaskan kebebasan dan demokrasi setelah sekian lama terkongkong. Ianya bermula dengan perarakan aman menuntut keadilan dan kebebasan yang akhirnya menjadi pertempuran berdarah diantara mereka dan pemerintah. Keadaan rantau Timur Tengah menjadi tidak tenteram dan tidak menentu. Jepun pula dilanda gempa bumi dan Tsunami yang mengemparkan dunia seterusnya kekhuatiran terhadap kesan radiasi dari reaktor nuklearnya yang diluar jangkaan. Kejadian alam dan politik sekaligus menggempar dan mengancam ketenteraman dan kesejahteraan manusia. Setiap angkara yang dihadapi hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan manusia.
Landskap politik dan ekonomi dunia dari pelbagai dimensi sudah pun berubah. Dewasa ini masyarakat mahu melihat sistem pemerintahan yang berteraskan kepada keterbukaan dan penglibatan rakyat dalam proses menentukan hala tuju negara. Sistem diktator, totalitarian, komunisme jelas sekali ditolak oleh rakyat.
Di Timur Tengah desakan dan suara rakyat semakin lantang bagi mencorak dan menentukan kerajaan yang demokratik dan mesra rakyat diwujudkan. Seharusnya kita bersimpati dengan kehendak dan tuntutan rakyat yang munasabah dan wajar. Malangnya ia telah mencetuskan keadaan huru-hara yang membebankan serta menyusahkan rakyat jelata. Metodologi dan pendekatan yang digunakan di peringkat awal bagi menyuarakan kemahuan kepada perubahan adalah melalui demonstrasi jalanan secara aman. Namun demikian kerana suasana dan tekanan pemerintah ia berakhir dengan rusuhan yang tidak dapat dikawal serta menyebabkan kehilangan nyawa. Tindak balas kerajaan di setiap negara berbeza bergantung kepada suasana dan persekitaran politik di negara masing-masing.
Titik permulaan perubahan di Mesir dan negara-negara lain dirantau itu telah menyusuli kebangkitan rakyat di Tunisia. Tuntutan perubahan di Tunisia disebabkan rakyat berasa marah terhadap kedudukan ekonomi negara yang tidak melahirkan peluang pekerjaan. Dimasa sama kerajaan tidak memperbaiki dan menghayati tuntutan munasabah rakyat. Disebaliknya pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah. Kita melihat pergerakan rakyat di kedua-dua buah negara ini berjaya meruntuhkan kerajaan. Di Yemen dan Bahrain kini Syria, keadaan terus meruncing dan membimbangkan. Setiap hari desakan perubahan semakin jelas, kuat dan ganas. Suasana menjadi lebih kompleks dan rumit apabila kuasa-kuasa besar dikalangan masyarakat antarabangsa mula campur tangan dan memihak kepada golongan yang mahukan perubahan.
Apa yang nyata perubahan perlu dan pasti berlaku di wilayah tersebut. Apakah perubahan itu boleh menyelesaikan masalah rakyat? Jawapannya bergantung kepada apa yang berlaku seterusnya. Namun begitu campurtangan UN dan NATO menjemput masalah lebih besar yang telah mencetuskan perang saudara diantara rakyat dan penyokong kerajaan.
Dalam proses transisi, isu seperti demokrasi, hak dan kebebasan masih lagi tidak terurus dan terjamin. Proses untuk mewujudkan satu perlembagaan dan kerajaan baru tidak semudah yang disangkakan. Ia memerlukan penonjolan pemimpin yang berwibawa, yang dikehendaki oleh rakyat sendiri dan bukan yang ditunjuk oleh kuasa luar. Iraq dan Afghanistan telah mengalami campur tangan luar dan apa juga yang dikatakan sehingga sekarang masih lagi tidak tenteram dan aman.
Tanda tanya yang timbul, apakah hak kerajaan negara luar untuk bertindak bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam domestik di sebuah negara lain? Jawapannya masih lagi kabur, tetapi yang penting mestilah ianya terlaksana mengikut undang-undang antarabangsa. Dengan menggunakan isu hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa insiden domestic boleh diantarabangsakan lantaran memberi alasan untuk campurtangan luar dalam konflik dalaman. Majlis Keselamatan PBB yang dikuasai oleh Ahli-ahli Tetap menghalalkan tindakan ketenteraan kononnya bagi melindungi hak dan keselamatan masyarakat tempatan. Sebenarnya tindakan mereka dikatakan lebih bermotif politik dan ekonomi dan bukan untuk kepentingan demokrasi dan kebebasan semata-mata. Pada saya PBB dan Liga Arab kelihatan tidak mencari rumusan melalui saluran damai berasakan rundingan dan diplomasi, sebaliknya begitu ghairah dengan pendekatan melebarkan konflik.
Usul PBB menghalalkan pelaksanaan pengeboman dan dalam bentuk ‘no fly zone’, bagi menyokong aspirasi kumpulan pemberontak. Akhirnya, sudah tentu ia akan mengakibatkan lebih banyak kesengsaraan dan kematian dikalangan rakyat biasa yang tidak berdosa. Dalam kes konflik di negara-negara Timur Tengah ada kesungguhan untuk campur tangan. Apakah menggunakan pendekatan ketenteraan satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah semasa. Mengapa formula dalam merumuskan konflik Palestin/Israel berlainan, sedangkan Israel jelas sekali melanggar undang-undang antarabangsa. Walaupun ramai nyawa rakyat Palestin terkorban tetapi Israel dibiarkan melakukan apa sahaja yang dikehendaki termasuk melanggar usul PBB dan undang-undang antarabangsa tanpa sebarang tindakan ketenteraan. Liga Arab dan OIC membisu seolah mereka menghalalkan apa yang sedang berlaku. Dimanakah letak hak kedaulatan nasional sesebuah negara?. Jika perkara sebegitu tidak diurus baik jurang barat Arab/Muslim akan terus melebar dan merebak ke seluruh dunia Islam.
Pada saya dunia hari ini sekali lagi berdepan krisis besar. Negara Barat menjadi penggerak utama menyerang Libya tetapi tidak di negara-negara lain. Melalui resolusi 1973 ia mengizinkan tindakan diambil bagi menentukan ‘no fly zone’ dipatuhi. Jika ditinjau dari perspektif keterangkuman, ia begitu luas sehinggakan ia mengizinkan segala bentuk tindakan. Secara jelasnya mereka boleh menakluk Libya dan meletakkan pemimpin dan kerajaan yang mereka kehendaki. Amerika Syarikat, Britain dan Perancis sekali lagi terlibat dengan perancangan ‘regime change’ . Gaddafi telah silap langkah kerana berfikiran yang beliau ada keistimewaan seperti pemimpin-pemimpin Israel. Israel pasti boleh buat apa sahaja termasuk melanggar resolusi dan Undang-Undang Antarabangsa. Umat manusia patut mahukan demokrasi dan sistem kerajaan berteraskan keterbukaan dan kebertanggungjawaban diwujudkan di Timur Tengah. Soalnya bagaimanakah patut hasrat tersebut direalisasikan.
Kini keadaan huru hara sudah menjadi satu penyakit kronik dan tidak ada satu organisasi yang kredibel boleh menjadi pendamai. Saya berharapkan masyarakat antarabangsa tidak cenderung kepada pendekatan kekerasan dan ketenteraan tetapi senantiasa melihat kepada bagaimana hendak mencapai penyelesaian. Bangsa-Bangsa Bersatu mestilah diberikan kuasa dan bertekad kepada keamanan dan tidak menjadi sebagai sebahagian dari penggerak kekerasan dan ketenteraan.

bersyukur malaysia aman... kita tidak boleh terlalu leka.
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteBoleh sy dapatkan email datuk.
Tq