Monday, May 15, 2017

FBSHApost@10 Mei 2017: PUISI #9/2017 UMNO

UMNO

Hari itu 
11 Mei 1946 kau dilahirkan

Menjalin kesepaduan

Itu satu kebenaran
Dinaung bawah bumbung kedaulatan
Bergema nationalisma wadah perjuangan
Kau tiada apa
Melainkan semangat
Menebus maruah umat 
terikat dibelenggu 
penjajahan ketidakadilan penindasan
kau merintis kehormatan
untuk agama dan bangsa
Gentar penjajah kerana 
Melayu merapat barisan
Dalam satu wadah dipanggil perjuangan
Suci dan tulus bendera
dan layar peraknya
Meneduh dan bekerjasama
dengan semua
Penerima inilah negara kita
UMNO payung hormat
Ia menterjemah daulat
Bangsawan dan rakyat
UMNO marakan kita dalam satu rumpun bangsa
Walaupun berbeza
Hidup bebas merdeka itulah asasnya
Tidak terhina dan dihina
11 Mei keramatnya
Berkorban dalam satu perjalanan
Ke destinasi mulia
Maju kehadapan
UMNO bahtera semua
Kukuh dan mantap berdepan
badai dan lautan
Bukan satu laongan
Ketegasan dan keberanian
Pulanglah ke pelabuhan
Membela kehormatan
Luhur dalam keikhlasan 
Untuk seluruh jelata yang mengharapkan..,.
UMNO....wadah tertinta
Satu perjuangan mengharung kebebasan



FBSHApost@10 Mei 2017

FBSHApost@10 Mei 2017: PUISI #8/2017

Bunga-bunga menghiasi taman-taman dunia
Tenang dan damai
Merenung warna-warna 
Merah kuning biru putih dan berbagai keindahan
Menular dan mendakap kehijauan
Menakjub dan mengkagum
Sedang angin membayu sepoi-sepoi bahasa
Rindu pada insan 
Menghulur salaman
Mengharap pentas 
di situ 
tiada kezaliman dan keganasan
Menikmati keindahan ciptaan 
Tiada kebencian

JREast 
General Education Centre
Shin Sharikawa, Japan
10/5/17, 4.15 pm




FBSHApost@8 Mei 2017: PUISI #7/2017

Fakir melukis kanvas hidup
Berbagai-bagai
Beruntai-untai
Harta, pangkat dan kesukuan
Sarat membuncing kehidupan 
Tiada cerita dari suara hati
Tentang keseimbangan dan kesamarataan
Ia semua idealisma aktivis dan ilmuan
Tiada kesampaian
Hanya lontaran zaman
Bila perjuangan jumud
Mencari kesenangan dalam kehidupan
Bercelaruan retorika tanpa haluan dan amalan
Seperti buih-buih berapongan 
Di permukaan lautan
Fakir berfikir-fikir 
Tiada nokhtah bila rela diperhambakan



Al Shifaq 
Bukit Damansara
8/5/17, 7:55 pg

FBSHApost@8 Mei 2017: PUISI #6/2017

Jika kau pandang
tanpa lihat
Pasti akan hilang
Kau perlu perhati 
Supaya akan menghayati

Alam, persekitaran dan insan 
Senantiasa berdampingan
Masing-masing ada dorongan
Tinggalkan warisan dan kenangan
Terpahat pada warisan
Untuk terus tersimpan bersama ingatan dan perhatian

Al Shifaq 
Bukit Damansara
7/5/17, 7:00 ptg

FBSHApost@8 May 2017: Trajectory of personalities in politics

I was in Jakarta recently and was talking to a media man who told me today it is the "person" who drives politics and not the political parties. To him, the "person" will determine and shape the inclination or slant of the political party itself. 

According to him, these realities were recently exemplified in the GEs in US, Canada, France & Indonesia. The individuals just project their images and the political parties will fall in line to support them. Trajectory of personalities becomes a core or significant factor for success in the election.


FBSHApost@8 May 2017

FBSHApost@6 Mei 2017: Rapatkan Barisan Perpaduan

Masa depan kita bergantung pada kita. Selagi ada ketahanan dan kemantapan politik, ekonomi, keselamatan dan sosio-budaya, tiada siapa boleh memperlekehkan negara. 

Justeru, rapatkan barisan perpaduan walaupun ada kelainan dan perbezaan.


FBSHApost@6 Mei 2017

FBSHApost@3 Mei 2017: Oder Baru Kepentingan Nasional

Malaysia is a beautiful country with all its diversities and colourful people and cultures.

Persaingan, pertandingan, mengadu domba berada di satu laluan....pertembungan dan konflik lumrah globalisasi. Ekonomi, pasaran dan kapitalisme menafikan hak asasi, jenayah kemanusiaan dan genocide. Kedaulatan dan tidak campur tangan lebih utama dari penganiayaan dan penindasan. 

Oder baru kepentingan nasional, ke mana agaknya arahnya?.

FBSHApost@3 Mei 2017

FBSHApost@1 Mei 2017: Selamat Hari Pekerja

Hari pekerja disambut sebagai tanda kehormatan kerajaan, rakyat dan pengurusan serta pengiktirafan terhadap sumbangan pekerja untuk pembangunan eknonomi dan kesejahteraan negara serta sumbangan mereka kepada kejayaan pentadbiran kerajaan dan industri negara ini. 

Justeru pentingnya ada keseimbangan dalam agihan keuntungan dan kekayaan negara. Semua pihak perlu mengamalkan urus tadbir yang amanah dan berintegriti. 

Salam Hari Pekerja.


FBSHApost@1 Mei 2017

FBSHApost@30 April 2017

Apa yang lebih penting dalam hidup dan persahabatan, harta atau hati dan jiwa yang bersih dan jujur? Pilihannya berada pada kita masing-masing.


FBSHApost@30 April 2017

FBSHApost@29 April 2017

Setiap insan memiliki kebahagiaan yang kadang kala tidak tercerna dan hanya akan tercetus dengan kehadiran pihak kedua atau ketiga. Justeru, carilah pelangi keceriaan disepanjang hidup untuk menerangi akhirat kita.


FBSHApost@29 April 2017