Sejak dekad yang telah berlalu politik dunia terus berubah secara mendadak. Kini ianya dipengaruhi oleh garisan budaya dan tamadun baru berteraskan teknologi dan komunikasi. Dalam buku “The Clash of Civilization” dan “The Remaking of the World Order” Huntington telah membincangkan perubahan akan melahirkan konflik di antara Barat dan dunia Islam. Pandangannya agak simplistik dan terpisah dari realiti dunia hari ini. Politik global hari ini tidak syak lagi berasaskan kepada persaingan kuasa dan kepentingan di antara kuasa-kuasa besar dunia. Justru perubahan hubungan antarabangsa juga dipengaruhi oleh persekitaran politik antarabangsa yang berdepan dengan cabaran-cabaran baru. Semasa era perang dingin oder dunia dikatakan terbahagi kepada dua polar (bipolar) Barat dan Timur atau komunis dan kapitalisma. Namun pengaruh ideologi pada dewasa ini berbeza dari masa lampau. Kini polar politik antarabangsa lebih berbentuk berbagai kuasa dengan timbulnya semangat nationalisma dan penekanan kepada identiti kaum ataupun agama. Lantas masing-masing kuasa besar bergerak mencari pengaruh tersendiri berasaskan kepada kepentingan politik, ekonomi dan keselamatan mereka.
Ada pendapat yang menyarankan sebenarnya hanya ada satu kuasa besar terkuat global. Namun demikian ia tidak bermakna hanya wujud satu kuasa sahaja (unipolar). Adalah tepat untuk mengatakan masa ini hanya ada satu kuasa yang terkuat dan selainnya tidak setaraf dengan kuasa ketenteraan dan ekonominya. Kuasa besar yang kuat seharusnya berupaya untuk menyelesaikan dengan berkesan segala konflik rantau dan antarabangsa yang berbangkit dari masa ke semasa. Namun demikian oleh kerana mereka didorong oleh kepentingan tertentu, maka itu kepentingan dilaksanakan secara selektif mengikut keperluan geopolitik atau ekonomi mereka . Justru itu rumusan muktamad kepada sesuatu konflik tidak berlaku sepertimana yang dijangkakan. Di dekad lalu, misalnya, konflik Bosnia, perjanjian damai di antara kaum muslim dan Kristian diselesaikan dengan mengambil kira kepentingan kuasa-kuasa besar dunia dan rantau. Di Asia Timur pula pendekatan China dari segi teorinya adalah tidak campur tangan secara langsung tetapi ia terus melebarkan kuasa dan pengaruhnya. Semasa era perang dingin dan adanya sistem duapolar hubungan politik dan pengaruh antarabangsa bergantung kepada dua kuasa besar terulong ketika itu Amerika Syarikat dan Rusia. Keadaan bipolar tersebut dianggap telah menjamin keseimbangan politik antarabangsa dan melahirkan kestabilan dan keamanan dunia. Dasar luar sesebuah negara akan mengambil kira persekitaran geopolitik rantau dan antarabangsa.
Lantas Amerika dan Rusia, masing-masing mewujudkan sekutu mereka berasaskan kepada ideologi dan kehendak geopolitik. Dimasa sama mereka terus bersaing di antara satu sama lain untuk mendapat pengaruh di kalangan negara-negara berkecuali. Dalam konteks pula adanya sistem berbagai polar (multi-polar) iaitu lebih dari dua kuasa besar yang memeliki kekuatan ekonomi dan ketenteraan seimbang ia terus bersaing mengikut kepentingan serta agenda masing-masing. Mereka berkerjasama jika perlu dan bersaing di antara satu sama lain mengikut kepentingan nasional negara serta terus mewarnakan persekitaran politik antarabangsa yang terus berubah-ubah. Keamanan dan kestabilan global hanya dapat dilahirkan dengan kefahaman serta keseimbangan. Kerjasama antarabangsa adalah perlu bagi menyelesaikan isu-isu utama yang berbangkit di peringkat rantau ataupun antarabangsa. Kalau ditanya apakah sistem masa kini lebih seimbang dan adil. Jawapannya agak kabur dan dalam konteks globalisasi dan kebergantungan suasana politik dan ekonomi global menjadi makin tidak menentu. Justru itu tidak bolehlah dikaitkan kepada pendekatan berasaskan semata-mata kepada keadilan sejagat tetapi masih berbentuk minat untuk mengimbangi kuasa. Oleh itu ada pihak berpendapat ada hanya satu kuasa antarabangsa. Samuel P. Huntington pula menyebut masa kini ia boleh dikatakan satu sistem hybrid, iaitu uni-multiple polar – mengikutnya wujud satu kuasa besar utama dan kuasa-kuasa besar lainnya hanya cuba bersaing atau mengimbanginya.
Pada pandangan Huntington Amerika Syarikat adalah satu kuasa terulung dalam semua komponen kuasa, iaitu ekonomi, militari, diplomatik, ideologi, teknologi dan budaya – dengan keupayaan luar biasa sebegitu jelas sekali ia mempengaruhi geopolitik dunia. Sehinggakan Fukuyama mengatakan telah berakhirnya perang dingin dan kemunculan demokrasi berakhirlah sejarah. Amerika Syarikat berkemampuan untuk mempromosi serta mempertahankan kepentingan nasionalnya di seluruh pelusuk. Pendapat sebegitu tidak disetujui oleh banyak penganalisis politik ataupun ahli akademik. Mereka menganggap pandangan itu tidak tepat kerana suasana geopolitik antarabangsa sedang melalui satu proses bukan hanya setakat transformasi tetapi metamorphosis. Ulrich Beck seorang professor sosiologi di Universiti Munich dan London School of Economics and Political Science, berpendapat dunia bukan sahaja berdepan dengan perubahan tetapi metamorphosis iaitu satu transformasi radikal di mana ketentuan lampau dalam masyarakat moden sudah runtuh dan sesuatu yang baru sedang muncul. Bagi memahami metamorphosis ini katanya, penting untuk kita mencari apakah permulaan baru ini, serta menumpukan kepada apa yang sedang muncul dari era lama dan cuba menguasai struktur dan norma-norma di masa akan datang dalam suasana pergolakan deras serta kemajuan teknologi dan komunikasi yang akan merubah cara manusia bertindak dan mengurus kehidupan di peringkat industri dan individu.
Masa ini kita juga bertemu dengan kemunculan kuasa-kuasa utama rantau, seperti Jerman dan Perancis di Eropah, Rusia di EuroAsia, China dan Jepun di Asia Timur, India di Asia Selatan, Iran di Asia Barat, Brazil di Amerika Selatan dan Afrika Selatan dan Nigeria di Benua Afrika. Di Asia Barat keadaannya berbeza kerana mereka berdepan dengan pergolakan dalaman militari dan juga campur tangan asing. Rantau itu tidak kelihatan di masa ini akan ada mana-mana negara-negara Arab yang dengan sendirinya dapat membentuk struktur baru rantau tersebut. Kekosongan tersebut membolehkan Turkey menjadi kuasa pengimbang di antara nega-negara di Asia Barat. Begitu juga Afrika Selatan dan Nigeria. Walaubagaimanapun begitu di Eropah timbul persaingan di antara Britain dan Jerman dan Perancis. Kini Britain berdepan dengan masalah di atas keputusannya untuk keluar dari kesatuan Eropah. Perundingannya tidak semudah yang mereka jangkakan. Begitu juga ketegangan yang sedang berlaku di antara Ukraine dan Rusia belum lagi ada penyelesaiannya, kerana wujudnya permainan politik Nato. Seterusnya persaingan kuasa di antara Amerika Syarikat dan China turut mengheret Jepun dan Korea Selatan serta melahirkan ketegangan di Asia Selatan, Timur dan Asia tenggara. Di Asia Selatan pula ketegangan berterusan berlaku di antara Pakistan dan India, samada dalam isu terrorisma ataupun Kashmir. Dalam hal ini juga ada percaturan politik antarabangsa di antara Amerika Syarikat, China dan Rusia. Sikap Barat untuk mencorakkan geopolitik dunia melahirkan berbagai kesan negatif kepada keamanan dan kestabilan. Kemunculan Iran di Asia Barat cuba diimbangkan dengan Arab Saudi. Sedangkan di Amerika Latin, kuasa Brazil cuba diimbangkan dengan Argentina. Bila wujudnya kepentingan nasional serta geopolitik kuasa-kuasa besar timbullah persaingan kuasa untuk melahirkan dominasi dan hegemoni. Hakikatnya dominasi ataupun hegemoni lebih susah dalam konteks hari ini untuk dicapai kerana Amerika Syarikat pun tidak lagi menunjukkan kepimpinannya di peringkat global. Banyak negara masih kabur tentang pendirian Presiden Trump sebenar. Amerika Syarikat terlalu tertumpu ke dalam negara dari kecenderongan mengambil peranan kepimpinan di peringkat antarabangsa. China dilihat lebih tegas dan terserlah. Kini di Asia Timur dan semenanjung Korea persekitaran di kawasan tersebut berdepan dengan ketegangan kerana sikap serta keupayaan nuklear Korea Utara yang sengaja ditunjuk-tunjukan. Masalah ialah solusi diplomatik dan saluran diplomasi tidak dimanfaatkan. Amerika sendiri suka bermain dengan retorika dan tidak dilihat dapat berbuat apa-apa kepada permainan politik dan media Korea Utara melalui langkah-langkah provokasi. Amerika Syarikat berharap China untuk menahan keterlaluan Korea Utara, tetapi kecewa dengan kurangnya tindakan China. Asia Barat pula terus bergolak dengan campur tangan Arab Saudi di Yaman serta perkembangan terbaru konflik negara-negara Teluk dengan Qatar yang agak susah untuk diselesaikan kerana ia melibatkan soal kehormatan dan kedaulatan sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apakah kesudahannya hanya dapat diperhatikan sahaja?
Negara-negara di Asia Barat atau di Afrika Utara atau di Asia Selatan membuktikan yang campur tangan ketenteraan dari negara-negara asing tidak boleh membawa penyelesaian jangka pendek ataupun panjang. Sebenarnya ia menimbulkan ketidaksetabilan dan konflik berterusan. Amerika Syarikat walaupun kuat dan berkuasa ia sudah menjadi satu kuasa besar yang paling tidak popular dalam sejarah. Ia juga dibenci dan tersisih di beberapa rantau di seluruh dunia. Dalam suasana sikap pentadbiran yang tidak menentu masa kini ia membawa kesan yang lebih parah lagi. Kebanyakkan negara-negara di dunia tidak dapat menerima untuk Amerika menjadi polis dunia atau penentu kepada masa depan politik antarabangsa. Dalam suasana dan persekitaran yang penuh dengan konflik dan pertikaian PBB (UN) dilihat lain dan tidak bermaya untuk bertindak.
Dalam polar dunia yang berbagai pasti sekali akan terus wujud persaingan kuasa, pertembungan dalaman dan di antara negara. Walaupun ada kerjasama mengikut adunan dan campuran yang pelbagai keadaan dunia lebih gusar sehingga muncul model baru dunia yang lebih adil, aman dan stabil.
Syed hamid albar
Alhamdulillah... Terima kasih atas perongsian ilmu dari tuan. Bersamalah kita berusaha dan berdoa semoga orang mukmin bersatu hati dan berjuang untuk membuktikan yang Islam adalah penyelesaian dan kemenangan sebenar-benarnya... Aaminn.. Wallahualam
ReplyDeleteEasy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
ReplyDeleteAt least 160 000 men and women are hacking their diet with a simple and SECRET "liquids hack" to lose 2 lbs each and every night while they sleep.
It is effective and works on everybody.
Just follow these easy step:
1) Get a clear glass and fill it up half the way
2) Now use this strange hack
and be 2 lbs skinnier in the morning!