Thursday, September 17, 2009

GERAKAN ANTI ISLAM DAN HUBUNGAN MALAYSIA INDONESIA

  1. GERAKAN ANTI ISLAM

  2. Gerakan Anti Islam samada secara nyata atau terselindung semakin berkembang di seluruh dunia. Kejadian terbaru yang memilukan hati setiap Muslim di seluruh pelusuk dunia adalah demonstrasi yang bertukar kepada rusuhan diantara Muslim dan ekstremis anti Islam yang di dalangi oleh Stop Islamification of Europe (SIOE) di Masjid Harrow, sebelah barat laut London. Mereka mengacau orang Islam menunaikan ibadat. Ini salah satu sikap yang melambangkan prejudis yang masih ada dikebanyakan negara barat. Di Amerika Syarikat mengikut satu kajian terbaru masyarakatnya masih lagi memandang serong terhadap penganut agama Islam. Kebanyakan mereka menganggap Islam menggalakkan keganasan dan militansi. Ini jelas kerana masih wujud jurang kefahaman yang tebal di kalangan masyarakat barat terhadap agama dan masyarakat Islam. Malahan ada yang menyatakan ada kebencian yang tidak terkawal terhadap umat Islam.

    Banyak lagi kes-kes yang boleh diambil sebagai contoh. Pada saya ia menampakkan penindasan terhadap masyarakat Islam di Negara-negara barat seperti dalam penulisan saya terdahulu mengenai pembunuhan Marwa Al Shalbini. Ada juga kes seperti membakar rumah di Jerman, tindakan merosakkan masjid, mewujudkan undang-undang yang mengharamkan wanita Islam memakai jilbab atau tudung. Di Turkey, pernah berlaku satu kejadian dimana kerajaan menarik balik kerakyatan seorang ahli parlimen yang memakai tudung dan lain-lain tindakan juga berlaku bertujuan untuk membaratkan masyarakat Islam di negara mereka. Kebebasan bercakap, beragama dan berpersatuan tidak diamalkan untuk masyarakat Islam yang berada di Barat. Sikap tidak adil dan prejudis terhadap masyarakat Islam inilah yang menimbulkan kemarahan dan jurang diantara umat Islam dan bukan Islam.

    Di Malaysia perkara seperti ini juga telah pun berlaku. Contoh yang paling ketara adalah kes Setiausaha Politik Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Jeff ooi yang pernah membuat kenyataan “tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama ‘Abdullah’ yang digunakannya selepas memeluk Islam”. Begitu jua kes meletakkan babi di tempat umat Islam dan provokasi yang sering melibatkan sensitiviti masyarakat Islam dan lain-lain lagi terus berlaku tanpa digembar-gemburkan. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam seperti PAS lebih mementingkan politik dari mempertahankan agama dari tercabar. Mereka sanggup menghalalkan tindakan tertentu yang dilakukan oleh rakan kongsi politik mereka terhadap agama dan umat Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik. Kes kepala lembu adalah satu reaksi, kerana perkara-perkara begini dibiarkan berlaku secara berterusan tanpa tindakan tegas. Perkara sebegitu tidak akan melahirkan persefahaman, toleransi dan mendokong prinsip 1 Malaysia iaitu bersatu dalam kepelbagaian. Jangan pula satu pihak sahaja yang bertoleransi tetapi rakyat yang lain tidak melakukan apa. Dimanakah letaknya tanggungjawab secara bersama. Hubungan antara kaum di Malaysia rapuh jika sekiranya tidak dipelihara dengan bijaksana dan berhemah.

    MIC pula kini menyalahkan UMNO dengan penyataan mengantung selipar di leher Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ia satu penghinaan yang amat tinggi dan jika kita orang Melayu dan Islam tidak menjaga satu hari kita pasti akan dihina dan dicerca seperti masyarakat Islam di Barat. Ada kalanya kita kena tegas dalam membuat sesuatu perkara. Undang-undang akan dihormati sekiranya ia dilaksanakan dan bukan hanya berkata tetapi tidak ada pelaksanaan. Tidak mencukupi untuk mengantung keahlian, lebih tepat parti MIC minta maaf diatas ucapan tersebut.

    Walau bagaimana pun penghinaan terhadap Masyarakat Islam makin menjadi-jadi di dalam dan diluar negara selagi kita tidak atur strategi dan menjalinkan kerjasama serta perpaduan yang mantap dikalangan umat Islam.

  3. INDONESIA DAN MALAYSIA

  4. Hubungan Indonesia dan Malaysia sejak kebelakangan ini sering dicabar. Hari ini kita dipamerkan sikap yang keterlaluan terhadap Malaysia dengan tidak mengendahkan kesannya. Malaysia adalah sebuah negara yang menerima paling ramai pekerja asing dari Indonesia sejak bertahun-tahun lagi. Ini mencerminkan hubungan erat serta hubungan diplomasi dan politik yang kukuh diantara kedua-dua buah negara. Tetapi semenjak baru-baru ini, provokasi berterusan dari media Indonesia, kenyataan konfrontasi disana dan membakar bendera tidak langsung mencerminkan iklim berbaik atau rakan akrab dalam ASEAN. Perkara ini perlu dirumus segera dan perbincangan peringkat tertinggi hendaklah diadakan kerana ia melibatkan kewibawaan dan kedaulatan Malaysia. Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin Malaysia untuk menyuarakan suara kebimbangan, kerisauan tentang perkara ini. Tahniah juga kepada media Malaysia yang begitu “restraint” dan tidak bertindak melulu seperti media Indonesia. Mereka berjaya mengawal sentimen dan perasaan rakyat di dalam negara ini.

    Marilah kita menjalinkan hubungan yang matang dan bijaksana demi kepentingan umat Islam yang telah dan boleh memberi banyak manfaat kepada masyarakat di kedua-dua buah negara. Justify Full

No comments:

Post a Comment