Pada tahun 1995, selepas pilihanraya umum saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan menggantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Saya memegang jawatan tersebut sehingga akhir tahun 1998. Semasa menjadi Menteri Pertahanan saya telah melalui pelbagai pengalaman yang menarik dan menyentuh perasaan saya. Tidak dapat dielakkan yang pengalaman tersebut telah memperkasakan dan membuat saya lebih prihatin dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Pertahanan. Ada perkara yang tersimpan di ingatan samada yang lucu ataupun yang diselubungi kedukaan serta kesedihan. Itulah yang dikatakan laluan hidup yang berliku yang sudah tentu akan mematangkan seorang individu. Seorang Menteri Pertahanan perlu tabah melalui pelbagai cabaran yang melibatkan persoalan manusia dan kemanusiaan.
Kementerian Pertahanan memiliki dua bahagian, satu bahagian awam dan satu lagi bahagian ketenteraan. Kombinasi dan kerjasama erat diantara kedua-duanya memainkan peranan utama bagi menjamin kelancaran pengurusan Kementerian tersebut. Salah satu perkara yang amat membanggakan saya adalah disiplin dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tidak ada sesuatu yang mereka biarkan berlaku tanpa melalui ‘drill’ bagi menjamin kesempurnaan sesuatu majlis. Apa jua yang hendak dilaksanakan senantiasa siap dengan pilihan alternatifnya. Misalnya masa saya melaporkan diri sebagai Menteri Pertahanan, saya diperlukan untuk mengambil tabik hormat. Mereka memaklumkan pada saya opsyen-opsyennya pertama, kedua dan ketiga bagi menjayakan majlis pada masa dan ketika yang ditetapkan. Dengan itu apa yang dirancang akan terlaksana dengan sempurna. Saya sering semasa membuat lawatan rasmi ke luar negara dimana diberitahu yang ada pasukan tentera Malaysia bertugas dibawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu, memiliki tahap professionalisma serta kemampuan yang tinggi. Ia memang membanggakan saya selaku Menteri Pertahanan.
Ada masanya saya ketawa sendiri mengenangkan peristiwa-peristiwa tertentu. Perkara yang melucukan adalah apabila mereka cuba memaksa saya membudayakan diri dengan tradisi ‘game’ Angkatan Tentera yang diadakan pada setiap minggu dengan bermain ‘golf’. Sebenarnya saya tidak berminat dengan golf kerana ia mengambil masa terlalu lama. Untuk memberi galakan kepada saya macam-macam insentif (yang bukan tinggi nilainya) telah diwujudkan untuk saya. Title seperti ‘most improved player’ dan ‘most innovative player’ dan macam-macam lagi dibuat bagi memberi saya motivasi untuk bersama mereka bermain golf. Di Kementerian inilah, saya yang tidak pernah tahu pasal ‘golf’ mula berjinak dengannya.
Saya juga menempuh pengalaman yang begitu menyayat hati. Masih kekal dalam ingatan saya apabila damai rapuh baru tercapai di Bosnia & Herzegovina, saya membuat lawatan ke beberapa lokasi di negara itu bagi mengetahui lebih dekat lagi kesan dan penglibatan pasukan tentera Malaysia dibawah Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia cukup mengajar saya mengenai kesan konflik dalaman sesebuah negara yang telah menukar sifat kemanusiaan kepada apa yang saya anggap kehaiwanan. Keganasan dan kekejaman yang berlaku yang tidak terfikir dimasa kini ianya boleh terjadi. Yang patut dipersalahkan adalah pemimpin-pemimpin politik yang telah meniupkan api nasionalisma sempit serta kebencian berasaskan semata-mata kepada etnik dan agama. Sehingga kawan pun boleh menjadi musuh ganas. Sikap mesra dan akrab hilang begitu sahaja. Saya harap rakyat akan mengambil iktibar dan pengajaran dari tragedi sedemikian.
Selepas perang dunia kedua berakhir, sudah tentu tidak dijangkakan oleh masyarakat dunia peperangan akan bermula sekali lagi di Semenanjung Balkan. Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam, kanak-kanak, wanita, dewasa, dan tua berlaku secara paling kejam sekali yang tidak dapat dibayangkan. Bangsa-Bangsa Bersatu tidak berjaya untuk menghentikan dengan cepat kerana pertelingkahan kepentingan kuasa-kuasa besar di semenanjung tersebut. Manusia yang tidak berdosa menjadi korban peperangan. Ada yang mengatakan pada ketika itu kuasa barat dan Eropah tidak mahu melihat tertubuhnya satu negara Islam ditengah-tengah Eropah. Jika dilihat dari perspektif penyelesaian perang Balkan memang boleh dibuat telahan ada kebenaran kepada pendapat itu.
Saya berasa megah dengan ketegasan, kelantangan Malaysia semasa perang Balkan. Malaysia, Turkey, Iran serta beberapa negara-negara Arab Islam dalam OIC mengambil peranan aktif dalam usaha-usaha bagi memberhentikan jenayah kemanusiaan (genocide) oleh Serbia terhadap masyarakat Islam disana. Malaysia dan negara Islam lain telah memberi bantuan fisikal, kewangan dan bagi Malaysia juga menyumbangkan pasukan pengaman. Walaupun Malaysia terpaksa membelanjakan wang negara dengan banyak, namun ia tidak berundur untuk mempertahankan keadilan dan kemanusiaan.
Pengalaman-pengalaman sedih dan pahit dapat saya perhatikan dari dekat semasa saya melakukan lawatan rasmi. Beberapa insiden meninggalkan memori yang tidak dapat saya lupakan. Salah satunya pengalaman yang getir adalah apabila helikopter Chinook tentera British yang saya naiki daripada Splitz ke Kem tentera Malaysia telah ditembak dan saya nampak cahaya tembakan tersebut ke arah helikopter. Dengan pantas juruterbang (pilot) mengelakkan dengan membuat ‘manoeuvre’ yang sesuai. Saya juga telah kemudiannya dimaklumkan sebelum itu helikopter yang membawa Menteri Luar Bosnia telah ditembak jatuh dan Menteri Luarnya terbunuh. Mendengar cerita-cerita sedemikian saya tidak pula berasa gentar dan takut. Saya bersyukur dipanjangkan umur dan helikopter yang saya naiki terselamat. Selepas itu saya telah memaklumkan supaya PM, Dr. Mahathir yang akan membuat lawatan yang sama tiga hari kemudian tidak menggunakan laluan saya. Nasihat saya telah digunapakai.
Perang Balkan membawa banyak implikasi kepada hubungan dan politik antarabangsa. Apa yang lebih menyedihkan semasa saya dibawa untuk menziarahi pusara mereka yang terbunuh dalam serangan puak Serb keatas umat Islam yang membela kedaulatan wilayah dan maruah negara mereka. Kebanyakan mangsa tragedi terdiri dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Oleh kerana terlalu ramai yang telah dibunuh tidak ada pusara yang dapat menampung mereka, maka pihak berkuasa terpaksa menggunakan taman-taman bunga untuk dijadikan pusara baru. Maka berubahlah taman-taman bunga menjadi tempat persemadian kekal mereka. Saya melihat dan dapat merasakan yang pegawai yang menceritakan perkara itu, melinangkan air mata kesedihan dan kekesalan kerana kegagalan masyarakat antarabangsa menyelamatkan mereka. Saya turut berasa pilu apabila ditunjuk dan membaca senarai nama anak-anak yang tidak bernyawa lagi. Umur mereka terlalu muda untuk dikorbankan.
Setelah itu, saya dibawa pula untuk melawat rumah wanita yang menjadi mangsa rogol puak Serb. Mereka telah melahirkan anak-anak luar nikah. Ini bukan kerana mereka melakukan penzinaan secara sukarela tetapi telah dirogol dengan kejam oleh orang-orang Serb yang ada diantaranya mereka kenal sebagai jiran. Kemudian mangsa-mangsa rogol itu telah dipenjarakan dan dipaksa untuk tidak menggugurkan anak kandungan mereka. Bila wanita-wanita yang terlibat menceritakan pengalaman mereka kelihatan kemarahan dan kebencian yang jelas terserlah dan terpahat di hati melalui wajah serta air mata mereka. Saya juga berasa marah dan tidak tertahan. Sudah tentu ia meninggalkan luka parah perasaan yang tidak dapat diubati parutnya. Apa akan terjadi kepada anak-anak yang dilahirkan juga adalah sesuatu yang amat membimbangkan pemimpin Islam Bosnia & Herzegovina.
Saya juga telah melalui pengalaman yang mencemaskan bila saya bergerak hendak pergi ke Livno dengan menaiki helikopter milik tentera Perancis untuk melawat pasukan tentera Malaysia di sana. Oleh kerana helikopter terpaksa melalui kawasan kurang selamat kerana masih ada penyerang hendap puak Serb. Maka helikopter mesti merentasi gunung-ganang dan lembah dengan membuat ‘penerbangan taktikal’. Ini bermakna dari masa kesemasa penerbangan menggunakan gunung-ganang dan lembah untuk mengelak dari serangan tembak curi oleh puak Serb. Salah seorang journalis yang turut dalam rombongan tidak dapat menahan tindakan turun naik pantas berasa pening dan terus muntah. Keadaannya menyebabkan penumpang lain dalam helikopter terpaksa menghidu bau muntahnya. Barulah journalis itu faham berapa risiko dan susah yang dihadapi oleh delegasi dalam menjalankan tugasnya. Sebagai Menteri tidak dapat dielakkan, saya juga berdepan dengan pelbagai risiko. Isteri saya sering mengingatkan saya bila sudah berada dalam keadaan begitu, tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan bertawakal kepada Allah s.w.t. Itulah pegangan hidup yang memberanikan saya melakukan bermacam-macam tugas.
Sewaktu pulang pula saya dan rombongan berhadapan dengan cuaca buruk dan salji turun lebat. Setelah berbincang dengan juruterbang dan disahkan keadaan serta penerbangan adalah selamat, maka General Ismail Omar dan saya bersetuju untuk menaiki helikopter untuk pulang ke destinasi asal di Splitz. Dalam perjalanan pulang helikopter Perancis terpaksa melakukan penerbangan perlahan untuk melintasi permukaan gunung kerana cuaca dan penglihatan terbatas dan tidak memuaskan. Oleh kerana musim sejuk dan salji tebal, cermin helikopter dan wiper yang cuba membersihkan cermin tidak berjaya berbuat demikian. Helikopter terpaksa bergerak ke depan dan kebelakang seolah tidak bergerak kemana-mana. Itulah satu perjalanan yang saya rasa amat lama dan tidak langsung pasti samada saya akan tiba ke destinasi ataupun tidak.
Yang pasti ialah helikopter berada betul-betul rapi dipuncak gunung dan juruterbang tidak boleh melakukan apa-apa kesilapan atau helikopter akan melanggar puncak gunung. Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah s.w.t. delegasi selamat tiba ke destinasi. General Ismail Omar apabila mendarat sahaja, terus memarahi juruterbang kerana membuat penerbangan yang berisiko terlalu tinggi. Juruterbang minta maaf pada saya. Insiden itu adalah satu lagi pengalaman yang terpahat yang tidak dapat saya lupakan.
Setiap ahli pasukan tentera berhadapan dengan kemungkinan yang mereka memasuki medan dan akan terkorban. Ini diketahui oleh setiap anggota dan keluarga mereka. Namun begitu ia bukanlah satu perkara yang dapat diterima apabila berlaku kematian ataupun tragedi keatas seseorang anggota. Saya sering berdepan dengan situasi begitu. Samada mereka terkorban semasa membuat penerjunan payung terjun ataupun semasa bertempur di medan atau sebab lain semasa bertugas di luar negeri. Pengurusannya dengan keluarga sangat kompleks dan menyayat hati. Salah satu kejadian yang amat memilukan ialah apabila melihat dan mendengar jeritan anak dari pegawai tentera Malaysia yang terkorban. Semasa jenazah dibawa turun di lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia anaknya menjerit, “siapa yang bertanggungjawab menghantar ayahnya ke medan”. Sebenarnya ayahnya telah pun tamat tugasnya setelah memberi perkhidmatan cemerlang di sempadan Bosnia & Herzegovina dan Croatia, malangnya beliau terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Suasana cukup pilu dimana ahli keluarga, anak atau ibubapa dengan teriakan tangisan keatas kehilangan seorang yang disayangi.
Daripada insiden-insiden ini kita perlu mengambil iktibar dan menghargai hidup yang tidak kekal dan sementara.

gud story dato.......
ReplyDeletetan sri tak join PERKASA ke?
ReplyDelete