Selaku bekas Menteri Luar banyak perkara diperingkat antarabangsa menyentuh perasaan serta minda saya. Terutamanya bila ia melibatkan kegagalan mengamalkan prinsip keadilan dalam mencari penyelesaian masalah kemanusiaan di peringkat rantau atau antarabangsa. Mithalnya konflik di Kashmir, yang tidak langsung diberi perhatian oleh masyarakat antabangsa. Persoalan keadilan antarabangsa, ketidakseimbangan hubungan dan ketidakupayaan PBB menyelesaikan masalah dunia serta seringkali lumpuh dan tidak bermaya untuk melindungi kepentingan masyarakat yang berhadapan dengan konflik.
Diantara isu-isu utama yang masih tertunggak merangkumi soal penubuhan negara Palestin, peperangan di Iraq dan Afghanistan. Saya tidak nafikan yang pelbagai alasan boleh diberikan mengapa sesuatu perkara berlaku atau tidak berlaku. Pada masa ini ada kecenderungan ketara untuk menjustifikasikan tindakan dengan alasan ancaman terrorisma/keganasan ataupun kehadiran pelanggaran terhadap undang-undang kemanusiaan secara langsung ataupun tidak langsung. Namun demikian pelaksanaan tindakan tidak berteraskan prinsip keadilan dan keseimbangan.
Pada hari ini apa yang jelas ialah dunia yang dilandaskan dengan prinsip “yang kuat itu benar”, justru yang lemah menjadi mangsa negara besar ataupun kuasa besar. Jika dilihat dari perspektif sejarah Timur Tengah sendiri akan disedari bahawa wilayah-wilayah negara dirantau tersebut telah dimuktamadkan diantara kepentingan Inggeris, Perancis, dan Rusia, mengikut percaturan politik mereka. Negara-negara baru dan kawasan pengaruh masing-masing diwujudkan semata-mata untuk kepentingan tersebut.
PALESTIN/ISRAEL
Konflik Palestin/Israel tercetus bermula kerana Israel dilahirkan oleh ‘Balfour Declaration’ pada 2 November 1917 sewaktu beliau memegang jawatan Setiausaha Luar Negeri Britain. Pada 29 November 1947 Perhimpunan Agong PBB telah mengesahkan Pelan UNSCOP untuk menubuhkan negara Israel serta menjadikan Bandar Baitulmaqdis dibawah pentadbiran langsung PBB. Dengan keputusan tersebut David Ben-Gurion telah mengisytiharkan pembentukan negara Israel pada 14 Mei 1948 (selepas Britain berundur dari Palestin). PBB membahagikan Palestin kepada dua negara, iaitu Israel dan Palestin tetapi dengan tidak merumuskan secara muktamad penubuhan negara Palestin. Pembentukan negara Israel telah mengundang bantahan dari penduduk Palestin. Rakyat Palestin mengisytiharkan tarikh 15 Mei 1948 (iaitu tarikh lahirnya Israel) sebagai Hari Hitam (Yawm al-Nakba).
Sehingga dewasa ini walaupun masalah penubuhan Palestin telah sepatutnya diselesaikan selaras dengan usul-usul Bangsa-Bangsa Bersatu, namun Palestin tidak terbentuk tetapi disebaliknya Israel terus memperluaskan wilayah berteraskan penaklukan melalui peperangan dan mengambil wilayah-wilayah tersebut berlandaskan rasional keselamatan negaranya. Sudah pasti peperangan juga tidak mampu mengakhirkan konflik kerana Israel adalah kuasa ketenteraan terkuat di Timur Tengah yang didokong oleh Amerika Syarikat dan kuasa besar lain.
Dunia senyap seribu bahasa tidak membincangkan yang Israel adalah kuasa nuklear yang tidak dipantau oleh Bangsa-Bangsa Bersatu atau organisasi dunia yang lain. Banyak anjakan bagi mencapai penyelesaian dan kompromi telah dibuat oleh masyarakat dunia khususnya dikalangan negara-negara Arab dan Islam tetapi Israel tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Jika diimbas kembali sejarah daripada satu masa dulu, negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel, tetapi sekarang mereka menerima kedudukan Israel untuk hidup bersampingan negara Palestin dalam keamanan dan keselamatan. Walaupun begitu penyelesaian komprehensif masih jauh dari dicapai.
Sehingga hari ini matlamat penubuhan negara Palestin masih lagi samar-samar kerana keengganan Israel mematuhi keputusan-keputusan serta desakan-desakan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa. Penyataan Netanyahu baru-baru ini semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat mengenai status Jerusalem memaparkan sikap angkuh ‘rejim’ Israel.
Israel terus tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan usul-usul Bangsa-Bangsa Bersatu kerana mereka sedar yang tiada satu kuasa pun dapat memaksa Israel untuk bertindak. Israel melakukan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun tiada apa-apa tindakan diambil terhadapnya (Goldstone Report). Tindakan Israel membina tembok pemisah (walaupun masyarakat antarabangsa menggesa supaya ia tidak berbuat demikian dan ICJ dalam penghakiman nasihat memutuskan ianya adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa) tetapi Israel tidak mengendahkannya diatas alasan keselamatan. Israel terus membina perumahan diatas tanah yang bukan hak miliknya ataupun dibawah kedaulatannya dan tidak mengendahkan tuntutan masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat. Sikap Israel tidak menghiraukannya langsung suara masyarakat antarabangsa menjadi satu perbuatan lumrah.
Buat masa ini pada pandangan saya belum ada semangat di pihak Israel yang mahukan tercapai perjanjian damai dengan Palestin. Walaupun begitu mereka cekap memanipulasikan fakta dengan kerjasama media antarabangsa yang sering tidak mahu membezakan diantara penakluk dan mangsa. Amerika Syarikat sendiri melalui kenyataan Setiausaha Negaranya Hillary Clinton telah menyuarakan ketidak senangannya terhadap Israel. Mengikut beliau tindakan Israel terus membina rumah dan melahirkan penempatan baru menyulitkan apa-apa juga kemungkinan untuk mengadakan rundingan damai. Israel berkeras dan meneruskan rancangannya. Melainkan Israel mengubah pendirian dan ‘mindsetnya’ dan bukan secara berterusan mengungkit, sememangnya mereka memiliki hak semulajadi sejak tiga ribu tahun dahulu. Kerana sikap inlah, apa juga niat untuk melahirkan keamanan tidak akan dapat direalisasikan.
Diantara sebab yang menyulitkan penyelesaian yang adil dan saksama adalah kerana setiap pelanggaran yang dilakukan Israel tidak langsung diambil apa-apa tindakan. Oleh itu Israel mengenepikan keperluan untuk kepatuhan. Disebaliknya mereka terus dilindungi. Saya memahami kezaliman yang berlaku terhadap orang-orang Yahudi semasa perang dunia kedua adalah jenayah kemanusiaan. Dimasa yang sama ia tidak patut melumpuhkan tindakan terhadap Israel keatas kegagalan atau ketidakpatuhan mereka kepada undang-undang antarabangsa dalam soal Palestin. Hari ini sudah ada suara-suara di Israel yang mahukan kedamaian, tetapi kerajaan yang disokong oleh kumpulan zionis ekstremis dan ortodoks masih berkeras dengan pendirian mereka. Ada pendapat jika perbuatan mengenepikan keputusan masyarakat antarabangsa melibatkan negara lain, sudah pasti tindakan cepat dan pantas akan diambil bagi menjamin kepatuhan kepada kehendak masyarakat antarabangsa dan PBB.
Selagi negara-negara penaung tidak bertegas dalam mencari penyelesaian, Israel akan melakukan pencabulan hak asasi ataupun melakukan penggunaan kuasa berlebihan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Lebih malangnya negara Arab dan Islam pula lemah dan tidak mahu menggunakan keupayaan bagi mendesak penyelesaian konflik Palestin/Israel. Tanpa ada perpaduan dikalangan negara-negara Arab selama itulah pembentukan negara Palestin yang merdeka dan bebas tidak dapat direalisasikan serta akan terus tinggal sebagai impian yang tidak terlaksana. Walaupun Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa terancam dunia Islam setakat boleh menjadi pemerhati dan melaungkan pandangan tetapi bumi Palestin terus dijajah.
Saya tidak lupa Malaysia selaku Pengerusi OIC dan NAM telah mengadakan pelbagai pendekatan melalui pertemuan dengan Setiausaha Agong PBB, Kesatuan Eropah dan Ahli-Ahli Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apa juga yang telah kami bincangkan, pendapat umum menegaskan hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu memaksa Israel. Pertemuan tersebut berjaya menyampaikan pandangan tetapi penyelesaiannya masih terletak pada Amerika Syarikat. Saya tidak melihat akan tercapai apa-apa melainkan Israel dipaksa untuk berbuat demikian.
IRAQ
Manakala “Perang Teluk” dan “Perang Iraq” adalah satu lagi insiden sejarah yang menyayat hati. Malaysia berpendirian yang semua masalah konflik bersifat antarabangsa hendaklah diselesaikan dengan menggunakan mekasnisma pelbagai hala iaitu PBB. Sewaktu Perang Teluk pada 2 Ogos 1990, Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyerang Iraq kerana telah menyerang dan menakluk Kuwait. Tindakan Iraq adalah salah. Pendirian Malaysia berkenaan menggunakan sistem multilateral tidak disenangi oleh Kuwait dan beberapa negara teluk yang lain. Walhal Malaysia bersetuju yang penaklukan Iraq terhadap Kuwait adalah salah. Tetapi Malaysia tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan iaitu pengeboman negara Iraq yang menyebabkan banyak kemusnahan dan kehilangan jiwa orang-orang awam khususnya kanak-kanak, orang tua dan wanita.
Semasa lawatan saya ke Kuwait untuk membetulkan hubungan dua hala Malaysia/Kuwait yang sebelum Perang Teluk adalah baik dan mesra, saya bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Kuwait. Beliau telah menyuarakan dengan tegas perasaan tersinggung negaranya dengan Malaysia. Sedikit sebanyak lawatan tersebut mengendurkan ketegangan hubungan dua hala diantara Malaysia/Kuwait. Amerika Syarikat pula menganggap Malaysia degil dan tidak munasabah kerana ada persepsi yang Malaysia menyokong Iraq dalam pencerobohannya keatas Kuwait. Malaysia juga tidak bersetuju dengan Amerika Syarikat dan sekutunya Britain yang melaksanakan ‘no fly zone’ diutara Iraq tanpa apa-apa resolusi dari PBB. Malaysia anggap ini adalah pencabulan hak kedaulatan wilayah negara Iraq tanpa mendapat endorsemen PBB.
Apatah lagi bila Perang Iraq dimulakan diatas alasan kerana ia mempunyai senjata pemusnah, kimia dan juga melahirkan ancaman pengganas yang amat mendesak, justru bagi Amerika Syarikat serta sekutunya menegaskan keperluan untuk menyerang Iraq. Disebaliknya sebab sebenarnya disebalik keputsan menyerang adalah bagi menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein. Serangan tersebut telah menyebabkan kehilangan nyawa dikalangan mereka yang tidak bersalah. Amerika Syarikat mahu meletakkan pemimpin dan kumpulan yang mereka mahu untuk memimpin di Iraq. Dari mulanya Malaysia tidak yakin terhadap rasional Amerika Syarikat bagi menyerang Iraq. Malaysia berpendapat rancangan sebenarnya adalah untuk menukar regim di Iraq. Lantas membidas hebat serangan keatas Iraq kerana ia percaya bahawa tujuan sebenar adalah bagi menukar regim disitu. Pandangan Malaysia mengenai hal itu terbukti tepat dengan keterangan Tony Blair dalam prosiding di Britain terhadap perang Iraq.
Saya telah memaklumkan pendirian Malaysia kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Setiausaha Luar United Kingdom, Persatuan Eropah serta di Mesyuarat-mesyuarat Menteri Luar ASEAN dan APEC serta NAM terhadap pendirian Malaysia diatas prinsip undang-undang antarabangsa. Walaubagaimanapun majoriti negara menyokong Amerika Syarikat kerana pendirian Presiden Bush yang begitu agresif dengan membahagikan dunia kepada penyokongnya atau penentangnya. Kesan menentang Amerika Syarikat adalah berat sekali. Walaupun dalam konteks politik hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat sentiasa berdepan dengan ketegangan, sayugia disebut yang diperingkat pelaburan dan ekonomi Amerika terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang besar.
Niat untuk mengaturkan lawatan rasmi Dr. Mahathir semasa era Bush ke Amerika Syarikat berhadapan dengan jalan buntu kerana hubungan politik Amerika Syarikat dengan Malaysia renggang kerana beberapa isu dalam negara seperti soal Anwar Ibrahim, demokrasi dan hak asasi menaunginya. Walaubagaimana pun scenario berubah selepas kejadian September 11. Amerika Syarikat khususnya Presiden Bush melihat bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang sederhana sepertimana Turki. Justru itu lawatan yang pada mulanya tidak mungkin berlaku telah berjaya diuruskan. Sebagai tetamu Presiden Dr. Mahathir serta delegasinya diberikan tempat penginapan di ‘Blair House’ sebagai satu penghormatan.
Perang Iraq sebenarnya mengikut analisa dari mereka yang terlibat adalah satu-satunya perang yang sengaja dicetuskan dengan melahirkan scenario yang bersandarkan fakta-fakta yang direka dan pada hari ini terbukti tidak benar, samada dari aspek ancaman, kehadiran senjata pemusnah ataupun kimia, kemampuan mengeluarkan senjata nuklear serta pusat Al-Qaeda. Alasan-alasan tersebut jelas terbukti diada-adakan untuk meyakinkan dan menghalalkan serangan keatas Iraq.
Hari ini banyak penulisan dari mereka yang terlibat atau berada dikoridor kuasa pada ketika itu meletakkan justifikasi yang digunakan bagi menyerang Iraq adalah ciptaan pentadbiran Bush semata-mata. Penaklukan Iraq tidak memberikan jawapan yang diharapkan. Iraq terus bergolak dan keganasan menjadi satu fenomena harian yang sebelumnya tidak sebegitu. Saya berasa lega membaca naskhah dan penulisan yang menyokong pendirian dan prinsip Malaysia dalam hal itu.
AFGHANISTAN
Afghanistan pula dari segi sejarah adalah sebuah negara yang tidak dapat dikuasai oleh mana-mana negara. Pihak Inggeris tidak berjaya menaklukinya. Begitu juga Rusia yang terpaksa mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 15 May 1988, justru peperangan yang dipanggil ‘Soviet War’ telah berakhir pada 15 Februari 1989 sewaktu itu Presiden Mikhail Gorbachev memimpin Soviet. Kini dunia menyaksikan Amerika Syarikat serta sekutunya dibawah NATO mencuba untuk mencorakkan Afghanistan. Namun kemenangan belum pasti lagi. Negara itu terus bergolak dengan keganasan walaupun kumpulan Taliban telah dikalahkan. Sehingga sekarang Osama bin Laden tidak ditemui. Afghanistan menjadi mangsa peperangan kerana 11 September dan Taliban menjadi pemerintah di Afghanistan. Apa yang aneh pada pemerhati hubungan antarabangsa adalah September 11 tidak melibatkan orang-orang Afghanistan tetapi rakyat dari negara-negara Arab. Mereka yang terlibat terdedah dengan dunia dan pendidikan Barat bertanggungjawab kepada serangan September 11. Mengapa pula Afghanistan menjadi mangsa. Masalahnya pada ketika itu regim yang berkuasa dan memerintah Afghanistan bukanlah sehaluan dengan kehendak Amerika ataupun negara barat lain.
Negara barat berjaya meletakkan pemimpin-pemimpin yang mereka mahukan. Mereka juga berjaya meletakkan tentera NATO dibumi Afghanistan. Namun begitu kumpulan pengganas dan Taliban belum lagi diatasi sepenuhnya. Ramai orang awam terbunuh kadangkala dalam pertempuran dan ada masanya diatas kesilapan sasaran. Negara Afghanistan terus bergolak dan tidak stabil sehingga hari ini. Walaupun pilihanraya dan demokrasi dikatakan diamalkan sekarang di Afghanistan, tetapi negara tersebut terus bergolak dan terlalu tinggi kosnya daripada segi kehilangan jiwa.
Saya berpendapat peperangan tidak dapat menyelesaikan konflik ataupun menghapuskan peperangan saudara. Pendekatan yang terbaik adalah melalui rundingan dan penyelesaian politik yang dapat membentuk keselamatan dan kestabilan. Dunia terus membuat kesilapan kerana kuasa dan ketenteraan menjadi penentu kepada segala tindakan. Bila ada kehendak sebenar bagi menikmati keamanan, pada masa itula dapat dibina dunia yang aman, harmonis dan saling faham-memahami.

alhamdulillah negara kita ini aman dan damai..namun malangnya..ada segelintir manusia yg ingin menjadikan negara ini seperti negara2 tersebut...
ReplyDeletemasyaallah...
Asalamualaikum Tan Sri,
ReplyDeleteTak berhajat nak luahkan perasaan kepada Tony Blair ke nanti?
Salam,