Kata kata manis bergema,
Bersuara dalam hingar bingar ,
Ada kesunyian,
Siang dan malam,
Berpuisi bersyair berdendang,
Menyentuh hati dan jiwa,
Beredar di langit dan bumi,
Di atas pentas sementara,
Pohon rendang,
Tempat bermain dan berteduh,
Insan dan haiwan,
Sebenar semuanya sementara,
Hayat, kuasa, harta, dunia,
Menunggu perhentian kekal,
Di hakimi bagi penentuan neraka syurga,
Bermula dan berakhir lumrah,
Makhlok yang tidak sempurna,
Hilang segala,
Tiada lagi pangkat, megah dan sombong,
Tiada lagi bisa mengangkat suara,
Menyanggah, bercanggah, menghukum, menghina,
Beza di antara satu pada amal,
Semasa ada,
Ini lah perjalanan...
Syed Hamid Albar
Ferry road
Oxford
16/7/17@2.30pm
No comments:
Post a Comment