Thursday, October 15, 2015

JUJUR DALAM JIHAD

Elemen yang penting yang perlu ada dalam jihad dan perjuangan;
 
Pejuang mesti jujur dan ikhlas bagi mencapai matlamat dengan setia dan bersungguh-sungguh. Lantasnya dia tidak akan melakukan sesuatu yang akan memudaratkan kedudukan agama, bangsa dan tanah air. Justeru kepentingan peribadi mesti dipinggirkan. Berapa ramai dari kita akan mengenepikan cita-cita peribadi dan perasaan marah dan dendam...sesungguhnya kesabaran itu adalah sebahagian dari iman dan percaya kepada hikmah ketentuan Allah.
 
FBSHApost@13 October 2015

SALAM AWAL MUHARRAM

Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan selamat berakhir tahun lalu Muharram dan menyambut kedatangan tahun baru muharram. Mohon keampunan dari Allah. Maaf zahir batin kepada semua kawan dalam FB dan di luar sana.

FBSHApost@13 October 2015

PM ISRAEL DI UNGA NEW YORK, 2015

          Saya berada di dewan UNGA New York masa Netanyahu PM Israel berucap pada 1hb Oktober 2015..pada pukul 11 pagi waktu tempatan. Dewan penuh sesak. Pihak Israel juga mengatur di dua dua belah...kiri kanan didudukkan penyokong tegar nya. Bila dia masuk Dewan cara dia berjalan berkepak pergi ke rostrum memaparkan kesombongan dan keangkuhan nya....Dia tidak memberi tunduk hormat kepada Pengerusi UNGA tapi terus ke rostrum...menyeluk poketnya mengambil ucapan dan kononnya memakai kaca matanya memerhati ke kiri dan kanan Dewan seolah cuba memerhati delegasi yang hadir...
 
          Bila beliau membuka mulut nya untuk berucap gaya nya jelas menunjukan yang dia cukup yakin pada diri dan riak dengan pengaruh dan kuasanya. Satu persatu dihuraikan hujahnya dengan tepukan gemuruh dari pegawai serta penyokongnya. Saya pula duduk dekat dengan rostrum. Segala rautan dan expresi wajahnya dapat saya perhatikan dengan jelas...entah macam mana tempat yang saya duduk mulanya kosong diisikan dengan orang-orang Israel. Mereka hairan tiap sekejap mereka bertepuk tetapi saya tetap sunyi. Saya hanya mendengar dengan teliti. Saya melihat lakonan ucapan yang terancang dengan intonasi yang juga disebut dengan lancar dan tersusun...tiap pembohongan dan hipokrasi yang amat meyakinkan...pada nya seluruh dunia bersalah dan zalim keatas Israel; sebuah negara demokrasi terbaik.
 
          Dia menceritakan kezaliman dunia keatas rakyat dan negaranya tetapi sepi mengenai orang-orang Palestin yang dizalimi, negara-negara Arab yang dikatakan menyimpan pengganas dan pelampau Islam, tentang kejahatan Iran, negara-negara Islam lain dan boleh dikatakan seluruh dunia dan PBB bersalah kepada Israel. Pada Netanyahu yang betul dan pandai hanya Israel...dengan seluruh penciptaan teknologi bermula dari Israel serta disebutnya tentang cheri tomato. Akhir ucapannya mengata hubungan Israel dan Amerika begitu akrab serta tidak ada mana-mana negara boleh memisahkan mereka. Ini hanya imbasan sepintas lalu persidangan UNGA tahun ini yang perlu dihayati tentang Israel dan kuasa di pentas global.
 
FBSHApost@12 October 2015

BERHATI-HATI DENGAN PERKATAAN DAN PERBUATAN

Kita sering melakukan kesilapan ini...Tanpa kita sedari atau dengan tidak sengaja perkataan dan perbuatan kita telah menyingung atau melukai hati orang lain samada yang dekat pada kita ataupun yang jauh daripada kita. Begitulah pentingnya untuk tidak sombong dan merendah diri serta dimaafkan ketelanjuran.
 

 
FBSHApost@11 October 2015
 
 

TUN MAHATHIR, UMNO, BN

          Ramai daripada pemimpin tertinggi UMNO dan BN masa kini adalah produk dari kepimpinan Tun Mahathir. Justeru jasa dan sumbangannya kepada negara tidak dapat kita tolak begitu sahaja kerana politik dan kemelut yang dihadapi hari ini. Saya sendiri merasakannya kerana penonjolan saya sebagai ahli politik kebangsaan adalah di atas jasanya meletakkan saya sebagai calon di Parlimen Kota Tinggi dan melantik saya sebagai menteri diatas pandangan yang di berikan oleh DYMM Almarhum Sultan Iskandar (Ini dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai). Apapun dari tahun 1990an dia lah orang yang meletakkan saya sebagai Menteri di JPM & Menteri Keadilan, 1990- 1995, kemudian dia lantik saya Menteri Pertahanan, 1995-1999 dan pada awal 1999 sebagai Menteri Luar. Jasanya secara peribadi adalah terlalu besar dan tidak ternilai.
 
          Walaupun beliau mengatakan Almarhum ayahanda dan saya sendiri bukan penyokongnya, saya tetap dalam barisan Kabinetnya. Tun Abdullah terus menyambung khidmat saya sebagai Menteri Luar sehingga 2008 dan pada 2008-2009 April Menteri Dalam Negeri.. 2009 - 2013 saya menjadi Ahli Parlimen biasa bila Dato Sri Najib ambil alih sebagai PM. Bila PRU 13 Najib menghantar orangnya supaya saya tidak bertanding lagi kerana sudah tua...orang yang minta saya mengundurkan diri bermula dengan JJ, lepas itu Shafie Afdal dan H2O....Najib tidak pernah pun beritahu dan maklumkan pada saya....Aleh2 terjadilah orang yang mengambil tempat saya sudah tahu awal2 lagi dan masuk kawasan tanpa pengetahuan saya....cerita ini hanya saya ulang bahawa yang berkuasa memilih siapa yang dikehendaki... saya tidak ambil kisah...sebagai orang parti saya terus mengepelai kempen PR Kota Tinggi. Calon pun menang dengan undi yang terbaik..

           Saya tidak merajuk dan sabotaj parti...walaupun orang lama rasa yang jasa mereka dilupai...tapi Allah mengetahui segalanya. Sebab itu saya berasa sedih melihat apa yang telah berlaku kepada UMNO dan BN....serta kedudukan Tun Mahathir...Dia adalah orang yang paling lama berkhidmat sebagai PM. Saya masih percaya pertelagahan dan konflik hari ini akan menghancurkan perjuangan orang Melayu. Kaum-kaum lain nampak makin garang, kita makin lemah, tidak dihormati dan dicemuh. Saya bersyukur kerana nikmat berkhidmat dan masa yang tepat berundur.
 
 
FBSHApost@11 October 2015

ISU 1MDB

Pada saya isu 1MDB tak payah banyak kenyataan lagi..,siapa betul siapa salah..,apa yang rakyat hendak habis kan siasatan tanpa lengah2 lagi dan bentangkan laporan kepada Peguam Negara.. Bila dia buat keputusan seharusnya berteraskan kepada undang2 dan kepentingan awam. Pada masa itu tugas badan2 yang menyiasat berakhir. Bila kes di bawa ke mahkamah baru penyiasat muncul semula untuk membentangkan butiran keterangan terharap OT.... Mahkamah akan menetapkan samada kesalahan di sabit atau tidak sebelum menjatuhkan hukuman....begitu lah sepatutnya...
 
 
FBSHApost@10 October 2015

TRANSPARENCY AND ACCOUNTABILITY IN GOVERNANCE

          In a world based on cyberspace, freedom of speech is more open whether of individuals or groups. It has become almost impossible to stop the flow of information for or against you. Those in governance whether elected or not must be conscious of the presence of the critical mass who are observing and watching their actions whether in public or private domains.
 
Never for one moment think that it is just a PR exercise with smiles, looking and doing good things if the reality is different. People passed judgment in every aspect of our behaviour and willing to say aloud if they find something done or said is not right. This is equally true if we choose to preach on proper behaviour or conduct; make sure you are a good example of that conduct and of justice and fairness. Managing governance, transparency and accountability have to be done honestly and sincerely.

FBSHApost@10 October 2015