Ramai daripada pemimpin tertinggi UMNO dan BN masa kini adalah produk dari kepimpinan Tun Mahathir. Justeru jasa dan sumbangannya kepada negara tidak dapat kita tolak begitu sahaja kerana politik dan kemelut yang dihadapi hari ini. Saya sendiri merasakannya kerana penonjolan saya sebagai ahli politik kebangsaan adalah di atas jasanya meletakkan saya sebagai calon di Parlimen Kota Tinggi dan melantik saya sebagai menteri diatas pandangan yang di berikan oleh DYMM Almarhum Sultan Iskandar (Ini dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai). Apapun dari tahun 1990an dia lah orang yang meletakkan saya sebagai Menteri di JPM & Menteri Keadilan, 1990- 1995, kemudian dia lantik saya Menteri Pertahanan, 1995-1999 dan pada awal 1999 sebagai Menteri Luar. Jasanya secara peribadi adalah terlalu besar dan tidak ternilai.
Walaupun beliau mengatakan Almarhum ayahanda dan saya sendiri bukan penyokongnya, saya tetap dalam barisan Kabinetnya. Tun Abdullah terus menyambung khidmat saya sebagai Menteri Luar sehingga 2008 dan pada 2008-2009 April Menteri Dalam Negeri.. 2009 - 2013 saya menjadi Ahli Parlimen biasa bila Dato Sri Najib ambil alih sebagai PM. Bila PRU 13 Najib menghantar orangnya supaya saya tidak bertanding lagi kerana sudah tua...orang yang minta saya mengundurkan diri bermula dengan JJ, lepas itu Shafie Afdal dan H2O....Najib tidak pernah pun beritahu dan maklumkan pada saya....Aleh2 terjadilah orang yang mengambil tempat saya sudah tahu awal2 lagi dan masuk kawasan tanpa pengetahuan saya....cerita ini hanya saya ulang bahawa yang berkuasa memilih siapa yang dikehendaki... saya tidak ambil kisah...sebagai orang parti saya terus mengepelai kempen PR Kota Tinggi. Calon pun menang dengan undi yang terbaik..
Saya tidak merajuk dan sabotaj parti...walaupun orang lama rasa yang jasa mereka dilupai...tapi Allah mengetahui segalanya. Sebab itu saya berasa sedih melihat apa yang telah berlaku kepada UMNO dan BN....serta kedudukan Tun Mahathir...Dia adalah orang yang paling lama berkhidmat sebagai PM. Saya masih percaya pertelagahan dan konflik hari ini akan menghancurkan perjuangan orang Melayu. Kaum-kaum lain nampak makin garang, kita makin lemah, tidak dihormati dan dicemuh. Saya bersyukur kerana nikmat berkhidmat dan masa yang tepat berundur.
FBSHApost@11 October 2015
No comments:
Post a Comment