Setelah saya berhenti dari kerajaan dan menjadi Ahli Parlimen biasa, saya kembali menulis sebagai hobi yang selama ini memang menjadi minat saya. Penulisan saya adalah berasaskan kepada pengalaman dan pengetahuan terhadap isu-isu yang saya anggap menarik.
Bila saya menulis mengenai pengalaman dalam laluan hidup saya sebagai insan biasa dan kemudiannya sebagai ahli politik sudah tentu saya akan menceduk dari pengalaman tersebut. Saya harapkan melaluinya saya dapat berkongsi pengalaman saya dengan orang lain. Turun naik bagi seseorang adalah sebahagian dari asam garam kehidupan. Kalau ada manusia boleh mengatakan yang dia tidak pernah berhadapan dengan kekecewaan, ia mestilah makhluk luar biasa. Ikutilah perasaan dan pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Musa hitam, dan Ghafar Baba contohnya, setelah mereka melepaskan jawatan.
Mengikut fitrah manusia dalam hidup mesti ada kekecewaan dan kehampaan. Tetapi ini tidak seharusnya diberikan tafsiran negatif, kerana inilah cara terbaik untuk manusia belajar dalam membuat pengisian hidup. Pada saya pengalaman adalah guru yang terbaik untuk dijadikan iktibar bagi seseorang terus melayari proses kehidupan yang berbagai-bagai. Saya pun tidak kenal ‘akulagi’, bagaimana pengalaman hidupnya.
Saya hairan membaca komen kerasnya terhadap diri saya. Kalau dia gunakan nama sebenarnya dan bukan nama samara “akulagi”. Senang juga saya menyelami kemarahannya. Saya tengok seolah dia ada perasaan marah pada saya sampai tidak dapat mengawal perasaannya. Saya kesian pada orang macam ini. Nampaknya dia suka membaca tetapi naik berang akibat darinya.
Janganlah bila tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh orang lain terus hentam dengan penuh emosi. Tidak bersetuju pada saya adalah perkara biasa dalam kebebasan bersuara tetapi membuat rumusan dan andaian yang melulu tidak seharusnya berlaku. Pendapat ‘akulagi’ mencerminkan sikap cemburu dan iri hati pada saya kerana pernah jadi menteri. Saya hendak beritahu orang ini buat masa ini saya tidak menagih apa-apa jawatan dari sesiapa. Alhamdulillah saya berpeluang untuk berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 20 tahun. Saya bersyukur. Ingatlah saudara ‘akulagi’ ada cara untuk berbeza. Jangan mengamalkan menyerang secara sembrono sahaja kerana semata-mata peluang dan ruang untuk berbuat demikian.
Masing-masing kita ada sumbangan, yang dulu hinggalah kepada sekarang. Kalau saudara ada keikhlasan dan tawadduk saya percaya akan lahir keinsafan dan kesedaran yang saya hanya memberi pandangan secara objektif. Tidak perlu untuk kita menyuruh orang lain pakai baju saiz sama dengan kita. Langit tak semuanya biru. Saya memohon semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada insan ini untuk menjadi tertib dan sopan.

Tahniah Tan Sri kerana masih terus memberi khidmat nasihat dan pedoman kepada mereka di luar. Saya rasa ramai lagi yang tidak tahu dan tak ambil tahu perjalanan kerajaan dalam mentadbir negara ini. Saya harap TSri terus membantu dan memperbetulkan segala tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan kepimpinan UMNO. Semoga Tsri diberikan kesihatan dan walafiat untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa yang telah terpesong dengan dakyah2 orientalis/liberalisasi.
ReplyDeleteTerima kasih Sdr AbdulRahman d atas komen. Saya banyak kekhuatiran bila bangsa kita senang lupa pada sejarah dan lupa diri. Kita jadi apologetik. Merendah diri walaupun kedudukan kita di cabar oleh orang lain. Sejarah adalah guru kita yang terbaik supaya kita tak mengulangi kesilan yang lalu yang merugikan kita. Salam. Shalbar.
ReplyDelete