Thursday, November 6, 2014

SAJAK : MASEHKAH KAU INGAT



Masehkah kau ingat
Janji-janji padaku
Di beberapa purnama yang telah berlalu
Kau kata aku ini perlu
Ide ku menyegarmu
Pandangan ku tidak samar
Kau merayu untuk aku bantu
Hormatnya aku dari kata-katamu
Aku tidak meminta wang ringgit diberi
Hanya menuntut pada janji yang kau taburi
Aku hanya mencari kelegaan di bumi Ilahi
Kau kata pasti di lestari
Lunak bahasa di ungkapi
Bila kau tiba ke mercu tinggi
Kau sudah lupa
Kau dijulang
Aku percaya lantas korban segala
Bila berada di pentas dunia
Kau sudah lupa
Curiga pada kawan dan sahabat lama
Di ambang kuasa terhembur mendusta
Masehkah kau ingat
Perjuangan dan pengorbanan
Dimana tercampak semua
Masihkah kau ingat janji-janjimu
Kini kau memungkiri
Kau laku kan sesuka
Aku dan jelata keliru dan bercelaru
Kau minta aku memberi jasa untuk nusa
Kau laungkan perjuangan nusa dan bangsa
Kau laku disebaliknya
Kau telah hancurkan percaya
Kau rupa-rupanya bermuka
Manis di bibir dusta
Curiga mengurus kuasa
Ada ramai membisik di telinga
Membawa nasihat-nasihat durjana
Gerombolan tanpa ihsan dan saksama
Berkuasa berasa perkasa
Kau campak janji di pinggir sana
Kau mahu aku di hina
Kau sekat supaya aku buntu tidak terkata
Kau penindas manusia yang setia
Kau bunuh harapan dan percaya
Sudah lupa agaknya fitnah seraya
Didorong bermain kata tidak bermakna
Aku yang percaya
Hampa
Kau maseh ingat kah?
Segala janji-janji murni
Kata lunak dari mulut mu meminta
Membolot harta dan kuasa
Ah kau mudah lupa segala
Dari mula kau bertapak
Tidak akan mengotakannya
Aku mangsa
Namun kau tidak dapat menoda hormatku
Kau mahu melumat aku seperti tanah dan debu
Kau maseh ingat kah janji-janji mu
Aku silap percaya
Sebenarnya aku bertemu serigala
Tapi pemimpin ku
Jangan alpa pada pencatit sempurna
Dan aku juga tidak akan lupa

27hb Ogos 2014
Teratak Shifak
Pukul 9 pagi
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment