Thursday, November 20, 2014

SAJAK : PERJUANGAN DAN PENGORBANAN


Aku ungkil kata di alam pertanyaan
Mengapa sunyi tanpa jawapan
Sedang berada di apong fikiran
Namun berkemelut kekeliruan
Mahu bertanya pada yang berpengetahuan
Insan jahil di pentas pemodenan
Sunyi walaupun bersama penghuni beribuan
Terasa bersendirian melakar harapan
Perjuangan terpinggir keseorangan
Lima puluh tujuh tahun mengecap kemerdekaan
Namun banyak lagi membelenggu perjalanan
Bosan di beritahu apa yang perlu ku laku dan katakan
Bukankah hutan rimba dan halaman
Sudah dilapangkan
Bangsawan, jutawan bertaburan
Menghirup kekayaan dan kemewahan
Aku hanya berkata tentang kemajuan
Agendamu kata pengorbanan
Aku khuatir jelata kebuluran dalam kemewahan
Aku dan keturunanku memerhati di tepian
Sedang kau berlumbaan dalam persaingan
Ekonomi pasaran
Umat ku tiada kesatuan
Terus di perkecilkan
Adakah kau ambil tahu
Yang berlantaran mencari kehormatan
Mungkin di akhir terowong
Ada cahaya kelihatan
Sebelum terlambat
Tertinggal sebagai sebahagian
Lakaran pensejarahan.

Sha. 5.40 petang. 
Teratak Shifaq.

No comments:

Post a Comment