Hari ini saya khuatir memerhatikan dunia yang penuh dengan maklumat dan apa yang dikatakan fakta. Walaupun begitu ia tidak menceritakan kebenaran tetapi bersandarkan maklumat yang kita tidak tahu kesahihannya tetapi membuat bermacam2 andaian dan analisis terhadapnya yang selalu tidak tepat tetapi mempengaruhi pemikiran orang lain. Ramai juga dari kalangan kita termasuk mereka yang berkuasa yang tidak memahami bidang kuasa dan pembahagian kuasa. Kita cepat berkata dan hujah. Huru hara bila pandangan dan rumusan menyusahkan pihak pemerintah. Ia jadi cakapan sinis dan sendaan golongan yang sememangnya mencari bahan untuk memperkecil dan merendahkan golongan memerintah. Justeru lebih baik mendengar sebelum berkata dan menyemak sebelum bertelaah... Supaya pemimpin dan kerajaan disegani dan dihormati...
FBSHApost@21 December 2015
No comments:
Post a Comment