Hari ini tazkirah subuh yang didukung oleh hujah dari Al-Quran dan Sunnah amat menyegarkan. Ia berkitar tentang agama itu sebagai nasihat untuk mengikut jalan Allah dan Rasulnya. Ustaz memulakan dengan mengatakan semua amalan perlu diteguhkan dengan niat yang bersih, ikhlas dan tulen. Mengikutnya makna asal, nasihat dalam bahasa Arab adalah bersih dan kerana itu Rasul diturunkan untuk membersihkan amalan agama manusianya telah dirobak-rabekkan dan ternoda. Justeru, perlu mengambil langkah untuk membetulkannya. Seorang pemimpin perlu nasihat kerana sering terlalai terhadap amanah dan tanggungjawabnya. Tapi ia mestilah diberikan dalam suasana yang tenang dan senyap...ini bukan perkara yang mudah.... untuk mendengar dan menerima...Semoga Allah beri petunjuk...wallahhua'lam... Allah saja yang mengetahui. Namun penting mengikut percakapan dan perbuatan Rasullullah S.A.W kerana akhlaknya Al-Quran.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete