Kini tidak habis-habis bertelaah tentang soal politik, ekonomi dan keselamatan. Kita juga mengikuti perkembangan di rantau ini dan peringkat global. Masa ini cerita, isu, masalah, jenayah, skandal tidak lagi menjadi perkara tempatan saja tetapi sudah berbentuk rantau dan global...Berbagai perkara melibatkan PM dan kerajaan dibincang meluas di dalam dan luar negara Malaysia. Politik negara ini menjadi perbualan menarik di dalam dan luar negara. Berbagai pandangan dan seruan dibuat melibatkan PM untuk meletak jawatan dan supaya beliau dikemukakan kepada sistem keadilan negara. Isteri beliau juga diheret kedalam polimik. Cara politik Malaysia sudah berubah dengan kehadiran teknologi alam maya. Bahasa dan serangannya lebih hebat, keras dan ganas. Pembangkang pun menggunakan teknologi secara meluas untuk menghentam peribadi pemerintah.
Justeru suasana dan persekitaran menjadi tidak tenang dan gusar. Parti UMNO pun berdepan kegawatan kerana ada pemberontakan dari segelintir pemimpin atasan. Tindakan yang diambil parti khususnya PM dan pasukannya menunjukkan ketegasan...Ahli parti gembira dan rakyat mungkin mempunyai pandangan yang bercampur-campur. Namun Najib tetap tenang dan yakin serta kelihatan "cool" walaupun berdepan dengan beraneka warna tuduhan dan gesaan..
Saya tidak faham apa ilmu dia guna dan pakai...Dia terus berbicara dan berpidato menangkis segalanya...Itu satu kepintaran dan kejayaan besar baginya. Pada saya di luar sana boleh membuat apa juga tuduhan dan gesaan tetapi selagi UMNO Bahagian dan akar umbi tidak bangkit memberontak tiada kuasa manusia yang boleh menurunkannya...Lagi pula PM adalah datangnya dari sokongan Parti UMNO dan BN..Seorang PM tidak dipilih secara langsung oleh pengundi. UMNO dan BN masih bersamanya dan institusi kerajaan masih kuat mantap mendukungnya. Maka kedudukan beliau terus mantap dan selamat. Allah yang menentukan apa dan di mana kedudukan seseorang. Mereka yang tidak bersetuju boleh terus berbuat demikian kerana dalam sistem demokrasi mereka boleh terus bersuara tapi akhirnya pengundi akan membuat penghakiman muktamad.
Mereka yang tidak bersetuju dengan parti dan kerajaan tidak boleh menjadi sebahagian dari pasukannya. Team Najib yakin padanya, yang lain tidak boleh buat apa-apa. Begitulah politik sebenar...perlu membaca yang tersirat dan tersurat. Pemimpin mesti berupaya mengurus krisis dan berstrategi berbuat demikian dan pelannya mesti tepat pada sasaran untuk mempengaruhi dan memenangi hati rakyat...Fakir hanya pemerhati..
FBSHApost@20 Mac 2016
No comments:
Post a Comment