Sering kita merayau fikiran dan jasad yang masih gagah atau sudah merasa letih melakukan perjalanan hidup di dunia fana. Sering juga kita merayau mencari ketenangan. Sering kita biarkan fikiran kita mencari jawapan, satu penyelsaian atau rumusan tepat...ia mungkin akan ditemui dan mungkin juga tidak ketemu. Tergantung begitu saja. Bisa kita bertanya ke mana akan ku pergi lepas ini dalam dunia saban bergolak, tidak henti pertelingkahan, konflik berbagai, agama, budaya dan etnik....ada yang fikirkan apa yang dimiliki nya itu lah paling suci dan murni... Tidak mahu menerima hakikat Allah jadikan anak Adam dengan kepelbagaian...begitu juga denan haiwan dan segala kejadian alam rimba dan serangga...aneh kita berkonflik berbunuhan menzalimi tanpa kesudahan....hilang ehsan dan keadilan....fakir merenong dan termenong....semua nya akan berakhir bila kiamat nanti...di alam kekal tiada dusta dan tiada kepuraan... Segala ditentukan...masa itu sempuna dua alam syurga dan neraka.
FBSHApost@7 November 2015
No comments:
Post a Comment