Thursday, November 12, 2015

ILMU POLITIK

Apa yang dibelajar tentang ilmu politik dan realpolitik. Ilmu politik diisikan dengan teori dan konsep yang sering dipengaruhi oleh ideologi idealisma dan melihat kedalam kepada tabiat dan perangai manusia mahu mencari atau mempertahankan kuasa dan menuntut kepada ketaatan. Dari perspektif teorinya memang nampak indah dan cantek..kerana memberi peluang untuk memahami manusia....Namun teori serta konsep lama ini tidak terikat kepada pegangan kepada Tuhan dan tauhid..Justeru... realpolitik menterjemahkannya sebagai doktrin kekuatan dan kuasa...tiada keperluan untuk memikirkan akhlak atau sistem nilai. Lantas mereka boleh melakukan apa saja termasuk jenayah bagi mempertahankan takhta dan kuasa. Bila terlibat dengan politik sebenar maka kita dapat padankan dengan teori....ia itu kerakusan, tiada ketaatan, hanya untuk meraih keuntungan peribadi atau keluarga, pepatah Melayu kata tikam belakang, tiada soal pahala dan dosa, atau kawan dan setia...dalam pepatah orang tua-tua dikatakan habis madu sepah dibuang...susah dalam menulis contoh-contoh ini dalam pengalaman politik sebenar kerana sering yang dekat sekali menikam dan menyusuk bisanya.. Teori dan konsep ini subur dalam politik hubungan antarabangsa dan politik domestik. Selalu nya akan di rumuskan itu perkara biasa tabiaat manusia... Dunia insan berlikran dalam alam sebegitu atau sebegini...Ada masanya kita kecewa ataupun hampa...justeru perlu bersandar pada rahman dan rahim Allah...bila menempuh cabaran masam manis serta pahit maung hubungan sesama manusia.
 
FBSHApost@2 November 2015 

No comments:

Post a Comment