Tazkirah subuh 13hb Januari 2017*
Masing-masing akan mendengar perkara yang sama atau yang berlainan. Tafsirannya juga berbeza-beza.. Allah S.W.T yang menjadi penentu kepada apa yang kita dengar. Namun begitu setiap orang akan bertanggungjawab pada apa yang didengar. Penglihatan yang dilihat oleh mata tapi yang bertanggungjawab pada apa yang di lihat ada lah diri sendiri. Terbaik adalah jangan dengar melainkan perkara-perkara yang baik.
Pandangan yang menyebabkan kita tergerak mata akan melihat perkara-perkara yang baik dan buruk. Kalau kita mendengar dan melihat pada semua yang maaruf maka kesannya juga maaruf. Kalau kita paparkan yang buruk ia akan merosakkan masyarakat.
Justeru penting disajikan apa yang elok sahaja. Jangan membuat janji palsu. Pembohongan akan membawa manusia rugi. Oleh itu setiap manusia mestilah berdiri tegak di atas kebenaran.
FBSHApost@13 Januari 2017
No comments:
Post a Comment