Saya selalu mendapati orang seperti Raja Petra Kamarudin gemar menganggap dirinya sebagai "social commentator" dalam pelbagai isu dan memandang dirinya sebagai pakar yang berhak untuk memberi komen mengenai sesiapa pun. Bukan haknya yang dipertikaikan tetapi sikapnya dan adabnya yang sering menjadi bahan kemarahan orang terhadapnya. Dia bukan kenal perasaan orang, sopan santun, sensitiviti dan ini semua tidak penting baginya.
Untuk menegur dan mengkritik bukan satu kesalahan. Sesiapa pun boleh mengkritik jika kita tidak bersetuju terhadap sesuatu. Persoalannya ialah sikap kasarnya, biadapnya dan tidak memikirkan kesahihan fakta adalah sesuatu yang amat menghairankan. Saya tidak hairan dengan apa juga pandangan di atas nama demokrasi dan kebebasan. Lebik elok untuk belajar berkenaan hemah dan bersopan santun. Untuk saya menyuruh beliau berubah adalah tidak munasabah kerana beliau bukan lagi rebung yang boleh dilentur tetapi buluh yang telah keras. Jadi saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadat kepada beliau. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya.

No comments:
Post a Comment