Monday, April 25, 2016

FBSHApost@27 Mac 2016: PUISI #6/2016

Saya melintas banyak kepincangan 
yang tidak dipeduli untuk pandang
Gedung dan wisma pencakar langit mercu pencapaian
Tidak ternampak mereka yang menghuni di bawahan
Di lorong lorong kecil di bandar dan desa pendalaman 
Malap dan ada yang gelap
Gelita....tiada cahaya menerangi
Jalan-jalan lubang-lubang lopak-lopak lekok-lekik
takungan air....anak-anak dan orang tua-tua
yang tidak tahu di mana mahu hilangkan kelaparan
mana mahu mencari bumbung bagi melindungi hujan dan kepanasan
Tidak tahu keperitan dan terdengar tangisan kemewahan berlambakan
Ramai berkepuraan dalam lakonan
Tinggi jawatan dan kedudukan...
Bercakap rendah diri tapi memaling muka kepada yang tidak di gemari
Menentu siapa baik dan tidak
Mengumpul duit dan harta untuk diri
Nasihat tidak habis diberi
berkata baik tidak terperi
rapi tidak mendengar suara insan kedana
berpura sepanjang masa
Membazir tidak kira
Mengambil tidak memberi
Mengarah sesuka hati
Tapi di khalayak seolah insaf dan sedari
Baik seperti makaikat ...
semua terus terpikat
Terlalu banyak pahit untuk disukat..
Juga bertimbun pura di sepanjang masa.


FBSHApost@27 Mac 2016

No comments:

Post a Comment