Friday, August 19, 2016

FBSHApost@29 Julai 2016: Miliki dunia dan akhirat

Hari ini saya banyak berfikir dan merenung..awan makin mendung, langit makin gelita angin makin kencang, seperti ribut dan taufan akan menyinggah... Iklim kini sudah berubah, bumi dan laut memuntahkan isinya.., sering bergegar dan bergoncang.., mungkin ini petanda nyata yang dunia dan alam sudah terlalu tua...Di siang hari pun kita perlu menyuluh dan berhati-hati bila mahu mengorak langkah.,, terlalu banyak tempat dan kawasan merkah dan berlubang-lubang.... Kita jadi bingung siapa bicara benar kerana terlalu banyak orang di luar sana terlalu pandai berbohong, berlagak seperti malaikat.,.. Dia saja betul dan boleh menegur siapa saja...adab dan santun hilang gunanya kerana lesennya menguasai alam siber dan berpuluh ribu pengikut ... Laskar-laskarnya boleh jatuhkan sesiapa... Riak dan sombong bukan kepalang.... jadi pakaiannya begitulah...segala sudah berubah...penjenayah dianugerah.... Yang baik tidak didengari.., pagi tadi pula ustaz ingatkan supaya nawaitu kita jujur dan ilhlas....kalau hendak mendapat keredhaan dan rahmat Allah....Tuhan, kalau kita mohon untuk dapat dunia Allah akan berikan, tapi akhirat kosong... Tapi jika boleh memiliki kedua-duanya bukankah lebih baik, kita boleh milikinya jika berpegang pada taqwa dan iman..... Bumi dan langit sudah hampir hendak bertembung.., Wallah hu a'lam. Banyak perlu berubah ke arah kebenaran dan kebaikan.

FBSHApost@29 Julai 2016

PUISI #14/2016 Cinta di dunia ke syurga

Terapung teratai di atas air yang tenang
Hijau dan mengembang menghiasi tasik
Dalamnya tidak dapat disangka
Bila madu menyentuh di bibir terasa manisannya
Terlukis kasih beradu mesra
Dara melukis senyuman seribu makna
Tertawan teruna tanpa sangka
Lantas ingin memikat mesra
Berwarkah meraut pandangan
Memutik sebuah kesayangan
Menghembus kata menyusuk kalbu
Mata menikam ke dalam jiwa
Hati tersentuh berdegup dada
Adakah ini tanda cinta
Begitukah cinta bermula tanpa kata
Memukau di antara dua manusia teruna dan dara
Bijak bahasa jika tidak mungkir pada janji
Andai mulut melisan dusta
Madu berubah racun berbisa
Gurindam cinta hancur berkecai
Andai tidak terikat pada setia
Tiada kan tercatit lagenda cinta
Hanya permainan hembusan bahasa
Jika tidak terikat pada sejati
Tidak bisa mesra disebati
Bila benar dikota pada amal
Cinta teruna dara suci akan berpaksi pada hak
Sayang dipadu tanpa goda
Mengikat dua hati satu jiwa
Tanpa durjana di alam fana
Bersatu di dunia dan bersama di syurga.

8.30 pm
31 Januari 2015
Teratak Shifak
Ditulis semula 23/7/16

Diungkil semula pada 26 Julai 2016

FBSHApost@26 Julai 2016: Tugas seorang suami

Apakah tugas seorang suami. Jawapan mudah ialah untuk melindungi nama dan kehormatan isteri termasuklah keperluan material dan batinnya. Ini bermakna dia berada di depan untuk tentukan si isteri tidak teraniaya. Itulah dikatakan suami mithali...panas dan hujan dialah yang menyiapkan payung.. Tapi ada juga suami yang pelik yang membiarkan isterinya dicemuh dan dikata orang dengan dia berdiam diri. Suami ini berasa lega yang bukan dia yang menjadi bahan dan tumpuan orang untuk dicaci dan maki hamun. Justeru dalam situasi sebegini si isteri berada di depan dan si suami ada di belakangnya. Suami sibuk melakukan apa yang dia hendak dan suka... Dia tidak dikata orang jahat malahan dianggap dia mangsa isteri yang zalim. Maka si isteri lah dicemuh kerana persepsi orang yang jahat adalah si isteri... Suami enjoy sebagai orang baik. Itulah sebahagian dari legenda kisah berbagai-bagai berkenaan suami yang terus disukai, diminati dan disimpatikan tetapi isteri terus menjadi manusia yang paling dibenci. Aneh keadaan dunia dengan berbagai perangai dan kerenah. Jangan ketawakan kerana siapa juga boleh berada dalam keadaan yang serupa..Suami juara...dan isteri pun juara tetapi dengan persepsi negatif.

FBSHApost@26 Julai 2016

FBSHApost@24 Julai 2016: DNR, AS

Saya lihat ramai orang menulis dan bercakap berkenaan kedudukan DNR secara emosi dan tidak berhemah. Ada yang mengutuk AS dan ada yang menyalahkan DOJ atau konspirasi orang-orang tertentu. AS adalah rakan akrab dan apa juga teguran melibatkan soal hubungan dua hala dalam berbagai bidang dan pasti sekali dasar luar Malaysia. Peranan yang utama perlu dimainkan oleh Wisma Putra dan ambil que dari kenyataan PM sendiri. Proses ini bermula kerana tindakan rakyat Malaysia juga...bukan orang luar.. Malaysia menghormati proses undang-undang dan akan bertindak mengikutnya... Kalau bijak perkara ini akan bergerak mengikut kaedah biasa. Media luar negara ada tujuan dan matlamatnya tersendiri. Jangan gopoh..

FBSHApost@24 Julai 2016

FBSHApost@24 Julai 2016: Tazkirah Surah Al-Kahfi

Ustaz memulakan dengan mengatakan yang berada dalam masjid diberi kesempatan dan peluang menjadi tetamu Allah.
Perbincangan tentang Suratul Kahfi.
Taat kepada Allah dan kekuasaannya.
Jangan menyekutukan Nya dengan yang lain.
Kisah-kisah dan dialog yang terkandung dalam surah ini adalah untuk manusia mengambil pengajaran
berkenaan Tauhid dan keesaan Allah.
Cerita berkenaan mereka yang dimatikan dan dibangkitkan semula supaya kita faham Allah berkuasa untuk membangkitkan yang mati.
Cerita orang yang berbangga dengan harta dan kekayaan.
Kaya dan memiliki pengikut ramai.
Tetapi tidak beriman pada Allah.
Akhirnya menerima balasan pedih dan dihukum kerana tidak beriman serta tidak suka melakukan kebajikan.
Lantas tidak percaya pada hari kiamat kerana kekuatan kekayaannya.
Berbangga dengan adanya ramai pengikut
Hidup mewah dengan harta yang lebih banyak dari yang beriman.
Kiamat padanya tidak akan berlaku.
Kalau pun berlaku kedudukannya lebih mulia di sisi Tuhan kerana harta dan pengikutnya yang ramai. Kesombongannya melupakan kekuasaan Allah.
Tak mungkin padanya dia akan hilang harta dan pengikutnya yang ramai.
Dia lupa semuanya adalah pemberian Allah.
Bila Allah hendak menurunkan bala dan kemudaratan, segala harta dan pengikutnya akan hilang.
Bila kita mati, harta akan menjadi milik orang lain.
Berbangga dengan harta dunia;
Jangan kerana harta dan kedudukan kita hendak kufur kepada Allah.
Penting untuk kita tidak pandang Hina kepada orang lain dan menghukum mereka kerana apa juga kekurangan mereka.
Orang tak betul jangan kita cepat menghukum.
Beri nasihat baik seperti dilakukan Musa dan Harun kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.
Bila hendak jadi daie,
Mesti ada sifat kasih sayang,
Sabar dalam menyampaikan nasihat;
Bukannya semua orang boleh dengar dan ikut.
Kalau tidak hendak baru kita minta Allah berikan hidayah,
Apabila mendapat sesuatu tunjukkan tanda syukur dengan mengatakan MashaAllah lahawla wa la kuata illa billah.
Baru boleh dapat kebun di syurga.
Bila Allah menghantar musibah,
Tidak ada siapa boleh selamat.
Jangan lupa keimanan dan kekufuran tidak menyekat dari mendapat kekayaan.
Allah boleh bagi kepada sesiapa dikehendakinya.
Orang kufur kaya di atas bumi.
Allah tambah pada Muslim dengan rahmat.
dan keredhaannya.
Kita boleh mengambil iktibar dalam suah kahfi tentang kesabaran
Cerita Musa dan khidir,
Orang-orang yang dibiar oleh Allah buruk akibatnya.
Kelebihan yang ada gunakan dengan sebaik mungkin.
Bila ada kesabaran Allah boleh angkat bala.
Terkandung juga dalam kahfi kehebatan Iskandar Zulkarnain dan kehebatanya kerana dia beriman pada Allah dalam menggerakan misinya.
MashaAllah la hawla wa la kuata illa billah.
Masyarakat hari ini lagi jauh dari agama.
Hebat surah Alkahfi dengan ada dialognya.
Walaupun Kisahnya diriwayatkan tiada tarikh.
Ia terpulang kepada tafsiran yang diriwayatkan oleh ulama dengan dalil-dalilnya.
Wallah hu alam.
Ini mengikut catitan dan semakan saya dari terjemahan dalam alquran setelah mendengar tazkirah ustaz.
Kekurangan dan salah silap sila tegur & betulkan.
Mohon maaf.
24/7/16
Alshifaq
Fakir Hamid Albar

Thursday, August 18, 2016

FBSHApost@23 Julai 2016: Pesan Ustaz

Rasul dan Nabi wajib mendapat Rahmat dan perlindungan dari Allah. Insan hanya harus. Kita perlu taat kepada Allah taala. Taat bermakna kita dirikan sembahyang dan memberi zakat. Nabi-nabi ada mukjizatnya tersendiri. Manusia yang dikenali sebagai tokoh/Ahli sufi... atau orang tasawuf datang kerana amal. Kaedah amal yang smart. 
Makanan..sedap tapi mestilah halal.
Amalan Ahli sufi menyesuaikan diri mengikut kehendak Allah
Wasilah...
Wali pelindung kita mukmin jangan jadikan mereka musuh
Menghadapkan diri pada takwa
Melindungi diri dari kejahatan
Tempat di syurga
Bercakap benar
Tiga qul
Minta Berkat
Lailla ha illallah Malaikul hak kul mubin nikmal maula wa nikmal nasir
Pesan ustaz pagi ini 23/7/16.


FBSHApost@23 Julai 2016

FBSHApost@22 July 2016: PUISI #13/2016 Akhirat bermula di dunia

Bila bicara mengamit mulut
Tiada fikir terkeluar dari petak benak
Bila mata terbuka pandang liar
Tapi tertutup dari melihat
Tidak mampu untuk bertindak cermat
Telinga terbuka luas dan lebar
Namun tidak dapat mendengar
Tangan menghayun dan kaki berbaris
Kiri dan kanan sibuk berkata beraneka
Makin banyak bingung dan keliru menimpa.
Terumbang-ambing di bumi tidak rata
Penuh lubang dan lopak
Pasti ada yang tergelincir cedera.
Indah kabar dari rupa
Tiada faham di mana letaknya hak
Yang mati tetap pergi
Perang dan konflik bermaharajalela
Konflik normal saja
Di ruang angkasa, di lautan samudera
di darat tidak ada beza
Menikmati iman perlu sabar
Akhirat bermula di dunia
Perang dengan perang
Damai dengan damai
Tiada juga penyelesaian sempurna
Kerana alam insan padat dengan munafik dan pendusta
Tiada yang mahu menghadiahkan ketawa
Gelam dan gelita alam semesta.
22/7/16.
9 mlm
Alshifaq

FBSHApost@18 July 2016: A struggle against oppression and suppression of the powerful

The international order is unjust and imbalanced as it is driven by Realist conception of power and control is undertaken by economic and military means. It is hegemony and dominion. The rebalancing that we need is not simply by spreading liberalism, market economy and democracy. What we need is a world order that is based on justice and fairness. The global order must recognise the plurality, multiculturalism and diversity of societies and nation states. It is the divine wisdom that demands homosapien to understand and appreciate each other. Never, never allow for foreign elements to shape our future or destiny under whatever guise or name. We should determine our own future notwithstanding our differences and diversities. Build our strength and resilience. A morning thought to struggle against oppression and suppression of the powerful.

FBSHApost@18 July 2016 

FBSHApost@17 July 2016: Support the Rohingya cause for justice

When we champion the course of the Rohingya, it is not because they are Muslims or we want to fight against non-Muslims but due to the injustices committed against them. They are being deprived of their citizenship and freedom of movements in their own country. They have been in Burma longer than some of the people who are called natives. We believe there is sufficient evidence on crime against humanity or genocide. That is why we call on the regional and international communities to prevent these atrocities from continuing.

FBSHApost@17 July 2016

FBSHApost@16 July 2016: Nasib orang Rohingya

Nasib orang Rohingya. Dari sebahagian 176 masyarakat pribumi di zaman pemerintahan Inggeris Ne Win tukar masyarakat pribumi kepada 144 kaum pada tahun 1974 dan pada tahun 1982 Ne Win rentas kedudukan mereka sebagai rakyat Burma/Myanmar bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Namun dunia masih membisu dan terus membiarkan keganasan dilakukan ke atas mereka dan masjid dibakar oleh pelampau Buddhist tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa Myanmar. Di ASEAN Umat Islam golongan teramai. Tidak boleh berdiam dalam mempertahankan kezaliman kumpulan pengganas.

FBSHApost@16 July 2016

FBSHApost@16 July 2016: PUISI #12/2016 Allah tidak pernah lupa

Terfikir saya tentang haru biru dunia
Berbagai teka-teki yang sangat mengeliru
Makin tidak tahu mahu mencari penjuru
Hilang kasih di alam insan
Tiada adil dan ehsan
Mengapa hilang rasa kasihan
Persoalan yang kosong jawapan
Bersenandung dalam kesepian
Melukis impian kedamaian
Menadah ketenangan
Allah pemberi kerahmatan
Sana sini kisah kezaliman
Terdengar tangisan di ambang kesunyian
Keseorangan memerhati kesongsangan
Kepuraan bicara keadilan dan kemanusiaan
Terlalu banyak kepalsuan
Siapa sahabat dan kenalan
Meneroka alam kebenaran
Manusia hidup dalam kesayangan
Sebenar kebenaran
Ilham mengungkil lukisan
Di persada milik Tuhan
Ilahi tidak pernah melupai
Menunjuk arah jalan kelurusan
Merenung bila kepastian.
Alshifaq
16/7/16
Bermula 8.30 pagi

FBSHApost@14 July 2016: Respect and honour the Mekong & SCS

On July 12th, 2016... We completed our discourse or what they called high-level seminar on functional cooperation in the South China Sea (SCS)...Every morning for three days I would look outside the window of my room 801 as I woke up to do my solat Fajr at about 4:24am or 5:24 am Malaysian time. I would see and watch the Mekong river flowing gently and constantly. There would be small sampans on it... At low tide or during the dry season you could see the river bed with its sands looking nonthreatening..You feel you could walk and cross to the Thai side. They are so close to each other in sharing the river as well as the history and linguistic similarities. Interesting history of political expediency and intrigues at the colonial times and during the Cold War period. 

This land locked country or people now like to refer it as land linked country, Laos knows how to balance well and benefited from its position. She becomes important to China, Thailand and Vietnam. Coincidentally, the Seminar was on the same day when the decision of the case brought up by the Philippines on the legal position of the SCS would be pronounced by the PAC at the Hague. The Chairman of the APRC made a special mention that this was not intentional. Whatever it was, the Seminar that gathered former policy makers, experts and scholars throughout the globe was intended to find common grounds where the claimants and non-claimant states could collaborate with each other to use the SCS for their mutual benefits..

The seminar was productive and constructive in the deliberation on functional cooperation for littoral and non littoral states on one of the most important sea lanes of the world for trade and economic developments. It is also an area endowed with rich mineral and natural resources which China insists has been theirs from ancient times or historically Chinese. Unfortunately for her UNCLOS general do not recognise historical rights. It has also become a contentious areas where the security and well-being could be threatened. The irony is all our borders, especially land and maritime are all determined by our colonial masters. The outcome of the seminar was to move forward for functional cooperation and not contention of rights on the SCS. 

Ambiance and contents of discussions were excellent and timely. But as expected when the decision in favor of the Philippines was delivered it somehow or rather changed the environment. My hope was now we know how to handle and manage not the sovereignty, the EEZ or territorial disputes between claimants but how we can address the political, economics, security and social issues. We must handle the sensitivities and undertake the face saving exercise to recognise China's position as a big regional and international power. China doesn't accept or recognise the jurisdiction or the outcome. There is a problem that must be managed for a beneficial solution. Respect and honour the Mekong & SCS. Its just a thought.

FBSHApost@14 July 2016

FBSHApost@11 July 2016: Laos

I am sitting in a room alone facing the Mekong River as the water flows slowly to meet and touch the river banks of its neighbours. This is the river of life that is the source of happiness and sadness. Its so quiet from up here... Life and people seems to be moving slowly in Vientiane....this place has changed from the last time I was here long time ago.... But people are friendly... Much economic development and a lot of Chinese money and investments pouring into this landlocked country Laos...Malaysia and Laos has established their bilateral relations fifty years ago on July 1... Soon Laos is going to play host as the new ASEAN CHAIRMAN. Summit, Foreign & Defence Ministers Meetings and other related meetings. The rhetorics, declaration and statements would be delivered...integration and community. Life would continue and differences abound... Now I can observe.

FBSHApost@11 July 2016

Wednesday, August 17, 2016

FBSHApost@7 Julai 2016: Bahaya Fitnah

Fitnah itu merbahaya dari segi hukum dan peradaban. Ia mengakibatkan perselisihan, konflik dan pergaduhan serta menyebabkan terputusnya silaturrahim. Kawan berubah kepada musuh. Sering sekali ia membawa kepada orang yang difitnah teraniaya dan dizalimi. Lebih malang lagi bila tujuan pemfitnah adalah untuk meraih menafaat atau keuntungan untuk diri sendiri. Ada masanya bila orang yang termakan fitnah adalah pihak yang memiliki kuasa yang tanpa selidik periksa menjatuhkan hukuman, maka lebih parah lagi kesannya kepada mangsa fitnah. Wallahhua'lam.

FBSHApost@7 Julai 2016

FBSHApost@3 July 2016: Life is like climbing many steps; take one at a time


Often we like to look back on our life..reminiscing the past can be pleasant, nostalgic, happy, funny and sad..all the reflections would bring us to remember things and experiences, the anecdotes and events as we passed through the passage of life. When we were born and grew up we have our parents and siblings to hold and guide us. As we went on life these protections would no longer be there. In turn we would become the torch to guide others under our care. From a care free life to where we have to take our own responsibility. From the kampong setting covered by green foliage or even closer to the forests, from rural to urban...from kampong school to urban school. We went through many phases-from school to college to university. Our education either sponsored by our parents or by the government. There were less crime at that time, more so crimes were not as violent as they are today. We are getting better educated and the criminals have become more sophisticated. From totally dependent on the parents for financial or emotional assistance or help to being independent is a tremendous challenge. Life changes in front of our very eyes. Fast and with certainty. We settled to a job in the government or private sector. From being single to married with children and grandchildren of our own. We then begin to understand and appreciate what our parents went through and the sacrifices they made to bring us up. 

I was at a kampong school, then moved to an urban school where I could see the disparity and gaps. The urban schools had the best of everything...from building to teachers and facilities. Definitely we were at a disadvantage. This was from my personal experience. I was fortunate to be sent for my upper secondary education and higher education overseas. My parents had to sacrifice to enable me to study overseas. Fortunately two of the siblings succeeded and qualified as barristers. When I was doing my final I was married, arranged by my dear mother. I was blessed. I started working in the government and was on the bench at 26. I stayed for a couple of years in the service and then left and became a banker until I was forty years old. At forty I practiced at my brother's firm as an advocate and solicitor focusing on corporate matters. From 1990 to 2009 I was a Cabinet Minister...It was quite an experience. In 2009, when I ceased to be a Minister I was unemployed for more than a year. Then in 2010 I went back to public service until now.

From a Minister to an ordinary backbencher, was an interesting and challenging period. When I became a politician and an MP, I understood what my father experienced. Life is just like climbing many steps and you had to go through one at a time. With people who become friends or those who consider you foe. One needs patience and perseverance. Most importantly believe in the Almighty Allah and the guidance as contained in the Quran and Sunnah. Nothing is constant, everything changes with time. You learn and relearn. Human beings from time immemorial are complex beings..


FBSHApost@3 July 2016

Monday, August 1, 2016

FBSHApost@30 Jun 2016: PUISI #11/2016 Harapan Lailatul Qadar

Berjalan di atas bumi Ilahi
Dinaungi langit dan awan putih biru
Didampingi tiupan angin bersepoi bahasa
Kicauan dan siulan burung burungan
Di pohon dan rimbun-rimbun hijau-hijauan
Ditafsir keriangan
Menyaksi Insan berwarna-warna
Sedang bicara beraneka kata
Aku rindu pada damai dan ketenangan
Ramadhan dihidangkan Tuhan
Memerhati kebingungan kemanusiaan
Kini Ramadhan akan meninggalkan
Lailatul qadar harapan
Apakah akan ketemuan
Di alam bertimbun kekacauan
Masa pantas berlaluan
Kiamat dikatakan sudah berhampiran
Bermacam-macam teriakan
Tiada ketahuan
Bila mana manusia hilang pegangan
Apakah sempurna persediaan
Insan ke destinasi di akhir perjalanan

Magrib dan Isya'
8.40pm
Al Shifaq
Damansara Heights

FBSHApost@29 June 2016: Pelaburan akhirat adalah di muka bumi


Untuk sesetengah orang satu minit terlalu panjang, untuk yang lain sejam agak lama dan ada yang menganggap satu hari, apa tah lagi setahun lebih jauh dan banyak yang di temui dan tinggalkan...hidup ini kita berperang dengan masa dan umur...ada ketika berdepan dengan cabaran jasmani dan juga rohani... Kalau kita dapat mengurus dan menangani pergelutan hidup dengan baik selamatlah manusia di dunia dan akhirat. Pelaburan akhirat adalah di muka bumi....kita digoda dengan berbagai cubaan harta, kekayaan, pangkat dan wanita....kita melakukan dosa yang tidak henti-henti samada secara sedar atau tidak...justeru kita mohon keampunan dan bertaubat di atas segala pelanggaran... Riakkah kita, sombongkah kita dengan nikmat Allah.... Syirik dengan sedar atau tidak sedar lagi membimbangkan ..segala yang ada sementara...

Ramadhan pun berlalu pantas...apakah kita sempat betulkan akhlak... Memohon ampun dan maaf...indah setiap masa. Allah jadikan bumi dengan segala perhiasan yang berbagai... Tanah rata, bukit bukau, gunung ganang...lembah...sungai dan lautan ... Berbagai makhluk menghuninya...haiwan dan serangga....langit dan awan, bulan bintang di cakerawala... Menerangi dan menggelapkan...penuh dengan kepelbagaian...,masing-masing ada riwayat dan kisahnya.... Ada ketika bumi digegarkan... Memuntahkan kemusnahan... Beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua dengan kerinduan...cerita alam dan manusia dengan ragamnya berterusan sebelum kiamat di mana kita dibangkitkan untuk dihakimi...tidak boleh berbohong dan berdalih lagi..

FBSHApost@29 June 2016

FBSHApost@27 June 2016: It is no longer a domestic issue of Myanmar

The non interference policy of ASEAN is intended to protect the sovereignty of each state in ASEAN. However, this should not extend to remaining silence on gross violation of human rights or when there is crime against humanity committed. Moreover in the case of Malaysia, Indonesia and Thailand it is no longer a domestic issue of Myanmar as the outflow of refugees is as a result of the actions of the extremist group with the tacit support of the government and military. The OIC has brought up the matter with all ASEAN governments. The UN and its Human Rights Commission have passed resolutions against the Government of Myanmar. This is very brief.

FBSHApost@27 June 2016

FBSHApost@25 June 2016: Stop these crimes of Buddhists in Myanmar

Crimes against Rohingya and Muslims continue unabated even in this month of Ramadhan in Myanmar..with the burning of mosques and houses. This was accompanied by hate speeches and violence. ASEAN & UN must act immediately to protect the community. This is the worst kind of fundamentalism and extremism of the Buddhists in Myanmar. Act now to stop these crimes.

FBSHApost@25 June 2016

FBSHApost@23 June 2016: Al-Fatihah to my late parents

What two special human beings that is my father and mother taught me and my other siblings was to be close to each other. For that reason they rotate from one house to another. Whenever it is possible we would have lunch or dinner or pray jemaah either at their home or at the home of one of us. We have never seen them quarreling at least not in front of us. They provide a perfect balance. Whilst my Al-Marhum father could be tough and a disciplinarian, my Al-Marhumah mother would be the one that covers with love and tenderness. Both of them taught us positive values and trust in Allah. 

Life is full of trials and tribulations. They inculcated about characters and people we would meet as we pass the life journey. They were our referrals for everything. They relate to us their life experiences. Both of them would tell the stories from their different perspectives. My father about how he began his life in politics...from living a straight forward life to the intrigues and sophistication of politics. My mother would talk to the people she met, the legends, mythology and our family heritage. 

Many of the things we experience and see today reflect the past, only the actors were different... standards, norms and morality had changed. They were loyal and faithful to each other. My father was totally dedicated and committed to the party, no matter how he disagreed with the leadership. He dared to be critical and spoke his mind to the leadership. His motto was be honest and truthful. I know this from primary and secondary sources. How we missed both of them.

Al-Fatihah.

FBSHApost@23 June 2016

FBSHApost@22 June 2016: Justice for the Rohingya

I returned home from a quick and short visit to Yangon to assess the situation and mood on the ground. Generally there is no visible signs of any tensions. Life seems to go on as usual. The mark difference is the changing economic landscapes and continuous traffic jam. With wealth and riches you can trace the wide disparity between the rich and poor. Myanmar has become the favorite country for foreign investments. Everywhere you see the non stop construction activities. You see investors from the East and West flock to Yangon. New hotels, shopping malls and apartments. I met Mysis, US Ambassador and Interfaith President trying to judge the ground feeling of what is happening. It was clear the euphoria of transformation and democracy have overwhelmed any issue of human rights and or abuses of them. 

The nations that were primary advocates of human rights and democracy want the process to continue. It seems these issues are put at the back burner. They sympathized the dilemma of the new government and suggested soft peddling of the Rohingya issue or other ethnic Muslim problems. The interfaith Chairman happily told me that the Rohingya community does not exist in Myanmar. I responded to him that there is no way you can obliterate an identity. Migration of people always happen in history even the Baman must have come from somewhere. That's not the issue and if they want democracy to be sustainable it must be inclusive. 

The Muslim community in Burma from whatever ethnicity must be recognised. The denial is not going to solve the problem. I also had the opportunity to meet several Rohingya and Muslim politicians. I like the resilience of their spirit and the clarity that they would continue with the struggle for restoration of their rights. The position is they are not new comers who like to apply for citizenship but seeking restoration of their rights and status. I also sent a team of my NGO; HUMANiTi into Rakhine to distribute humanitarian aids in the little way we could. I came back to KL with hopes that ASEAN could work together to establish a people-centered region that is inclusive, fair and just to all its peoples.

FBSHApost@22 June 2016

FBSHApost@19 June 2016: Tazkirah Selepas Subuh

Selepas Subuh di Masjid Saidina Omar Ibni Khatab setiap hari ada tazkirah. Dari Isnin hingga Sabtu ada tafsir Quran hanya dalam 15 minit dan hari Ahad ada Ceramah diantara setengah jam hingga 45 minit. Saya akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat setiap hari kalau berada di KL untuk menimba Ilmu dan menyegarkan fikiran. Bila saya balik rumah saya akan meyemak terjemahan ayat-ayat yang dibawa Ustaz. Pagi ini Imam besar Masjid memberi ceramah berkenaan Nabi Nuh Rasul yang pertama di angkat Allah dari sumber AlQuran dan Hadith Rasul. Beliau menerangkan yang Rasul-rasul sebelum Rasullullah S.A.W semuanya membawa Risalah Tauhid dan manusia berpegang pada tauhid tetapi dalam tempoh masa manusia menyimpang di atas godaan syaitan dan memegang berbagai kepercayaan dan penyelewangan berlaku serta mereka menyembah berhala atau selain Allah. Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tetapi isteri dan anaknya tidak mengikut ajarannya. Beliau hanya dapat membawa ummat untuk diselamatkan dalam satu bahtera. Beliau lahir sepuluh ribu tahun selepas Adam. Imam mengatakan yang manusia akan terpesong melainkan Allah berikan hidayah dan kita ada iman dan taqwa. Pegangan kita pada Allah mesti Ikhlas. Jangan kita riak yang membawa kesyirikan. Agama tauhid adalah yang dibawa oleh semua Rasul supaya manusia tidak menyeleweng. Agama Tauhid Muhammad S.A.W adalah Islam. Ini hanya sedutan sedikit sahaja dari ceramahnya yang sebenar. 

Wallahhualam.

FBSHApost@19 June 2016

FBSHApost@18 June 2016: Berusaha untuk bertemu Lailatul Qadar

Ustaz pada taskirah subuh pagi ini mengupas tentang siapa akan dapat bertemu lailatul qadar. Samada Khas untuk orang-orang Alim sahaja atau umum. Mengikut pandangan beberapa ulama, ia terbuka kepada semua Muslim yang berusaha dan segalanya terpulang pada Allah untuk menganugerahnya. Kita mesti yakin sepenuh kepada rahmat dan kehendak Allah. Tidak boleh putus asa kerana Dia akan memberi rahmat dan keampunan kepada siapa sahaja yang di kehendakinya. Wallahhualam.

FBSHApost@18 June 2016