Friday, August 19, 2016

FBSHApost@24 Julai 2016: Tazkirah Surah Al-Kahfi

Ustaz memulakan dengan mengatakan yang berada dalam masjid diberi kesempatan dan peluang menjadi tetamu Allah.
Perbincangan tentang Suratul Kahfi.
Taat kepada Allah dan kekuasaannya.
Jangan menyekutukan Nya dengan yang lain.
Kisah-kisah dan dialog yang terkandung dalam surah ini adalah untuk manusia mengambil pengajaran
berkenaan Tauhid dan keesaan Allah.
Cerita berkenaan mereka yang dimatikan dan dibangkitkan semula supaya kita faham Allah berkuasa untuk membangkitkan yang mati.
Cerita orang yang berbangga dengan harta dan kekayaan.
Kaya dan memiliki pengikut ramai.
Tetapi tidak beriman pada Allah.
Akhirnya menerima balasan pedih dan dihukum kerana tidak beriman serta tidak suka melakukan kebajikan.
Lantas tidak percaya pada hari kiamat kerana kekuatan kekayaannya.
Berbangga dengan adanya ramai pengikut
Hidup mewah dengan harta yang lebih banyak dari yang beriman.
Kiamat padanya tidak akan berlaku.
Kalau pun berlaku kedudukannya lebih mulia di sisi Tuhan kerana harta dan pengikutnya yang ramai. Kesombongannya melupakan kekuasaan Allah.
Tak mungkin padanya dia akan hilang harta dan pengikutnya yang ramai.
Dia lupa semuanya adalah pemberian Allah.
Bila Allah hendak menurunkan bala dan kemudaratan, segala harta dan pengikutnya akan hilang.
Bila kita mati, harta akan menjadi milik orang lain.
Berbangga dengan harta dunia;
Jangan kerana harta dan kedudukan kita hendak kufur kepada Allah.
Penting untuk kita tidak pandang Hina kepada orang lain dan menghukum mereka kerana apa juga kekurangan mereka.
Orang tak betul jangan kita cepat menghukum.
Beri nasihat baik seperti dilakukan Musa dan Harun kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.
Bila hendak jadi daie,
Mesti ada sifat kasih sayang,
Sabar dalam menyampaikan nasihat;
Bukannya semua orang boleh dengar dan ikut.
Kalau tidak hendak baru kita minta Allah berikan hidayah,
Apabila mendapat sesuatu tunjukkan tanda syukur dengan mengatakan MashaAllah lahawla wa la kuata illa billah.
Baru boleh dapat kebun di syurga.
Bila Allah menghantar musibah,
Tidak ada siapa boleh selamat.
Jangan lupa keimanan dan kekufuran tidak menyekat dari mendapat kekayaan.
Allah boleh bagi kepada sesiapa dikehendakinya.
Orang kufur kaya di atas bumi.
Allah tambah pada Muslim dengan rahmat.
dan keredhaannya.
Kita boleh mengambil iktibar dalam suah kahfi tentang kesabaran
Cerita Musa dan khidir,
Orang-orang yang dibiar oleh Allah buruk akibatnya.
Kelebihan yang ada gunakan dengan sebaik mungkin.
Bila ada kesabaran Allah boleh angkat bala.
Terkandung juga dalam kahfi kehebatan Iskandar Zulkarnain dan kehebatanya kerana dia beriman pada Allah dalam menggerakan misinya.
MashaAllah la hawla wa la kuata illa billah.
Masyarakat hari ini lagi jauh dari agama.
Hebat surah Alkahfi dengan ada dialognya.
Walaupun Kisahnya diriwayatkan tiada tarikh.
Ia terpulang kepada tafsiran yang diriwayatkan oleh ulama dengan dalil-dalilnya.
Wallah hu alam.
Ini mengikut catitan dan semakan saya dari terjemahan dalam alquran setelah mendengar tazkirah ustaz.
Kekurangan dan salah silap sila tegur & betulkan.
Mohon maaf.
24/7/16
Alshifaq
Fakir Hamid Albar

No comments:

Post a Comment