Monday, August 1, 2016

FBSHApost@19 June 2016: Tazkirah Selepas Subuh

Selepas Subuh di Masjid Saidina Omar Ibni Khatab setiap hari ada tazkirah. Dari Isnin hingga Sabtu ada tafsir Quran hanya dalam 15 minit dan hari Ahad ada Ceramah diantara setengah jam hingga 45 minit. Saya akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat setiap hari kalau berada di KL untuk menimba Ilmu dan menyegarkan fikiran. Bila saya balik rumah saya akan meyemak terjemahan ayat-ayat yang dibawa Ustaz. Pagi ini Imam besar Masjid memberi ceramah berkenaan Nabi Nuh Rasul yang pertama di angkat Allah dari sumber AlQuran dan Hadith Rasul. Beliau menerangkan yang Rasul-rasul sebelum Rasullullah S.A.W semuanya membawa Risalah Tauhid dan manusia berpegang pada tauhid tetapi dalam tempoh masa manusia menyimpang di atas godaan syaitan dan memegang berbagai kepercayaan dan penyelewangan berlaku serta mereka menyembah berhala atau selain Allah. Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tetapi isteri dan anaknya tidak mengikut ajarannya. Beliau hanya dapat membawa ummat untuk diselamatkan dalam satu bahtera. Beliau lahir sepuluh ribu tahun selepas Adam. Imam mengatakan yang manusia akan terpesong melainkan Allah berikan hidayah dan kita ada iman dan taqwa. Pegangan kita pada Allah mesti Ikhlas. Jangan kita riak yang membawa kesyirikan. Agama tauhid adalah yang dibawa oleh semua Rasul supaya manusia tidak menyeleweng. Agama Tauhid Muhammad S.A.W adalah Islam. Ini hanya sedutan sedikit sahaja dari ceramahnya yang sebenar. 

Wallahhualam.

FBSHApost@19 June 2016

No comments:

Post a Comment