Apakah tugas seorang suami. Jawapan mudah ialah untuk melindungi nama dan kehormatan isteri termasuklah keperluan material dan batinnya. Ini bermakna dia berada di depan untuk tentukan si isteri tidak teraniaya. Itulah dikatakan suami mithali...panas dan hujan dialah yang menyiapkan payung.. Tapi ada juga suami yang pelik yang membiarkan isterinya dicemuh dan dikata orang dengan dia berdiam diri. Suami ini berasa lega yang bukan dia yang menjadi bahan dan tumpuan orang untuk dicaci dan maki hamun. Justeru dalam situasi sebegini si isteri berada di depan dan si suami ada di belakangnya. Suami sibuk melakukan apa yang dia hendak dan suka... Dia tidak dikata orang jahat malahan dianggap dia mangsa isteri yang zalim. Maka si isteri lah dicemuh kerana persepsi orang yang jahat adalah si isteri... Suami enjoy sebagai orang baik. Itulah sebahagian dari legenda kisah berbagai-bagai berkenaan suami yang terus disukai, diminati dan disimpatikan tetapi isteri terus menjadi manusia yang paling dibenci. Aneh keadaan dunia dengan berbagai perangai dan kerenah. Jangan ketawakan kerana siapa juga boleh berada dalam keadaan yang serupa..Suami juara...dan isteri pun juara tetapi dengan persepsi negatif.
FBSHApost@26 Julai 2016
No comments:
Post a Comment