Tuesday, July 21, 2009

100 HARI PEMERINTAHAN NAJIB


Membentuk Pasukan


Bila Najib mengambil alih pimpinan negara beliau menumpukan pemikirannya untuk membentuk satu pasukan yang di anggapnya sebagai pasukan nya. Tujuan utama beliau untuk memisahkan pimpinannya dari cara dan stail pimpinan Abdullah Badawi. Justeru itu ada yang mengatakan tidak hairan lah beliau tidak melantik semula orang-orang yang di lihat sebagai orang Abdullah. Apa juga alasannya beliau telah mengumpul satu pasukan yang kesemuanya mempunyai hubong kait yang rapat dengan nya.

Ahli Politik yang bijak

Tidak syak lagi dengan pengalaman serta pendedahannya dalam dunia politik setelah sekian lama terlibat dalam arena tersebut selepas kembalinya Allahyarham Tun Razak ke rahmatullah, beliau cukup matang dan memahami tendang terajang politik. Beliau bijak dan lincah serta cepat belajar dari pengalamannya.

Peralihan Pimpinan

Beliau mengambil alih pucuk pimpinan parti dan negara dalam suasana yang amat mencabar sekali dari pelbagai dimensi samada politik, ekonomi ataupun sosial. Polar politik negara dan antarabangsa telah berubah dengan ketara dan berhadapan dengan pelbagai cabaran baru.

Walaupun Najib menegaskan bahawa kepimpinannya adalah dari kesinambungan pimpinan yang lalu, beliau mahu tentukan bahawa pimpinannya tidak terheret dengan cara dan persepsi lama. Walaupun Abdullah Badawi dilihat sebagai seorang yang terbuka dan demokratik tetapi Najib mahu pastikan segala pendekatan adalah berbeza dari yang lalu dan ia dirasai oleh rakyat sedemikian.

Mengembalikan Keyakinan rakyat

Dari perspektif rakyat memang dia tidak sama dengan pemimpin yang diwarisinya.Dengan slogan dan pendekatan baru seperti “Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan”, “Satu Malaysia” adalah bertujuan bagi mengembalikan keyakinan rakyat majmuk serta melahirkan perpaduan, sekaligus menanamkan semangat kenegaraan yang kental, di bawah satu bumbung Malaysia dimana semua kaum dapat berteduh bersama.

Malaysian Malaysia

Ada pula pihak yang menyamakan pendekatan ini sebagai “Malaysian Malaysia” yang di pelupori oleh sebuah parti pembangkang. Walaupun begitu beliau menjelaskan yang 1Malaysia yang dianjurkan olehnya mesti di ambil dalam konteks sejarah dan perlembagaan Negara. Apapun di katakan akan timbul pelbagai polemik mengenai pentafsirannya yang tepat.

Dengan pendekatan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” memaparkan hasrat kerajaan pimpinannya sebagai sebuah kerajaan yang mesra dan sensitif kepada tuntutan dan aspirasi rakyat. Misalnya program berjalan jalan nya untuk bertemu rakyat ditempat-tempat yang di kenal pasti adalah sebahagian dari usaha serta stail baru yang dibawanya. Adalah di harapkan melaluinya rakyat akan kembali memberi sokongan kepada kerajaan pimpinannya.

Ekonomi

Disamping itu dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh Najib mempunyai tujuan serampang dua mata iaitu bagi memberikan keyakinan kepada pelabur asing dan luar negara yang kerajaan dibawah pimpinannya begitu terbuka bagi membangunkan ekonomi dan tidak terikat dengan dasar dasar lama.

Dasar lama dalam iklim ekonomi dan politik masa kini di anggap tidak sesuai bagi memberangsangkan pertumbuhan eknonomi yang berhadapan dengan krisis antarabangsa. Proses liberalisasi ekonomi akan menjadikan Malaysia lebih menarik untuk pelabur pelabur dalam dan luar negara. Namun sebagai pemimpin yang datang dari UMNO beliau juga perlu meyakinkan partinya dan umat Melayu bahawa nasib dan masa depan mereka tidak dipinggirkan. Saya percaya beliau berupaya melakukannya.

Rumusan 100 hari

Perjalanan 100 hari pimpinannya bergerak pantas. Pengumuman 11 langkah yang dibuat semasa menyambut kejayaan 100 hari pemerintahannya adalah sesuatu yang menarik perhatian dan popular di kalangan pelbagai lapisan rakyat. Walaupun ianya tidak disukai untuk dianggap sebagai “populist” langkah tersebut tetap popular. Apakah beliau telah dapat menyentuh pandangan dan menukar persepsi rakyat bergantung kepada keputusan pilihanraya umum ke 13. Semestinya ramai pihak dikalangan Barisan Nasional berharapkan pendekatan dasar dan langkah-langkah yang dibawanya akan membawa “political dividen” yang diharapkan. Media juga kelihatan memainkan peranannya dalam usaha membentuk pemikiran dan persepsi rakyat. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah dalam usaha dalam memurnikan perjuangan menaikkan imej kredibiliti dan integrity parti dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment