Wednesday, July 29, 2009

JANGAN CEPAT MELATAH


UMNO jangan mudah terpedaya dengan PAS. Tiap-tiap kali PAS sebut hendak adakan perbincangan, UMNO cepat melatah tanpa selidik. Ada baiknya UMNO dengar pandangan Tun Mahathir. Jika pendekatan ini berterusan UMNO akan dilihat sebagai kata pepatah melayu “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Lagi pula seolah PASlah yang akan menjamin perpaduan umat islam.PAS parti politik yang cuba menguburkan UMNO. S

Semak selidiklah sebelum membuat rumusan samada PAS jujur dengan UMNO selama ini. Jangan kerana terlalu ghairah timbul persepsi orang Melayu yang UMNO sudah hilang kekuatan dan kepercayaan rakyat. Pada masa ini UMNO patut tunjukkan pada bangsa Melayu dan ahli komponen yang kitalah pejuang Islam dan kebangsaan Melayu. Kalau terlalu sangat memberi akhirnya orang Melayu pun akan bosan dengan UMNO.

UMNO sepatutnya menjadi tunggak BN bukan salah satu parti komponen yang biasa. Parti-parti pembangkang sedang bekerja keras untuk menghancurkan UMNO. Bangkitlah dan sedarlah UMNO.

No comments:

Post a Comment