Thursday, June 16, 2016

FBSHApost@10 June 2016: Jangan gunakan akal tanpa ilmu


Dunia hari ini berselerak dengan maklumat. Beraneka macam yang boleh kita dengar dan baca. Untuk tiba pada maklumat bukan lagi susah. Lagi pula manusia jadi lebih pandai dan pemikiran mereka terdedah kepada berbagai unsur dan elemen. Yang bermaklumat tidak bermakna berilmu..pandai tidak makna bijaksana...berakal tidak bererti tuntas.... Pintar berhujah tidak bermakna betul dan tepat... Popular dan berpengaruh tidak juga membawa insan menjadi penegak keadilan atau penyebar ilmu. Apa kurangnya Iblis dari segi kejadian dan kepintaran tetapi kerana itu dia sombong dan bongkak serta tidak mahu mengikut perintah Allah maka dia jatuh ke golongan mungkar dan dijanjikan tempatnya di Neraka. Justeru itu kita perlu berhati-hati bila mengunakan mulut dan lidah serta kalam kita. Jangan gunakan akal tanpa ilmu atau berhujah mengikut sedap selera. Kita baca terus tafsir tanpa mengetahui sirah dan landasannya. Jangan juga jadi musuh dalam selimut seperti golongan munafik. Bebas dan berupaya berbicara dan liberal kononnya hidup ini hak kita dan bukan pinjaman yang maha berkuasa. Pegangan dan pendirian itu akan merugi dan merosakkan Insan. Biarlah kita maju dan berubah ke arah kebaikan. Wallahhualam.

FBSHApost@10 June 2016

No comments:

Post a Comment