Thursday, June 16, 2016

FBSHApost@14 Mei 2016: Adab, Tawhid dan Tawarikh


Masa saya bersekolah agama di Johor...salah satu subjek yang diajar awal-awal lagi adalah Adab, Tawhid dan Tawarikh...Adab mengajar untuk kenal kepada apa maknanya sopan santun, berbudi bahasa. Tidak kira taraf dan kedudukan....sebab itu ada pepatah mengatakan (yang saya pendidikan) iaitu yang merah itu saga yang indah itu bahasa...tapi sekarang mungkin budaya ini lapok dan ketinggalan zaman.....

Bila belajar Tauhid murid-murid dididik tentang perlunya sedar bahawa Insan ini tidak ada apa yang dia patut berasa berbesar, berbangga atau berasa terlalu berkuasa, kerana semuanya milik Allah...Satu saja Dia....yang manusia adalah setiap satu pinjaman Nya....dengan itu tidak payah cakap besar, sombong atau angkuh kerana jawatan, kedudukan ataupun keturunan.
Tawarikh pula mengajar untuk memahami sirah dan cerita-cerita dalam Quran dan Hadith yang boleh jadi contoh dan teladan untuk menakhoda hidup...
Mungkin zaman ini orang lupa kepada keesaan Allah dan tidak mahu lihat pada contoh-contoh lampau...kerana mereka lebih pandai dan terdidik. Justeru ramai jadi keliru.... pun tidak faham pada had had....langgar saja mengikut akal fikiran tanpa berteraskan landasan sebenar......hanya coretan Sabtu..Wallahu a'lam.


FBSHApost@14 Mei 2016

No comments:

Post a Comment