Thursday, June 16, 2016

FBSHApost@2 May 2016: Lumrah



Dalam merenung pagi...langit yang kebiruan tidak muncul...sempat pergi bersarapan pagi di kedai mamak berdepan rumah..bersama2 geng subuh...sembang-sembang hal biasa dan persekitaran negara...lagipula teramainya dari kita yang tinggal saki baki hidup tidak terlalu lama...tenang fikiran tapi terkenang juga apa yang akan diwariskan pada anak cucu. Lebih2 lagi di zaman-zaman yang lebih pantas dan rancak ini...dunia politik dan perniagaan ramai yang rakus. Tiada kesetiaan. Kadang mereka yang kita tolong pun tidak lama kemudian mereka sudah lupa budi...lumrah..ada masanya ada juga yang tidak kenang langsung....cepat hendak dipadam segala-gala jasa orang terdahulu, sekali lagi orang katakan lumrah...beri jawatan, disuap makan dari tangan pun tak semestinya diingat, ada saja selesa kedudukan...lepas tu semua dilupai, jawabnya biasalah tu...lumrah...ada yang dah tak kenal atau berpura tidak kenal ataupun tak mahu nampak bersama lagi itu lumrah...entah...tak usah difikir atau dikenang bukan itu juga dalam lingkungan lumrah... Ada yang tanya selepas ini ke mana pula umat kita...ada yang liberal - enjoy, ada yang fikir jangan fikir mati----enjoy....ada yang pelampau...keras dan tegas----ada yang sederhana dan seimbang...jelas berpecah umat ke macam2 kumpulan, pemerhati seronok...menunggu retak mencari belah....untuk ambil autoriti dan kuasa...ada orang kata dalam hidup jika dibuang duri dari kaki singa yang kesakitan, berhati-hati lepas saja dibuang duri singa akan terus mengaum lega dan kita pula menjadi makanannya....itu juga dipanggil lumrah. Habis sarapan kita pun bersurai dengan ingatan berbagai-bagai keadaan.. itu juga lumrah...

FBSHApost@2 May 2016

No comments:

Post a Comment