Kita bertemu dengan berbagai orang di dalam perjalanan hidup dengan bermacam-macam perangai, fe'el dan tabiat. Itulah sebenarnya cubaan Allah pada diri masing-masing yang perlu direnung dengan bersabar. Ada yang berasa dialah yang paling pandai, ada yang menganggap dirinya yang paling berilmu dan anggap tiada yang setaraf dengannya. Justeru boleh buat dan menegur siapa saja...kerana dia saja yang betul...boleh menyentuh sapa saja, boleh menghina yang lain....gagah dan kuat...paling sempurna...yang lain dikategorikan bodoh dan tidak bijak dan tidak tahu buat kerja....maki hamun pun ok....sombong dan angkuh ok. Ramai pengikut, pengemar dan pembaca....popular tidak terkira...ketawa dan gelak kan orang...Ah...layak menghakimkan sapa saja....itulah asam garam hidup yang penuh dengan cabaran...setiap Insan ada kekuatan dan kelemahannya...saya mendengar temubual divideo seorang cendiakawan Arab dari masih mengatakan yang dunia hari ini mengejar pembangunan dan pemodenan...malang katanya umat Islam hilang satu perkara yang penting iaitu kemanusiaan dan nilai dalam mereka hanyut meniru serta mengejar kejayaan barat yang berasaskan kebendaan tanpa mengira apa harga yang perlu dibayar untuknya. Wallahhu a'lam.
FBSHApost@20 Mei 2016
No comments:
Post a Comment