Thursday, June 16, 2016

FBSHApost@11 Jun 2016: Melayu dan Barat


Apakah orang Melayu hendak jadi....bebas, moden dan liberal atau kita mahu bangga, redha dan berpaut pada Islam. Atau kita anggap tidak lagi tepat jika mahu moden dan berjaya menyatukan budaya dan agama kita. Ada golongan yang mahukan supaya agama jadi cita rasa individu dan di tinggalkan di rumah saja..Pilih saja apa yang kita hendak dan ketepikan apa yang kita tidak hendak. Ada seorang yang berpengaruh dan kini berjaya dalam hidup mengatakan pada sahabatnya yang bila orang Melayu lebih dekat dengan agama Islam dia makin jauh sebagai orang Melayu. Kita sudah tiba pada zaman di mana umat menganggap apa yang di capainya ada lah penentuannya sendiri...tidak menjadi kesalahan atau janggal jika dia menganut budaya barat, pakaian barat dan gaya hidup barat... Itulah penonjolan kebebasannya...tapi kalau berpakaian yang mereka anggap Islam atau timur tengah... Maka macam-macam kutukan dilemparkan. Begitulah juga dengan terminogi Arab atau keagamaan maka dikritik. Dinamisma bahasa Inggeris kerana dia dapat menerima bahasa dan budaya lain untuk disesuaikan kepada keperluan mereka. Malahan ilmu mereka pun di peringkat awal diceduk dari tamadun dan kemajuan Islam serta dikembang dan dimajukan. Mengapa kita berselisih dalam semua perkara yang tidak perlu dan leka berpecah.

FBSHApost@11 Jun 2016

No comments:

Post a Comment