Hidup ini ada berbagai
cerita dan kerenahnya
Ada detik akan terus mengembara
Meneroka redha dan mahu beristiqamah
Mungkin awan gelap dan kabus menyelubungi
Namun nyawa dan roh di dalam jasad masih ada
Tidak mengharap bulan jatuh ke riba
Kita akan bernafas dan menyedut udara
Kita akan berjalan di berbagai laluan
Yang cerah dan gelita
Lurus dan bengkoknya
Gelombang akan memukul di samudera dan pantai
Allah penentu tapi kita tidak harus menunggu
Perlu melalui dengan penuh rindu
Pemberian Ilahi yang insan mesti syukuri
Aku pengembara menimba ilmu mencari keredhaan
Walau apa pun rintangan dan halangan
Bergerak dalam perjuangan
Luhur dengan ketulusan
InsyaAllah mendapat keredhaan
Rahmat dan keberkatan

22hb Feb 17
Al Shifaq
FBSHApost@21 February 2017
No comments:
Post a Comment