Semalam ceramah uztaz
menyentuh tentang kehidupan. Kehidupan mengandungi dua elemen penting yang
perlu kita harungi dengan tabah dan tawadduk. Iaitu senang dan susah. Tiap-tiapnya
ada hikmah tersendiri. Bila senang takut kita terpisah dari mendekati Allah. Bila
susah kita menginsafi hubungan kita dengan Allah. Ahli sufi dan orang-orang yang
sungguh alim takut pada senang. Ingat pada surah Al-Sharh Allah beri ingatan
mengenai senang dan susah.
Wallahu a'lam.
FBSHApost@27 Mac 2017
No comments:
Post a Comment