Entahlah bercelaru
Segalanya tidak menentu
Tiada arah dan penjuru
Ramai bergerak mencari tumpu
Mahu berdiri atau duduk berseliput
Mengangkat kepala berasa tersipu
Mata memandang terlihat kaku
Telinga mendengar bunyi sayu
Tangan menghayun berkawat sepadu
Entahlah semuanya bercelaru
Hitam dikata putih
Cawan kosong dikatakan penuh
Aku mengeluh
Tidak henti-henti berpeluh
Bulan menyinari cahaya di malam tenang
Tapi mereka merungut mengatakan gelap
Tiada bintang di cakerawala
Entah lagi manusia terus berserabut
Memilih konflik dari menerajui baik
Terusik tersentuh ramai rebah dan roboh
Ah entahlah manusia terus bertomoh
Tak hilang-hilang sibuk
Mengatur semua bertembung gaduh
Katanya bertamadun tapi tiada ehsan melihat yang mati
Begitulah alam yang bercelaru
Siapa pun tidak mahu mengaku.
Segalanya tidak menentu
Tiada arah dan penjuru
Ramai bergerak mencari tumpu
Mahu berdiri atau duduk berseliput
Mengangkat kepala berasa tersipu
Mata memandang terlihat kaku
Telinga mendengar bunyi sayu
Tangan menghayun berkawat sepadu
Entahlah semuanya bercelaru
Hitam dikata putih
Cawan kosong dikatakan penuh
Aku mengeluh
Tidak henti-henti berpeluh
Bulan menyinari cahaya di malam tenang
Tapi mereka merungut mengatakan gelap
Tiada bintang di cakerawala
Entah lagi manusia terus berserabut
Memilih konflik dari menerajui baik
Terusik tersentuh ramai rebah dan roboh
Ah entahlah manusia terus bertomoh
Tak hilang-hilang sibuk
Mengatur semua bertembung gaduh
Katanya bertamadun tapi tiada ehsan melihat yang mati
Begitulah alam yang bercelaru
Siapa pun tidak mahu mengaku.
22 Feb 17
Al Shifaq
Al Shifaq
FBSHApost@22 February 2017
No comments:
Post a Comment