Monday, March 27, 2017

FBSHApost@25 Februari 2017: Sahabat Rapat dan Penganiayaan

Saya teringat banyak cerita yang menyentuh hidup dan hubungan manusia dengan manusia.

Jebat taat pada Hang Tuah dan memberontak kerana Hang Tuah dihukum bunuh tanpa keadilan...tapi Bendahara tidak menjalankan hukuman kerana tidak bersetuju, namun tidak melaksanakan tanpa mengatakan bantahan...

Bagi mengalah, Jebat dan Tuah perlu dipanggil semula. Pada ketika itu barulah diceritakan apa sebenar yang dia telah lakukan. 

Untuk memendekkan cerita, Tuah membunuh sahabat yang setia kepadanya bagi menyelamatkan negara. 

Brutus membunuh Caesar di atas alasan untuk menyelamatkan Roma, iaitu negaranya. 

Cerita dua beradik Quayin dan Hebel. Oleh kerana cemburu, Quayin membunuh Hebel.

Begitulah juga cerita dorongan Lady Macbeth untuk suaminya membunuh Raja untuk menjadi Raja.
 
Bagaimana Saidina Yusuf dianiayai oleh saudara-saudaranya sendiri. 

Bermakna dengan apa juga alasan atau sebab musabab dalam pengetahuan Allah sahaja, Mereka yang rapat dan dianggap akrab serta setia tidak semestinya berakhir dengan kesetiaan dan keakraban. 

Lihat pada pengalaman dan iktibar dari hidup masing masing.

Mungkin saudara dan sahabat rapat boleh melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap mereka yang rapat dengan mereka. Wallahhu a'lam



FBSHApost@25 Februari 2017

No comments:

Post a Comment