Isu perpaduan yang dihebohkan oleh PAS semasa Muktamarnya hebat dibahaskan. Pada saya isu bermusim ini tidak sepatutnya disambut oleh UMNO atau BN. PAS adalah sebahagian dari Pakatan Rakyat. Kalau sungguh-sungguh mereka berminat pendekatan mereka tidak sepatutnya sebegitu. Lagipun perkara itu dilemparkan begitu sahaja dan diselubungi dengan pelbagai kekaburan.
Tidak ada apa-apa yang diperjelaskan dan menimbulkan kekecohan dikalangan mereka sendiri. Sekarang pula pucuk pimpinan PAS sudah membuat macam-macam kenyataan yang menambah kecelaruan. Ada dikalangan mereka menyatakan perkara tersebut tidak perlu ditimbulkan lagi. Ada pula yang mengatakan perbincangan mengenainya perlu diteruskan. Sedangkan sekutu mereka melompat-lompat marah dan juga mempersoalkan motif kepimpinan PASberbuat demikian. Mungkin PAS terperangkap dengan permainan politiknya sendiri .Lim Kit Siang dari DAP menegaskan Pakatan Rakyat berdepan dengan krisis keyakinan. Yang peliknya, macam mana PAS boleh tidur sebantal dengan DAP dan PKR?
UMNO tak payah terlibat dengan polemik PAS dan Pakatan Rakyat. Ini satu lagi contoh ketidakjujuran dan ketidakikhlasan PAS. Soal perpaduan ummah UMNO memang berminat. Namun cara PAS kemukakannya menimbulkan lebih banyak tanda tanya. Perpaduan Melayu dan umat Islam adalah pra-syarat utama untuk mencari kekuatan. Umat kita sedang terancam kerana perpecahan.
Kita tidak mahu menyisih atau meminggirkan mana-mana puak atau kaum di Negara ini. Namun kerjasama yang bermakna di kalangan umat Islam bergantung kepada perpaduan ummah.
Rumusan-rumusan yang dibuat di Muktamar PAS yang baru berakhir menunjukkan kecenderongan ahli-ahli PAS untuk memperlihatkan seolah partinya pejuang umat Islam dan Melayu. Sebenarnya tujuan utama PAS adalah untuk meraih sokongan dan simpati pengundi.
Pada masa ini sememangnya umat Islam tercabar dan tertekan. Sudah tentu ada keperluan untuk menyatupadukan umat Islam di peringkat domestik, rantau dan juga antarabangsa. Namun demikian ianya tidak boleh dilaksanakan tanpa kejujuran atau hanya secara bermusim. Perkara ini hendaklah dilakukan secara berterusan serta bersungguh-sungguh bagi mengangkat maruah dan martabat umat Islam yang berdepan dengan pelbagai cabaran baru.
Marilah kita bersatu dan berpadu untuk mengatasi tekanan dan kehinaan yang amat kuat yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia. Walaupun tidak berada bersama-sama dalam satu kerajaan, jika PAS benar-benar mahu menanggani isu perpaduan umat kita tidak perlu berada dalam satu kerajaan. Kita boleh bekerjasama untuk kepentingan ummah tanpa membawa soal politik kepartian.
Salam Tan Sri, saya agak tertarik dengan ulasan Tan Sri mengenai Kerajaan Perpaduan yang telah diusulkan dalam Muktamar PAS baru2 ini. Bagi saya, usul yang telah diketengahkan oleh Presiden PAs ini adalah sesuatu yang bagi saya agak memusykilkan. Umum mengetahui bagaimana hubungan PAs dengan UMNO, ditambah pula dengan kebencian yang sungguh mendalam Nik Aziz terhadap UMNO sejak dari dulu. Bagi saya, UMNO tidak perlu untuk membuang masa dengan PAS terhadap mewujudkan kerajaan Perpaduan ini, walaupun YAB PM mengatakan bahawa PAs menampakkan keikhlasan. Cukuplah dengan apa yang PAS menuduh UMNO dengan maca2 hal, apa Yang penting sekarang kerajasama dalam UMNo itu sendiri bagi mengukuhkan dan memantapkan parti supaya UMNo lebih relevan pada mata rakyat bagi menghadapi PRU 13 nanti. Saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang amat mencintai UMNO dan bangsa Melayu..takkan Melayu hilang di dunia!!
ReplyDelete