Terima kasih kerana mengundang saya untuk berbincang dengan rakan-rakan lain sebagai ahli panel malam ini. Saya ingin memulakannya dengan membuat penyataan iatu seharusnya kita lebih bijaksana lepas mengalami sesuatu kejadian ataupun melalui sesuatu pengalaman.
1. FAKTOR KEMOROSOTAN UMNO DIPRU 12
2. MACAM MANA KEPIMPINAN SEKARANG HENDAK MENANGANI
PRU 13
Ada dua faktor utama:
1. Faktor Dalaman
- Timing – tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihanraya umum awal kerana sudah pun ada majority yang tinggi.
- Persediaan tidak rapi.
- Perpaduan dalam UMNO tidak mantap. Begitu jugak dikalangan komponen BARISAN NASIONAL.
- Tidak ada kerjasama sebenar diantara ahli-ahli komponen BARISAN NASIONAL.
- Tidak sensitif terhadap kehendak rakyat
- Kepimpinan lemah dan longgar
- Kita tidak tumpu pada pilihanraya, kita lebih bertumpu kepada pilihan parti.
- Keterbukaan yang tidak terkawal atau tidak terurus
- Lebih cenderung kepada menembak kaki sendiri
- Tidak sedar pada selera pengundi.
- Tidak dapat tawan hati penggundi muda, tidak ada persediaan untuk memahami aspirasi golongan muda, ada jurang diantara pemimpin muda UMNO dan penggundi muda.
- Peranan media samaada media utama atau alternatif.
- Peperangan persepsi.
- Sindrom penafian.
- Berada dalam zon selesa/tidak melihat kepada ancaman lawan.
- Terlalu yakin yang tidak mungkin BARISAN NASIONAL kalah.
2. Faktor Luaran
- Persepsi negatif
- Pembangkang dilihat sebagai lebih bersatu
- Rancangan teratur dan berkesan oleh pembangkang.
- Berhasil untuk menguasai hati dan pemikiran rakyat.
- Parti komponen BARISAN tidak langsung dapat menguasai penggundi bukan Melayu, semuanya terlalu bergantung pada UMNO.
- Parti komponen tidak dapat mempertahankan dasar-dasar dan pendekatan BARISAN NASIONAL.
- Komponen BN melahirkan persepsi seolah mereka hanya turut serta dalam keputusan yang telah dibuat oleh UMNO.
- Pembangkang Berjaya memaparkan mereka pembela rakyat.
No comments:
Post a Comment