Friday, February 10, 2017

FBSHApost@29 Januari 2017: Lakukan Setiap Sesuatu kerana Allah S.W.T


Jika kita melakukan sesuatu dengan niat untuk dijulang atau diingati mungkin kita akan kecewa dengan hidup dan tidak bersyukur pada anugerah Allah. Baca banyak Surah Ar Rahman. Allah penentu segala-galanya dan ada hikmah di sebalik segala yang dijadikan dan berlaku. 

Justeru akan ada manusia yang pandai mereka cerita, yang memutar belit kebenaran ataupun mengada-adakan yang tiada. Timbullah pemfitnah bagi menjadi popular yang rela menjatuhkan kawannya ataupun lawannya. Fakta pun boleh dimanipulasi mengikut agenda masing-masing. Yang tahu hanya Allah. Malaikat mencatit dengan tepat serta terperinci. 

Lantas apa jua kita lakukan pulangkan pada Allah kerana Dia lebih mengetahui. Mengharapkan balasan manusia mungkin kecewa. Ada yang jahil ada maklumat sekerat tapi bercerita sedepa. Tidak peduli pada Allah atau dosa. Ramai terdorong dengan hawa nafsu. Berhati-hati bila mendengar atau membaca apa yang dikatakan fakta. Semak dan selidik sumber dan matlamat. Saya dapat mengenang dari pengalaman dan kejadian sebenar.

FBSHApost@29 Januari 2017

No comments:

Post a Comment