Friday, February 10, 2017

FBSHApost@29 Januari 2017: Parti UMNO


Kerajaan ini dan pemerintah ini adalah dari parti yang sama sejak kerajaan sendiri dari Persekutuan Tanah Melayu sampai ke Malaysia. Dari Perikatan ke BN. Yang berubah pemimpin dan penyokong-penyokong pemimpin. Ada masanya orang yang sama ada dalam sepasukan dan sefahaman. Memanglah landskap politik telah berubah dan pendekatan baru dibawa untuk menyesuaikan zaman.

Saya khuatir kalau kita telanjangkan kelemahan dasar dan salah laku nanti orang pula tanya hendak buat apa bagi kepercayaan kepada parti yang sama setelah terlalu banyak keburukan yang telah mereka lakukan.


Parti UMNO unik kerana tiada parti dalam sejarah dunia saya fikir yang semenjak merdeka masih lagi berkuasa. Banyak jasa dan keramatnya. Kalau parti lawan berkuasa (dijauhkan Allah), memandangkan apa yang kita katakan, mereka berhak tubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat segala bentuk kesalahan dan penyelewangan yang berlaku sejak merdeka.

FBSHApost@29 Januari 2017

No comments:

Post a Comment