Tadi saya solat eidiladha di masjid dekat rumah saya. Penuh tapi tak sesak. Saya perhatikan saf kita pun tak rapat. Masing-masing hendak selesa...jadi kaki di buka besar-besar. Begitu lah zaman moden dan kerengangan umat Islam. Sepekara yang sudah berubah ia lah jemaah di masjid sudah tidak lagi di penuhi oleh masyarakat tempatan tetapi orang asing. Mungkin kalau tidak ada mereka jemaah untuk bersolat di masjid tidak sampai setengah saya juga perhatikan masa khutbah ada di antara mereka keluar masjid kerana mereka tak faham walaupun sebelum solat imam mengingatkan jemaah supaya tunggu kerana khutbah solat aidiladha lepas solat. Fenomena baru di negara ini adalah kebanjiran pekerja asing samaada datang secara sah ataupun tidak. Kerana dasar pemerintah begitu terbuka mereka boleh masuk dan bekerja di mana-mana sektor saja. Kalau dalam bidang Keselamatan...orang nepal...restoran....orang myanmar dan india...Pendek kata kat hotel pun menggunakan pekerjaan asing..rakyat kini menjadi gulongan minoriti...keadaan begini amat membimbangkan...Ada kedutaan asing mengatakan yang pekerja asing yang sah dan tidak sah di Malaysia adalah di tahap 20% dari jumlah penduduk Malaysia. Kalau angka ini betul merbahaya untuk negara. Entah lah saya out of date.
FBSHApost@24 September 2015
No comments:
Post a Comment