Tuesday, September 1, 2015

MERDEKA 2015


Menyambut Hari Merdeka ada lah satu amalan palig bermakna untuk semua rakyat Malaysia membina sebuah negara bangsa. Alhamdulillah hari itu di sambut dengan penuh bersemangat oleh semua rakyat Malaysia. Walaupun sebelum itu kumpulan lain menunjuk kan kemarahan mereka terhadap pemimpin dan kerajaan. Menegakan hak adalah satu perkara asasi manusia. Namun ia tidak patut mengatasi adab dan budaya Malaysia. Saya, oleh kerana tugas terpaksa berada di luar negara. Di negara dan tempat saya berada pada hari merdeka bukan kerana tak cukup tempat tapi Pej kon-gen telah tidak mengajak saya untuk bersama. Pada hal saya pernah berkerja dengan kerajaan setelah habis pelajaran d luar negara....lepas itu berkerja dengan bank kerajaan selama 15 tahun, lepas itu jadi ahli Parlimen selama 25 tahun, menjadi Menteri Kerajaan Malaysia dari 1990 ke 2009. Kini masih bertugas dengan badan kerajaan Spad dari 2010 hingga sekarang. Alhamdulillah dapat bintang dan anugerah dari negeri dan Persekutuan. Bertuahnya saya.. Tolak campur saya sudah berkerja untuk negara selama 49 tahun walaupun kini senior citizen. Tidak siapa boleh mempertikaikan semangat patriotik saya dan bangga menjadi orang dan rakyat Malaysia. Tahun ini saya berada d luar negeri....saya di beritahu ada di buat sambutan kemerdekaan oleh Malaysia. Heran saya mengapa tak boleh ajak saya untuk hadir bersama bukan nak jadi tetamu istimewa...ia nya tak menambahkan kos. Tapi tak pa lah saya tetap sayang negara. 

Akhirnya memang jadi amalan saya berpegang pada prinsip penyiasat tidak boleh sekaligun jadi pendakwa dan hakim. Masing2 ada peranan tersendiri bagi menegak kan keadilan.

FBSHApost@31 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment