Saturday, September 12, 2015
PENGHULU
Jika kau bohong
Hidup mu kosong
Kata kata hikmah penghulu
Terapongan berlambungan
Seterusnya dan Seterusnya
Kau terus ngomongan
Kau rahsiakan kebatilan
Bahasamu membingung
Kau kata tidak mengapa, "aku penghulu"
Pasti "aku yang lebih ilmu"
Aku bicara dan melunas bayar
Mengapa kau perlu khuatir
Aku pemegang chokma
Rafakku di percaya
Kau siapa tanpa juta
Makin lama aku dengar kau makin kesat dan dahsyat
Kata kau, "aku berada di tempat tinggi"
Sedang kau melata di pinggir
Kau tak ngerti untuk jadi penghulu
Cara canggih mengurus kuasa
Kebatilan loh lumrah dunia
Bicara kau kan di ketawa saja
Retorika senda ku tidak akan di apa apa
Biar mereka memekek tidak kemana
Di seluruh pelusok rantau suara ku bergema
Kisah hak tidak perlu kau hirau dan risau
Semua yang aku telah lontar
Aku pasti bisa mengabui
Bohong Ku tidak akan siapa ketahui
Aku sudah lama jadi pakar tidak memenuhi janji
Wah ramai kini bertanya latar tersembunyi
Mendengar kisah mu aku lebih gementar
Semua orang mengetahui
Aku lantas lebih pudar memerhati
Tapi kau masih senyuman lebar lagi
Kau selamba pada khalayak
Kau anggap itu perkara lawak
Akhirnya mereka pasti habis modal bosan cerita
Kau melempar seloka
Bicara mudah sengaja
Ini bukan kata fitnah
Aku ni pemegang amanah
Tiada yang ku laku bercanggah
Bukan kah kau semua telah menjamah
Sama sama berkedarah
Aku lihat ramai sama menadah
Menikmati hidangan juadah
Di talam dan sahan sama
Mengapa kini cerita berbeza
Bersama sama kita keliru kan ummah
Terbitkan pecah perintah
Tidak masalah selagi bijak bermadah
Berbohong lumrah manusia
Itu lah cerita sebenar di pentas dunia
Seru mu hak itu hanya idealisma para pundits
Berbohong itu permainan semua
Aduh aku makin bingung
Tidak mengerti sandiwara ini
Rupa rupa nya nilai murni
Tidak di pakai lagi
Utama mesti pandai membohongi
Semua nya akan tersembunyi
Biar bijak meyakini
Itu lah dunia hari ini
Opera cina siapa pelakun tidak di ketahui
Tapi ramai menuntun di peduli
Hak menjadi batil dan batil jadi hak
Mendengar segala tutur aku diam bertafakur
Rupa rupa nya zaman ini bukan masa aku lagi
Bersuara biarkan biarkan...
Kerana akan sampai hari penentuan...
Fitnah dan pembohongan itu keselamatan
Senyum senyumkan orang akan fikir itu kebenaran...
Lain nya satu penipuan.
Syed Hamid Albar
Shifaq 3 September 2015
9 malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment