Orang kata dunia telah berubah...manusia lebih maju, pembangunan lebih pesat.. Ilmu lebih bertambah, saling hubung lumrah pantas tiba dari satu destinasi ke destinasi lain....begitu juga kampung jadi bandar...ada bandar jadi ghetto, gaya hidup pun berubah...moral pun berubah...
adab berubah...entah ke mana...kalau masa lampau salah untuk kahwin sejenis, kini banyak negara menghalalkan...yang jijik jadi suci....penyakit pun berbagai, kalau dulu ada sopan dan tata susila, kini tidak perlu lagi....
manusia sudah berubah kerana kebebasan individu diutamakan dan kepentingan kolektif tidak penting lagi....asalkan hak kebebasan individu diutamakan....iklim pun berubah kerana perbuatan manusia,..haze ke, jerebu ke....ribut taufan ke...tsunami ataupun gempa bumi manusia tetap mengejar perubahan....politik, ekonomi dan sosio budaya...konflik dan pembunuhan berterusan, manusia moden dan generasi Y lebih komplex berbicara dan bertindak nama hak dan kebebasan....
FBSHApost@24 Oktober 2015
No comments:
Post a Comment