Masa saya muda dulu saya memiliki idealisma yang amat mendalam berkenaan keadilan dan keseimbangan dalam mengendali oder antarabangsa dan urustadbir sesebuah negara ataupun organisasi. Tetapi lama kelamaan saya mula sedar manusia sering rakus, oleh itu mana mungkin dicapai aspirasi keadilan melainkan berpegang pada tali Allah.
Menceritakan tentang kesempurnaan tetapi sebenarnya tindak tanduk yang berkuasa dan kuat tidak begitu. Mereka jauh dari sempurna kerana didorong oleh nafsu, kuasa dan kekuatan. Dalam hubungan antarabangsa politik menggerakkan sistem rangka ekonomi. Dalam bentuk pentadbiran apa jua sekalipun yang berkuasa sering meletakkan syarat yang mereka yang dikehendaki supaya yang lainnya patuhi...kerana riak dan kesombongan menggunakan kuasa yang ada pada diri atau negara yang mereka wakili..
Justeru manusialah yang menyebabkan konflik di antara negara sesama negara ataupun di antara rakyat sesama rakyat dalam sesuatu negara. Ianya berlaku kerana kejumudan fikiran bila menganggap dirinya saja yang betul.
Order baru dunia yang digambarkan oleh Henry Kissinger melambangkan pertembungan diantara pengimbang kuasa dunia berasas hegemon politik, ekonomi, keselamatan, sosio-budaya, perbezaan diantara kebebasan individu dan kolektif, perdagangan bebas dan sistem ekonomi pasaran berasaskan kapitalisma yang tidak semestinya samarata.
Manusia juga didorong oleh kemahuan pengiktirafan identitinya berasaskan kepada kaum atau agama..dalam bersaing tidak akan wujud keadilan dan keseimbangan selagi kita cuba menekankan kepada apa yang hegemon mahukan. Selagi kita tidak rujuk kepada Tuhan yang Esa, selagi itulah tidak akan wujud perasaan timbang rasa dan kesayangan bagi menegakkan keadilan dan jalan tengah yang terbaik. Realiti senantiasa berbeza dengan teori dan konsep..Persepsi membentuk pegangan dan kepercayaan ķita.
FBSHApost@25 Oktober 2015
No comments:
Post a Comment