Monday, October 19, 2015

KUASA ALLAH LEBIH BESAR DARI MANA-MANA PEMERINTAH

Sememangnya makna Insan itu mudah lupa dan lalai. Justeru disepanjang masa perlu diingatkan....,tidak sombong tidak bongkak tidak riak..... Ini kerja penasihat dan orang sekeliling. Jangan pulak orang sekeliling tukang kipas dan api2 kan orang ini dan itu tidak bagus dan tidak baik... Maka dibenci lah si pulan dan sipulan..,, kerana dia orang berstatus dan berkedudukan tinggi semua orang ikut apa yang dia buat atau hendak...maka tersisihlah si pulan dari semua aktiviti dan majlis yang melibat kan orang besar itu...semata hendak conform dengan kehendak pembesar...,mangsa tak tahu apa kesalahan nya...saya pernah tenguk pembesar yang nampak begitu mesra dan senyum sini sana dan cakap pun nampak baik...alih2 ada orang yang dia tak suka atau benci, dia alih muka nya dan beralih ke tempat lain dan tidak mahu menghulurkan tangan nya yang sangat mahal untuk berjabat publisiti kebaikannya pun hebat... Orang yang prihatin. Bila bercakap dan nasihat pasal agama bukan main lagi....ini bukan kelakuan baik untuk individu Islam lebih2 lagi jika ia di tempat tinggi. Ada negeri kerana ada komuniti dan rakyat... Ini patut di nasihatkan oleh penasihat2 dan mereka di sekeliling. Ada masanya penasihat dan orang sekeliling lebih teruk dan sombong kerana rasa megah riak kuat dan berkuasa. Kita kena minta ampun dan bertaubat....Takut dan ingat kuasa Allah lebih besar dan tinggi dari mana2 manusia dan pemerintah...Wallahhua'lam.
 
FBSHApost@18 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment