Aku bingung melihat gerombolan bertelingkah
Bercakaran tidak sudah-sudah
Walaupun hidupnya bukan susah
Bebas berhujah tanpa berasa mengah
Aku hairan mengapa selalu merungut...
Sedang tidak menderita mengikat perut
Mengapa selalu cemburu habuan orang itu
Bukankah sudah ada semua yang kau perlu
Kau banding dirimu dengan lagi satu
Kebuluran kelaparan diserata bahagian
Mengangkat kedua tangan memohon ehsan
Fakir fikir kau hidup dalam kealpaan
Tidakkah kau dengar tangisan dan teriakkan
Mencari sesuapan dan air membasah bibir kekeringan
Kau senang hidup lumayan
Tidak perhati ramai mati bergelimpangan
Kematian dan pembunuhan
Keganasan dan kezaliman
Kau hidup bertimbun kesenangan
Lihat lah di sekelilingan
Pelarian mencari sempadan
Siapa dengar ....
Siapa mahu....mengharungi keseksaan
Nasib ribuan berdepan persengketaan
Mengharap kedamaian belum kesampaian
Meneroka keheningan dalam aman
Bercakaran tidak sudah-sudah
Walaupun hidupnya bukan susah
Bebas berhujah tanpa berasa mengah
Aku hairan mengapa selalu merungut...
Sedang tidak menderita mengikat perut
Mengapa selalu cemburu habuan orang itu
Bukankah sudah ada semua yang kau perlu
Kau banding dirimu dengan lagi satu
Kebuluran kelaparan diserata bahagian
Mengangkat kedua tangan memohon ehsan
Fakir fikir kau hidup dalam kealpaan
Tidakkah kau dengar tangisan dan teriakkan
Mencari sesuapan dan air membasah bibir kekeringan
Kau senang hidup lumayan
Tidak perhati ramai mati bergelimpangan
Kematian dan pembunuhan
Keganasan dan kezaliman
Kau hidup bertimbun kesenangan
Lihat lah di sekelilingan
Pelarian mencari sempadan
Siapa dengar ....
Siapa mahu....mengharungi keseksaan
Nasib ribuan berdepan persengketaan
Mengharap kedamaian belum kesampaian
Meneroka keheningan dalam aman
No comments:
Post a Comment